Kebanyakkan dari kita akan menghabiskan seharian hari mengadap komputer sambil duduk. Jika ditambah dengan posisi duduk yang tidak tepat, pastinya kesihatan diri akan terjejas.
Hasil kajian yang dikongsi oleh Public Health Malaysia menunjukkan bahawa individu yang duduk selama enam jam tanpa henti selama 15 tahun berhadapan dengan peningkatan sebanyak 40% dalam punca kematian berbanding dengan mereka yang hanya duduk kurang daripada tiga jam. Lebih mengejutkan, duduk untuk tempoh yang panjang meningkatkan risiko penyakit kronik berbanding individu yang kerap berdiri semasa bekerja.
1. Gangguan Postur dan Sakit Belakang
Duduk untuk jangka masa yang panjang tanpa perubahan posisi atau tanpa peregangan boleh menyebabkan ketegangan otot belakang. Ini juga boleh menyebabkan masalah postur seperti ’rounded shoulders’ dan sakit leher.
2. Risiko Penyakit Jantung
Menurut kajian, duduk melebihi enam jam sehari tanpa aktivitas fizikal yang cukup boleh meningkatkan risiko penyakit jantung hingga dua kali ganda berbanding mereka yang aktif.
3. Diabetes
Duduk berpanjangan dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetes jenis 2. Ini disebabkan oleh penurunan metabolisme glukosa dan penurunan sensitiviti insulin.
4. Kanser
Terdapat hubungan antara duduk berpanjangan dengan risiko kanser tertentu seperti kanser payudara, kolon, dan prostat.
5. Masalah Penglihatan (Computer Vision Syndrome)
Menghabiskan waktu yang lama di depan skrin komputer boleh menyebabkan keletihan mata, penglihatan kabur, dan mata kering.
6. Masalah Sirkulasi
Duduk untuk tempoh yang lama boleh mengganggu aliran darah, meningkatkan risiko pembekuan darah dan varises.
7. Osteoporosis
Kurangnya aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan kepadatan tulang, meningkatkan risiko patah tulang dan osteoporosis.
Pencegahan
- Duduk pada kedudukan 135 darjah untuk kurangkan tekanan pada bahagian belakang badan.
- Buat pergerakan setiap 30 minit
- Bangun apabila televisyen menyiarkan iklan.
- Lakukan latihan ringan ketika menonton seperti goyangkan kaki.
- Hadkan tempoh duduk dan lakukan senaman ringan dengan kerap.
- Minum lebih banyak air.
- unakan tangga ketika di pejabat (bergantung pada tahap kecergasan diri).
- Makan di luar berbanding di meja kerja.
- Tidur awal lebih baik daripada menonton.
- Monitor aktiviti harian anda, senaraikan dan tinggalkan aktiviti ‘duduk’.
Sumber: Public Health Malaysia
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI