Biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa duduk berjam-jam lamanya. Semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.
Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat. Menurut satu penelitian bahawa dengan berolahraga dan membuar beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.
Ads
Penelitian ini menekankan bahawa aktiviti fizikal menjadi suatu perkara yang penting yang boleh menjaga fungsi organ tubuh tetap aktif setelah duduk selama berjam-jam lamanya tanpa melakukan aktiviti.
Orang yang menghabiskan waktu untuk tidak bergerak, sama ada kerana tuntutan kerja, sedang bersantai atau kerana gaya hidupnya, ternyata dapat menurunkan risiko serangan penyakit dengan cara rutin olahraga.
Ads
Para peneliti menganalisis data statistik mengenai kesihatan bagi orang dewasa telah membuat perbezaan dua kelompok antara mereka yang sering berolahraga dengan mereka yang duduk sepanjang hari.
Bagi mereka yang sering duduk sepanjang waktu dan tidak melakukan kegiatan fizikal aktif ternyata lebih cenderung mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit jantung dan diabetes serta mengalami kenaikan kolesterol jahat berbanding dengan mereka yang rajin olahraga.
Ads
Penelitian ke atas mereka yang lebih gemar duduk juga menunjukkan tahap kesihatan dan kecergasan yang menurun berbanding mereka yang kekal aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal. Jadi buat mereka yang sentiasa sibuk di meja kerja, biasakan diri untuk membuat regangan dan senaman ringan walaupun di pejabat.
Elakkan penggunaan lif dan sebaik-baiknya menggunakan tangga. Parkirlah kenderaan jauh dari bangunan pejabat kerana dengan cara ini anda dapat bersenam antara 5 hingga 10 minit walaupun hanya berjalan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap hari sekarang kita pasti akan sentiasa peka dengan berita tentang Coronavirus yang dilihat kini telah menjadi salah satu wabak global.
Pelbagai langkah proaktif telah dilakukan dengan sangat baik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita bersyukur kerana kondisi negara di negara kita masih lagi terkawal walaupun menjadi antara negara terawal menerima tempisnya dari China.
Berbeza dengan kondisi yang kini berlaku di Itali, Iran dan juga beberapa negara Asia yang lain yang dilihat semakin membimbangkan.
Sebagai orang awam kita juga dinasihati untuk mengikuti beberapa langkah pencegahan antaranya memakai topeng muka bagi mereka yang kurang sihat dan batuk.
Tetapi berbeza dengan bekas supermodel terkenal, Naomi Campbell. Dengan keadaan terkini dia tidak mengambil mudah akan keselamatan dirinya.
Naomi yang sebelum ini sangat terkenal kerana memiliki germaphobic iaitu fobia terhadap kuman pernah memuat naik video bagaimana dia membersihkan dengan teliti kerusi tempat duduk dan persekitaran di atas kapal terbang.
Malah video tersebut kini kembali tular di laman media sosial. Terbaru, bekas peragawati berusia 49 tahun telah dilihat memakai topeng muka N95 dan lengkap bersama sut hazmat berwarna putih dan sarung tangan getah berwarna merah jambu.
Perkara tersebut dikongsi olehnya sendiri di Instagaram dengan kapyen –
“Safety First NEXT LEVEL. Thank you @lindaevangelista Full video coming on my YouTube soon”
Nampaknya kita bakal dihidangkan dengan sebuah lagi video bagaimana dia mempersiapkan diri dengan segala langkah mencegah kuman seperti dilakukannya sebelum ini.
Apa pendapat anda tentang langkah keselamatan yang dilakukan oleh Naomi? Adakah ia keterlaluan atau itu satru langkah yang bijak.
Stay safe everyone!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Beberapa hari lalu telah berlangsungnya pertandingan ratu cantik yang paling berprestij di dunia iaitu Miss Universe. Edisi Miss Universe 2022 kali ini diadakan di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat.
