Duduk terlalu lama, tidak bergerak akan memendekkan jangka ingatan anda terutamanya kepada pekerja-pekerja yang duduk di belakang meja dengan Pc di hadapan. Pakar menasihatkan agar mereka-mereka ini berjalan sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk mengelakkan risiko hati rosak dan kanser.
Selama bertahun-tahun, para doktor dan saintis telah memberi pandangan mereka tentang bahaya jika kurang aktif, jadi itu tidak hairanlah kalau melekap di atas sofa boleh membahayakan kesihatan anda. Tetapi satu kajian baru yang diterbitkan oleh PLOS One mendedahkan bahawa duduk terlalu lama boleh menjadikan seseorang menjadi pelupa.
Dalam penyelidikan terkini tentang kesan menjadi lembab, para penyelidik mengkaji kesihatan otak seramai 35 orang antara 45 ke 75 tahun. Orang-orang ini menjawab soalan tentang tahap aktiviti mereka, termasuk berapa banyak masa mereka duduk, berjalan, dan melakukan aktiviti fizikal yang lasak atau sederhana setiap hari.
Kemudian, imbasan MRI telah dilakukan untuk memberi saintis pandangan terperinci pada Medial temporal lobe setiap orang, kawasan yang membantu seseorang membentuk ingatan baru. Mereka mendapati corak antara duduk, tahap aktiviti dan ketebalan otak, telah mendapati bahawa orang yang sering duduk untuk tempoh masa yang lebih lama lebih cenderung mempunyai Medial temporal lobes yang tipis.
Walaupun tidak aktif dikaitkan dengan kelembapan otak, kajian ini tidak menunjukkan bahawa malas penyebab otak anda lembab. Lebih banyak penyelidikan diperlukan sebelum kita boleh menyalahkan kajian ini.
Ini bukan satu-satunya hasil kajian yang menunjukkan bahawa tidak aktif meransang kepada otak kita, malah kajian di Australia mendapati bahawa lelaki yang duduk sekurang-kurangnya 6 jam sehari lebih cenderung kepada letih, gelisah, atau putus asa berbanding mereka yang menghabiskan masa dengan berjalan.
Nasihat kami kepada anda yang tidak mahu bergerak walau sesaat tu, agar rajin-rajinlah bergerak sekurang-kurangnya 2 jam sehari. Jurnal British Sports Medicine yang telah menjalankan kajian yang sama mencadangkan agar mereka yang bekerja di dalam pejabat untuk lebihkan pergerakan. Tapi jangan pula anda jadikan ini alasan untuk anda tidak membuat kerja dan rehat waktu tengah hari lebih lama, cuma anda perlu cari masa untuk bergerak dengan lebih kerap.