Lelaki Ini Kongsi Transformasi Turun 90kg. Dari Baju Saiz 6XL, Kini Dah Boleh Beli Di Mall!

Share

Semua orang impikan berat badan yang ideal dan boleh membeli baju tanpa ada masalah saiz.

Namun jika berat anda terlebihan hingga terpaksa menempah baju, itu petanda anda sudah terlalu gemuk dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Memang benar! Untuk menurunkan berat badan tidak semudah yang disangka kerana ia menuntut banyak pengorbanan.

MASKULIN berasa sangat bertuah kerana Fuad Darjat sudi berkongsi kepada tentang perjalanan diet yang diusahakannya selama dua tahun.

Selama tempoh tersebut, dia cuba untuk menahan diri daripada makan tanpa disiplin dan melakukan segala senaman terutamanya joging dan bersenam di gym.

Ikuti kisah perjalanan kurusnya agar pembaca MASKULIN dapat turut serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

BACA: ‘Nak Kurus Mudah, Tapi Nak Maintain Lagi Susah’, Lelaki Ini Kongsi Cara Kekalkan Berat 70 Kg Daripada 110Kg

Mulakan dengan berlari

Assalamualaikum,

Saja nak share pengalaman saya. Saya bukanlah runner sejati tapi perjalanan lost weight saya bermula dengan “berlari”.

Saya ni dulu memang badan gemuk dan semakin hari semakin gemuk. Makan punya makan dan satu hari pada penghujung 2015, saya timbang berat saya dah cecah 190kg! Ya 190kg tuan puan! Out meter bagi penimbang analog tu. Termenung saya sekejap.

Selepas itu saya fikir dan fikir bagaimana nak kurus. Sebab sebelum ini, mindset saya dah fikir macam mustahil nak kurus sebab dah terlalu gemuk. Yelah dengan berat 190kg, baju 6XL, seluar size 56, kasut size 11 serta tinggi waktu itu 178cm.

Datang satu ketika, saya terpasang niat dengan nekad. Sampai datang Ssatu seru “Aku sanggup mati tak makan sebab tak sanggup mati tengah makan banyak”, (sampai macam tu sekali dia punya semangat datang). Don’t take serius.

Catatan kejayaannya menerusi kompilasi gambar baju raya setiap tahun.

Pada Januari 2016, saya mulakan dengan prediet. Contohnya macam hari 1st, saya ambil nasi pagi dan tengah hari, esoknya ambil nasi tengah hari dan malam dan lusanya cuma ambil pagi dan ulang sampai saya dapat tinggalkan nasi terus dalam seminggu.

(Saya tak cakap nasi bersalah tapi itulah cara saya, sebab saya kalau makan nasi bertambah dua pinggan).

Dan pada 04/02/2016, saya mulakan perjalanan nekad saya. Saya mulakan dengan buat diet Low Carbs (as we known). Slow slow saya belajar dan bertanya dengan ramai orang untuk memperbaiki ilmu diet.

Hasilnya pada 01/04/2016, berat saya dah cecah 160kg. Laju kan? Memang la sebab permulaan ini orang cakap berat air. Siapa yang tak seronok dah hilang 30kg dalam masa dua bulan.

Dan selepas itu, berat saya statik selama sebulan. Allah saja yang tahu waktu itu, dan saya bertanya dan belajar serta mulakan bersenam. Sebelum ni, saya tak bersenam apa pun.

Starting Point

Sebut pasal bersenam, mestilah malu dengan badan gemok 150kg nak bersenam luar?Saya pun cuma berlari-lari anak dalam rumah pusing meja makan je. Pusing mula-mula dalam 10 minit. Pastu up 15 minit dan pastu pusing dalam kawasan ruang tamu rumah pula.

Dan berat semakin turun lagi. Selepas raya 2016, barulah beranikan diri jogging di mini Stadium Sepang. Waktu itu memang rasa sangat malu nak jogging situ. Pergi jogging
pun gelap-gelap pukul 6:30 pagi dah terpacak sebab waktu masih gelap dan tiada orang.

