Dalam suasana Hari Raya yang penuh keceriaan, Kapten Mohammad Ghazi seorang juruterbang berusia 37 tahun, telah menarik perhatian dengan sikap murni dan inisiatif yang luar biasa.
Pada Hari Raya ketiga, beliau mengambil peluang untuk menggembirakan penumpang pesawat dengan memberi duit raya kepada kanak-kanak sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.
Sikap Dermawan Kapten Mohammad Ghazi
Apa yang menjadikan kisah ini lebih istimewa adalah niat tulus Mohammad Ghazi yang ingin berkongsi rezeki dan menggembirakan hati orang lain, terutamanya pada musim perayaan.
“Niat saya hanya hendak berkongsi rezeki dan gembirakan mereka di Hari Raya kerana kebetulan giliran saya bertugas tahun ini,” ujar Mohammad Ghazi.
Sikap dermawan ini jelas menunjukkan bahawa beliau bukan hanya seorang juruterbang yang cekap, tetapi juga seorang insan yang peka dengan perasaan orang lain.
Dalam video yang tular di media sosial, Mohammad Ghazi dilihat berdiri di depan pintu pesawat sambil mengagihkan sampul duit raya kepada kanak-kanak yang menaiki pesawat.
Ads
Tindakan beliau yang tidak dijangka oleh ramai ini mendapat perhatian ramai, terutamanya bagi mereka yang menyambut Hari Raya di kampung halaman.
“Saya sedar ramai penumpang pulang beraya di kampung, jadi saya mahu beri sesuatu yang istimewa kepada mereka,” tambahnya.
Meneruskan Tradisi Pemberian Duit Raya
Walaupun sudah menarik perhatian ramai dengan tindakannya,Mohammad Ghazi berhasrat untuk meneruskan pemberian duit raya ini sepanjang bulan Syawal.
Beliau berharap dapat terus menggembirakan penumpang, khususnya kanak-kanak, yang mungkin tidak berpeluang merasai kegembiraan Hari Raya seperti kebiasaan.
Ads
Inisiatif ini menjadi satu tradisi yang menunjukkan nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi dan mencerminkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
Apa yang paling menarik tentang kisah Kapten Mohammad Ghazi ini ialah keikhlasan dan kesederhanaan yang ditunjukkan.
Ads
Beliau tidak meminta perhatian atau pujian, namun apa yang dilakukan datang dari hati yang tulus.
Keikhlasan ini mengingatkan kita bahawa Hari Raya bukan sahaja tentang sambutan, tetapi juga tentang berkongsi kegembiraan dan rezeki dengan orang lain.
Tindakan kecil ini, meskipun tidak besar, mampu memberi makna yang mendalam kepada mereka yang menerimanya.
Sumber : Harian Metro
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ternyata usia bukanlah halangan buat Novak Djokovic untuk berjaya!
Pada usia 36 tahun, bintang kelahiran Serbia, Novak Djokovic mencipta sejarah buat dirinya apabila menjuarai Terbuka Perancis baru-baru ini, sekali gus memahat rekod memenangi 23 gelaran Grand Slam sepanjang karier sebagai pemain tenis professional.
Pemain Tertua Juarai Terbuka Perancis
Memetik AGENSI, keinginan dan motivasi untuk terus bermain tenis tidak pernah pudar sekali pun menjadi pemain tertua menjuarai Terbuka Perancis sekali gus memahat rekod memenangi 23 gelaran Grand Slam. Bintang Serbia berusia 36 tahun itu percaya, dia masih mempunyai tenaga untuk memburu kejuaraan utama biarpun sudah 20 tahun bersaing dalam tenis dunia.
“(Perjalanan) belum berakhir. Jika saya menang Grand Slam, kenapa perlu fikir untuk menamatkan kerjaya yang sudah dibina selama 20 tahun.
“Jadi saya masih berasa bermotivasi, masih terinspirasi untuk bermain tenis terbaik pada kejohanan Grand Slam. Saya rasa itu perkara paling penting dalam sejarah sukan kita,” kata pemain yang menduduki ranking ke 3 dunia itu.
Djokovic bersama isterinya, Jelena Djokovic yang disifatkan sebagai sumber kekuatan dirinya.
Kejuaraan ketiga yang diraih di Roland Garros menobatkan Djokovic sebagai pemain terhebat sepanjang zaman! Baru-baru ini, Djokovic menumpaskan bintang Norway yang 12 tahun lebih muda daripadanya, Casper Ruud dalam perlawanan akhir untuk mengatasi rekod 22 gelaran Grand Slam yang selama ini dikongsi bersama jaguh Sepanyol, Rafael Nadal.
Itu kejuaraan ketiganya di Roland Garros, selain 10 gelaran Terbuka Australia, tujuh Wimbledon dan tiga Terbuka Amerika Syarikat (AS). Dia turut menjadi satu-satunya pemain lelaki yang memenangi semua empat Grand Slam sebanyak tiga kali, malah Djokovic juga bakal merampas kembali takhta takhta pemain No. 1 dunia.
“Saya tidak mahu katakan saya adalah yang terhebat kerana saya rasa ia tidak menghormati ramai lagi bekas-bekas juara hebat yang pernah bertanding dalam era yang berbeza. Jadi saya tinggalkan perkara mengenai siapa yang terhebat ini kepada orang lain.
“Sudah tentu saya yakin dan percaya pada diri sendiri untuk apa sahaja yang boleh saya lakukan,” jelasnya lagi.