Pertandingan Miss Universe seperti biasa mendapa liputan yang cukup luar biasa dan ia dipercayai ditonton oleh lebih 500 juta penonton di lebih 190 buah negara. Persaingan merebut kejuaraan dilihat cukup sengit yang datang dari pelbagai negara.
Selepas beberapa hari pertandingan, peserta dari Amerika Syarikat, R’Bonney Gabriel telah dinobatkan sebagai Miss Universe 2022. Apa yang lebih menarik pemenang yang ke-71 pertandingan ini memenanginya di tanah airnya sendiri.
R’Bonney Gabriel telah menewaskan seramai 83 orang peserta lain terutamanya pencabar terdekat dari Venezuela dan Dominican Republic. Siapakah di sebalik gadis yang bergelar Miss Universe 2022 ini?
Berikut 10 fakta tantang Miss Universe 2022, R’Bonney Gabriel
1. R’Bonney mempunyai darah kacukan ‘Pan-Asian’. Ayahnya berasal dari Filipina manakala ibunya pula warga Amerika Syarikat berkulit putih. Bapanya berhijrah ke Amrika Syarikat dan berkahwin dengan ibunya dan menetap di Washington.
2. Dilahirkan pada 20 Mac 1994, R’Bonney Gabriel merupakan Miss USA paling tua pernah memegang gelaran itu.
3. Merupakan anak bongsu dan perempuan tunggal di kalangan empat orang adik beradik.
4. Menjadi Asian American pertama berjaya memenangi Miss USA dan kini Miss Universe.
5. Seorang graduan dari University of North Texas dalam jurusan rekaan fesyen.
6. Mula berjinak-jinak dengan pertandingan ratu cantik menerusi Miss Kemah USA pada tahun 2020. Dia kemudian menyertai Miss USA pada tahun 2021 dan selebihnya menjadi sejarah!
7. Juga merupakan seorang CEO kepada jenama fesyen sendiri iaitu R’Bonney Nola yang menghasilkan produk menggunakan bahan eco-friendly.
8. Selain itu dia juga merupakan seorang instruktur menjahit di Magpies & Peacocks di mana ia bukan sahaja menggunakan tekstil terpakai tetapi membantu mangsa trauma seperti mangsa pemerdangan manusia dan keganasan domestik.
9. Seorang yang meminati aktiviti lasak seperti skateboarding, rollerblading dan cukup gemar aktiviti pantai.
10. Penyertaannya di dalam Miss Universe adalah ingin memberi inspirasi kepada wanita muda untuk mencapai matlamat mereka dengan menerima siapa mereka.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kalau anda jenis yang liat untuk membersihkan muka. Anda perlu ubah tabiat buruk anda itu.
Kajian menunjukkan cara terbaik untuk mengawal minyak berlebihan adalah dengan membersih dan memastikan wajah bersih pada setiap masa. Penting untuk membersihkan muka 2-3 kali sehari untuk mencegah liang tersumbat, jerawat dan sebagainya.
Carilah pembersih muka yang bebas minyak. Sabun berubat juga berguna untuk membersihkan kulit berminyak. Bagaimanapun, jangan membersihkan muka dengan kasar kerana ini akan menyebabkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak minyak.
Carilah produk yang mengandungi satu atau lebih bahan-bahan ini:
Salicylic Acid, Tea tree oil, Neem, Turmeric dan madu.
2. Skrub Bagus Untuk Kulit Berminyak
Adalah penting untuk memastikan kulit berminyak mengelupas sebanyak satu atau dua kali seminggu. Ini merupakan salah satu tips penting. Sebum berlebihan mengakibatkan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit sekaligus menyebabkannya berjerawat, bintik hitam atau putih dan kulit menjadi kusam.
Untuk membuang kotoran dan sel-sel kulit mati ini dan dalam masa yang sama memperbaharui permukaan kulit anda, menyental muka dengan skrub perlu dijadikan sebahagian rutin dalam penjagaan kulit. Sekali lagi diingatkan, kita perlu menyental wajah dengan lembut dan bukan dengan cara yang keras.
