Dalam dunia lelaki angka 40 ini sering disebut-sebut oleh masyarkat. Inilah angka umur yang sangat signifikan bagi seorang lelaki sama ada dari segi perubahan hidup, karier dan juga gaya hidup.
Namun sehingga kini tiada bukti saintifik sama ada usia 40 tahun ini mempunyai kesan secara terperinci. Tapi kita sudah sedia maklum karakteristik seseorang dan sosio budaya tidak boleh ditentukan secara total oleh bukti saintifik semara.
Bagi masyarakat Barat sendiri mereka melaungkan frasa ‘life begin at 40’. Ia dianggap sebagai tempoh permulaan untuk melengkapkan poses kehidupan sebelum menjengah ke usia 50-an dan ke atas.
Tapi kali ini MASKULIN ingin kongsi 12 perkara unik aneh yang biasanya dilakukan oleh golongan ini kononnya apabila sudah tiba masanya.
Anda mengambil masa yang lebih lama untuk kelihatan tampan dan bergaya. Anda pun jadi tak kisah berbelanja lebih semata-mata untuk membeli baju baharu.
Jika sebelum ini anda cuma tahu sikat tepi sahaja tetapi tiba-tiba anda mahu tukang gunting buat stail pacak-pacak atau rambut ala-ala KPop. Yang penting nampak tampan.
Rasa kalau lepak dengan kawan-kawan sebaya, anda rasa macam dah terlalu tua sangat. Mulalah start cari geng-geng muda untuk diajak ‘ngeteh’. Boleh dengar mereka sembang pasal PUBG walaupun anda sebenarnya tak faham.
Masa inilah anda mula search apa produk yang bagus untuk kulit muka. Apa yang sesuai untuk cerahkan kulit atau hilangkan jerawat. Anda betul-betul mahu menjaga kulit wajah anda untuk lebih berkeyakinan tinggi.
Membeli kenderaan jenis ini menampakkan anda matang, stabil dan memiliki segala-galanya. Naik pacuan empat roda dan motor besar juga merupakan idaman semua lelaki dan anda kini dalam fasa sedang buktikan, “Aku sedang ada segala-galanya”.
Lebih 10 tahun anda berada dalam bidang kerja yang sama. Timbul rasa bosan tetapi apabila nak difikirkan semula sesuaikah untuk anda bermula dari bawah dengan kerja baharu, itu ada kalanya menimbulkan dilema.
Pada usia 40-an juga anda sudah mula kembali menjaga bentuk tubuh. Jika selama ini buncit dan menggeleber, anda start follow tips daripada ikon fitness seperti Kevin Zahri untuk mendapatkan bentuk tubuh yang baik dan mahu tampil segak.
Gajet terkini seperti telefon pintar menjadi keutamaan anda biar pun orang kata ia membazir, mahal dan sebagainya. Anda bersungguh-sungguh mahu mendapatkannya kerana ingin kelihatan up to date
dan tidak ketinggalan zaman.Bila orang tanya pasal usia anda, anda cuma suruh orang meneka sahaja namun tidak memberitahu usia sebenar. Jika tekaan mereka betul, anda akan berdolak-dalih dengan kata, “Cubalah teka lagi”.
Anda jadi suka berpakaian berwarna terang walaupun ia tidak sesuai dengan peringkat umur anda!
Jadi, adakah anda sedang mengalami situasi ini atau ada yang Maskulin terlepas mengenainya? Kongsikab bersama kami!