Jogging punya jogging, sampai hujung 2016 berat dah cecah 130kg kalau tak silap. Dari 157kg ke 130kg, makan masa lama hampir tiga bulan lebih juga sebab banyak on off. Dan masa tu, ada kawan kata tak teringin masuk gym ke?

Saya cakap tak naklah, malulah gym, semua badan sado, saya badan sendu je. Kawan saya cakap, masuk gym aku jaga. Gym pertama saya masuk seumur hidup, gym Gymbeat.

Bermula gaya hidup di gym start Feb 2017, dan saya selang-selikan juga dengan jogging di stadium sebab masa tu tak boleh jogging di jalan tar sebab sakit lutut. Mungkin sebab badan masih berat dan salah teknik.

BACA: ‘Kalau Kurus, Tak Perlu Edit Gambar’, Bapa Anak 2 Ini Kongsi Tip Kurus Dari Saiz XL Ke S

Boleh tempah baju di Mall

Dalam tak sedar, akhirnya pada raya 2017, saya dah cecah 110kg. Alhamdulillah dah dapat beli baju raya di Mall saja. Sebelum ni baju Melayu kena tempah dan guna kain 6 meter!

Selepas itu saya teruskan untuk try toning badan dan buang body fat. Macam biasa diselang-selikan gym dan running tapi yelah, manusia biasa tak lari kesilapan. Bila dapat kejayaan sikit akan ada lupa diri. Maka diet pun ada on off.

Dan pada April 2018, berat saya dah cecah 95kg. Hampir 100kg dah terbuang. Alhamdulillah sampai sekarang, saya masih mengawal makan dan kekal aktif.

Perbezaan ketika berat badannya 190kg dan ketika ini sudah mula pergi ke gym untuk bersenam.

Mula join sukan baharu

Sekarang dah ada sukan baru saya join iaitu hiking. Alhamdulillah, sekarang hidup saya totally berubah kepada aktif. Kalau tiada aktiviti sukan tu rasa tak keruan, rasa seperti tak lengkap.

Tapi apa yang saya boleh banggakan, berjaya melakukan walaupun nampak mustahil pada mulanya. Dan Insha Allah, saya kekalkan untuk turunkan lagi dan akan pastikan sebaik mungkin saya tak regain obesity lagi sehinggalah sekarang.

Semakin hari sehingga kini, saya sekarang belajar tentang food nutrisi dan asas-asas sport sains serta bidang kejurulatihan.

Cuma saya kongsikan di sini ialah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Jangan sesekali cuma berangan saja. Bangun dari lena dan teruskan bergerak. Kepada sesiapa yang masih macam saya seperti dulu, jangan la cepat mengalah.

Salah satu punca saya nak kurus dulu sebab saya sedih waktu gemok tak dapat main lari-lari dengan anak kat mall. Kalau pegi shopping, sekejap je dah penat dan asyik nak cari kerusi je. Kalau tak dapat kerusi untuk duduk, saya mengamuk penat kat wife (haha) serta asyik nak cepat balik je sebab penat berdiri.

Saya doakan semua yang ingin berjaya dalam diet akan terus dibekalkan kekuatan dan ketabahan dalam hati untuk terus istiqomah. Ingat tuan puan! Nak kurus senang, nak kekalkan yang susah tapi tiada yang mustahil jika kita cuba lakukan.

Mulakan dari minda

Dan saya sekarang menjalani hidup seperti biasa.

Benda yang paling penting untuk berjaya adalah bermula dari minda, sebab kita dikuasai segalanya dari minda. Tiada siapa dapat mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri dan tak perlukan ubat-ubat kurus. Lebih baik duit beli ubat kurus digunakan beli kasut dan baju sukan.

Sekian daripada saya.. Terima kasih kerana sudi membaca.

Next target 21km dan 42km serta yang lebih mencabar lagi untuk saya cuba (maybe ultra, dualthlon or triahtlon) 😁

Hasil gaya hidup sihat Fuad Darjat:

– Dari berat 190kg turun ke 90kg
– Bekas perokok tegar sehari 20 batang
– Anda akan dapat buat jika anda fikir anda boleh lakukan

Published by
arif.karim