3. Belai Wajah Dengan Topeng Muka Secara Mingguan
Selepas menggunakan skrub, ia perlu disusuli pula dengan penggunaan topeng muka (face mask). Topeng muka ini perlu dibuat secara mingguan bagi kesan yang optimum.
Kita boleh mendapatkan topeng muka yang mengandungi tanah liat seperti kaolin atau bentonite kerana bahan ini akan menyerap minyak yang berlebihan secara perlahan-lahan.
Kita juga boleh buat sendiri topeng muka menggunakan bahan semulajadi berikut seperti:
PISANG – Pisang boleh digunakan sebagai mask kerana ia kaya dengan Vitamin A, B dan E yang bagus untuk awet muda. Lenyekkan pisang lalu sapukan secara lembut pada wajah dan leher selama lebih kurang 20 minit dan kemudian bilas bersih-bersih. Mudahkan?
LEMON – Vitamin C yang terkandung dalam lemon boleh membantu kulit menjadi lebih cerah dan mengurangkan parut jerawat. Ambil kulit lemon kemudian hancurkan nipis-nipis. Seterusnya, tambahkan madu. Sapukan ke muka dan leher kita.
EPAL – Epal banyak antioksidan yang dapat mencegah sel-sel kulit dari rosak. Jangan tak tahu, epal juga kaya dengan elastin dan kolagen. Nutrisi tersebut membuatkan kulit kekal muda. Epal dikisar dan kemudiannya dicampurkan bersama madu dan air mawar. Bila disapu ke kulit muka, dalam beberapa minggu kulit akan semakin cerah dan awet muda.
BETIK – Seperti epal yang kaya dengan antioksidan bagi mengekalkan keremajaan kulit. Terdapat bahan istimewa dalam betik yang membantu membuang sel-sel kulit mati dan membuat kulit semakin cerah. Betik ditumbuk lumat dan sapukan saja pada kulit kita.
4. Toner Tanpa Alkohol Setiap Hari Adalah Jawapannya!
Seterusnya adalah amat mudah iaitu menggunakan toner tanpa alkohol untuk membersihkan kulit muka secara konsisten pada tiap-tiap hari.
Ia dapat membantu dalam menghilangkan minyak yang berlebihan sekaligus membuang kotoran degil dari kulit kita. Pastikan jenama toner yang digunakan adalah bebas alkohol untuk kesan yang terbaik mengawal sebum dan tidak merosakkan kulit.
5. Pelembab Jangan Pula Diabaikan
Kepercayaan yang popular di luar sana bahawa kulit berminyak tidak memerlukan pelembap. Namun begitu, ia sebenarnya adalah sebaliknya.
Kulit berminyak memerlukan pelembap dan hidrasi kerana pengelupasan kulit akan menyebabkan kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengganti minyak yang telah dibuang.
Namun, kita mesti pastikan pelembap muka yang digunakan mestilah berasaskan air dan bebas minyak.
6. Jangan Takut Dengan Krim Pelindung Matahari!
Ramai lelaki yang mempunyai masalah kulit berminyak tidak mahu atau takut untuk memakai krim pelindung matahari kerana berasa bimbang wajah kelihatan berminyak dan tidak menarik.
Akhirnya, timbul masalah lain seperti berjeragat, berjerawat, pigmentasi dan lain-lain akibat daripada kesan pancaran matahari ke atas kulit. Pilihlah krim pelindung sinaran matahari yang berasaskan gel agar kulit muka anda dapat dilindungi dari sinar ultra ungu.
Tinggalkan makanan manis dan makanan ringan. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membuang toksin.
Jangan lupa untuk makan sekurang-kurangnya sebiji buah-buahan setiap hari dan sayur-sayuran hijau dalam diet kita. Semua ini akan membantu untuk mengawal pengeluaran minyak oleh kulit supaya tidak berlebihan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.