Duduk terlalu lama, tidak bergerak akan memendekkan jangka ingatan anda terutamanya kepada pekerja-pekerja yang duduk di belakang meja dengan Pc di hadapan. Pakar menasihatkan agar mereka-mereka ini berjalan sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk mengelakkan risiko hati rosak dan kanser.
Selama bertahun-tahun, para doktor dan saintis telah memberi pandangan mereka tentang bahaya jika kurang aktif, jadi itu tidak hairanlah kalau melekap di atas sofa boleh membahayakan kesihatan anda. Tetapi satu kajian baru yang diterbitkan oleh PLOS One mendedahkan bahawa duduk terlalu lama boleh menjadikan seseorang menjadi pelupa.
Dalam penyelidikan terkini tentang kesan menjadi lembab, para penyelidik mengkaji kesihatan otak seramai 35 orang antara 45 ke 75 tahun. Orang-orang ini menjawab soalan tentang tahap aktiviti mereka, termasuk berapa banyak masa mereka duduk, berjalan, dan melakukan aktiviti fizikal yang lasak atau sederhana setiap hari.
Ads
Kemudian, imbasan MRI telah dilakukan untuk memberi saintis pandangan terperinci pada Medial temporal lobe setiap orang, kawasan yang membantu seseorang membentuk ingatan baru. Mereka mendapati corak antara duduk, tahap aktiviti dan ketebalan otak, telah mendapati bahawa orang yang sering duduk untuk tempoh masa yang lebih lama lebih cenderung mempunyai Medial temporal lobes yang tipis.
Ads
Walaupun tidak aktif dikaitkan dengan kelembapan otak, kajian ini tidak menunjukkan bahawa malas penyebab otak anda lembab. Lebih banyak penyelidikan diperlukan sebelum kita boleh menyalahkan kajian ini.
Ads
Ini bukan satu-satunya hasil kajian yang menunjukkan bahawa tidak aktif meransang kepada otak kita, malah kajian di Australia mendapati bahawa lelaki yang duduk sekurang-kurangnya 6 jam sehari lebih cenderung kepada letih, gelisah, atau putus asa berbanding mereka yang menghabiskan masa dengan berjalan.
Nasihat kami kepada anda yang tidak mahu bergerak walau sesaat tu, agar rajin-rajinlah bergerak sekurang-kurangnya 2 jam sehari. Jurnal British Sports Medicine yang telah menjalankan kajian yang sama mencadangkan agar mereka yang bekerja di dalam pejabat untuk lebihkan pergerakan. Tapi jangan pula anda jadikan ini alasan untuk anda tidak membuat kerja dan rehat waktu tengah hari lebih lama, cuma anda perlu cari masa untuk bergerak dengan lebih kerap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Impian menjadi kenyataan apabila Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Mohamad Sabu telah mengaktifkan akaun Twitternya kira-kira 11 malam tadi. Belum cukup tempoh 24 jam lagi hampir 30k follower telah mengikuti Twitter beliau. Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan. Memudahkan komunikasi dan mendekati rakyat merupakan tujuan utama beliau mencipta akaun Twitter ini.
Rata-rata rakyat menunjukkan rasa gembira dan tidak sabar untuk melihat tweet-tweet yang bakal diberikan oleh Menteri ini yang lebih dekat dengan panggilan Mat Sabu. Dalam pada masa yang sama, Faizal Tahir juga turut mengucapkan tahniah kepada Mat Sabu kerana merealisasikan impiannya untuk melihat Menteri itu punya akaun Twitter.
Jenama jam G-SHOCK rasanya tidak perlu lagi diperkenalkan terutama di kalangan peminatnya di Malaysia. Pengaruh jenama ini semenangnya sangat cukup besar di negara kita.
Tampil dengan harga mampu milik hinggalah ke peringkat premium, G-SHOCK sentiasa melakukan inovasi terkini dalam memasarkan produk mereka.
Selain melakukan kolaborasi dengan jenama-jenama popular yang lain, merekajuga tidak jemu mengaplikasikan perubahan demi kelainan dari semasa ke semasa.
Terbaru menerusi model G-SHOCK DWE-5600CC, Casio memperkenalkan siri di mana jam tersebut tampil dengan interchangeable bands dan bezels. Atau dalam erti kata lain ubah suai padan mengikut selera pengguna atau pemakainya.
KEBEBASAN DAN KREATIVITI
Jam tahan gegaran DWE-5600CC ini merupakan model terkini daripada siri 5600, mewarisi reka bentuk berpetal. Ia tampial dengan tiga tali atau bands berbeza dan dua bezels untuk memberikan kebebasan dan menguji kreativiti pengguna melakukan suai padan.
Jika pada model biasa bezel jam diskru, bagi edisi ini pula ia menggunakan rekaan baru dengan empat enyaglut kecil yang diperbuat daripada karbon fiber. Ini merupakan model pertama daripada siri 5600 yang menggunakan Carbon Core Guard.
Bagi peminat G-SHOCK, ini merupakan antara model yang pastinya menjadi buruan anda. Ia kini sudah mula berasa di pasaran tempatan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun sudah memasuki 20 tahun siaran animasi TV Spongebob Squarepants, peminatnya di seluruh dunia bertambah setiap hari. Ada yang membesar melalui siri ini yang bermula siarannya secara rasmi pada 17 Julai 1999.
Ada ura-ura mengatakan bahawa tayangan animasi kanak-kanak ini bakal dihentikan. Namun, pada 17 Julai 2019 NICKELODEON mengumumkan untuk meneruskan tayangan untuk Musim ke-13 diikuti 13 episod terbaru sebagai penghargaan kepada peminat yang mahu siri ini diteruskan setelah menyambut 20 tahun tayangannnya di televisyen seluruh dunia.
Menerusi kolaborasi antara Nike dan pemain bola keranjang terkenal bagi kelab Brooklyn Nets, Kyrie Irving, Nike mengeluarkan kasut sneaker rekaan baru iaitu Spongebob Squarepants X Nike Kyrie Collection. Ia juga bertujuan untuk menyambut ulangtahun tayangan siri animasi ini yang sudah memasuki tahun ke-20.
Rekaan ini mengambil 5 watak utama dalam siri animasi tersebut iaitu Spongebob, Patrick Star, Squidward Tentacles, Mr Krab dan Sandy Cheeks.
Peminat rekaan ini boleh mendapatkan kasut ini bermula pada 10 Ogos 2019. Selain itu, maklumat lanjut, anda boleh usha laman web rasmi Nike.
1. Koleksi Spongebob Squarepants
2. Koleksi Mr. Krab
3. Koleksi Patrick Star
4. Koleksi Squidward Tentacles
5. Koleksi Sandy Cheeks
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.