Mungkin ini bukan penamatnya buat Djokovic apabila dia ditanya mengenai soalan adakah dia mampu memenangi gelaran Grand Slam ke-24 atau ke-25. Bintang ini nampaknya penuh semangat membalas ‘kenapa tidak?’ Djokovic memenangi 11 daripada 23 gelaran Grand Slam selepas berusia 30 tahun, malah dia tidak berhasrat menggantung raket buat masa ini. – AGENSI
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa untuk subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Klip seorang lelaki mirip Allahyarham Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh yang menyanyikan lagu ‘Maafkan Kami’ mulai tular dalam media sosial.
Setelah disiasat, rupa-rupanya lelaki itu adalah seorang pemuda yang berasal dari Kimanis, Fairuz Misran, 34 dan beliau pernah dinobatkan sebagai Johan Bintang P.Ramlee Peringkat Kebangsaan pada tahun 2012.
Berikut adalah video yang mendapat perhatian ramai apabila netizen berpendapat selain memiliki persis wajah yang sama, suaranya hampir serupa 90% :
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Sewaktu dihubungi penulis, Fairuz berkongsi cerita bahawa dia mula menyedari bakatnya yang boleh meniru suara Allahyarham sejak tahun 2002.
Suami kepada Noor Munira Mohamed, 33, berkata, dia juga perlu berlatih secara kerap untuk mendapatkan tune suara yang sama seperti Allahyarham.
“Ketika itu saya cuma menyertai sebuah pertandingan nyanyian kecil-kecilan di tempat saya dan menerusi pertandingan sedemikian, saya pernah dinobatkan sebagai johan.
“Bermula dari situ, saya trim misai dan rambut sedikit bagi mendapatkan persis wajah seperti Allahyarham dan syukur, transformasi ini diterima ramai,” katanya kepada Maskulin.
Intai peluang bidang lakonan
Ketika ditanya sudah ada atau belum mana-mana pihak produksi yang menawarkan peluang lakonan kepadanya, Fairuz mengatakan dia juga sebenarnya tertunggu-tunggu peluang tersebut.
“Jika ada, saya terima dengan hati yang terbuka,” balasnya ringkas.
Kongsi Fairuz lagi, dia masih lagi dalam proses pembelajaran dan cuba mengikut dialog-dialog Allahyarham sebaik mungkin.
Biodata ringkas
Ini adalah biodata ringkas tentang Fairuz Misran yang menarik untuk dikongsikan :
Nama : Fairuz Misran
Usia : 34 tahun
Status : Berkahwin
Nama isteri : Noor Munira Binti Mohamed
Pekerjaan : Berniaga
Pendidikan : SMK Bongawan
Pengikut di Facebook : 38, 262 orang
Rekod peribadi : Johan Bintang P. Ramlee Peringkat Kebangsaan 2012
Apa komen anda tentang persamaan ini? Bagi penulis, alangkah untungnya jika dia diberi peluang untuk menyerlah dalam industri seni tempatan dan diangkat sama menjadi bintang.
Sekurang-kurangya, orang ramai akan tahu bahawa seni agung Allahyarham Tan Sri. P. Ramlee tidak akan terhenti dan perjalanan hidup Allahyarham boleh didokumentarikan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak kenal dengan pelakon kacak dari negara Filipina ini. Tidak kira golongan remaja hingga ke golongan dewasa, boleh dikatakan drama bersiri Filipina ini pernah menjadi fenomena rakyat Malaysia dan dekat di hati ramai.
Gandingan pelakon muda Filipina yang baru naik daun ketika itu iaitu Jericho Rosales dan Kristin Hermosa cukup serasi dan ikonik. Bayangkan, drama bersiri ini bukan hanya popular di negara Asia Tenggara bahkan ia turut disiarkan di Tanzania dan Kenya.
STILL HOT!
Jadi apa khabar terkini pelakon utama lelaki drama ini, Jerico Rosales yang meniti usia 44 tahun? Biarpun usia hampir setengah abad, namun kekacakannya masih jelas terlihat dan kekal awet muda. Dengan bentuk tubuh yang tegap, dia kerap menghiasi kempen dan juga muka hadapan majalah.
Masih lagi aktif sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut berjinak-jinak sebagai seorang penerbit. Pada tahun 2018 dia menjadi penerbit kepada filem yang bertajuk The Girl In The Orange Dress yang menyaksikan dia turut berperanan sebagai pelakon utama lelaki.
Jerico yang memulakan langkah dalam dunia seni sejak berusia belasan tahun lagi sepanjang kerjanya telah memenangi lebih 30 anugerah yang merangkumi pengiktirafan terhadap kerja kerasnya sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi.
KISAH CINTA & ANAK
Dikaitkan rapat dan pernah bercinta dengan rakan pelakonnya seperti Kristin Hermosa dan Heart Evangelista, hubungan tersebut tidak berakhir di jinjang pelamin. Sebaliknya pada tahun 2014, Jericho atau lebih mesra digelar Echo menikahi Kim Jones yang merupakan seorang warga Australia yang bekerja dalam bidang digital kreatif.
Bersama anaknya, Santino Rosales.
Walaupun perkahwinannya bersama Kim belum dikurniakan cahaya mata, Jericho memiliki seorang anak lelaki berusia 23 tahun hasil perhubungannya dengan model, Kai Polamores. Anaknya, Santino Rosales dilahirkan pada tahun 2000 ketika dia berusia 21 tahun.
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Santino yang memiliki ketinggian 180cm menceburi dunia peragaan ketika berusia 17 tahun, dan pernah telah mengikat kontrak dengan syarikat pengurusan Viva Artist Agency.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.