Tahap kepanasan dalam rumah boleh ditentukan dengan warna cat. Warna yang lebih gelap akan mudah menyerap haba berbanding dengan warna yang terang. Oleh itu, jika anda bercadang untuk mengecat rumah anda, pilihlah warna yang terang untuk mengurangkan
haba yang diserap. Warna yang dicadangkan adalah warna putih, namun warna yang lain juga boleh digunakan.
Satu kajian di Lawrence Berkeley National Laboratory menemui bahawa rumah yang mempunyai bumbung berwarna putih boleh berjimat sebanyak 40% tenaga berbanding dengan rumah yang mempunyai bumbung yang berwarna gelap atau hitam.
Sesetengah peralatan elektrik di rumah seperti oven, pengering dan dishwater boleh menghasilkan haba, yang mana boleh menyebabkan isi rumah anda berasa panas.
Cuba elakkan daripada menggunakannya pada waktu tengah hari, kerana pada waktu itu suhu paling tinggi, dan anda juga mungkin tidak seleasa jika suhu itu dinaikkan kerana penggunaan alatan elektrik yang dinyatakan tadi.
Kadangkala alat pendingin hawa anda perlukan servis dan diselenggara agar ia boleh berfungsi dengan optimum. Anda boleh memanggil pusat servis syarikat berkenaan untuk membantu anda menyelenggara pendingin hawa anda, ataupun anda boleh membuatnya sendiri. Satu lagi, pastikan anda mendapatkan AC yang sesuai dengan saiz bilik dan rumah anda. Saiz menjadi peranan yang besar dalam hal ini.
Ataupun, ingin tukar AC kepada yang baharu kerana rosak, adalah terbaik jika anda mendapatkan model yang terbaru – kerana banyak syarikat yang sudah menyediakan AC yang jauh lebih efisien dari model sebelumnya.
Pastikan anda menukar filter AC anda setiap bulan. Filter yang dipenuhi dengan habuk menyukarkan pendingin hawa untuk menyedut udara, meningkatkan kadar penggunaan elektrik.
Jika peredaran udara di rumah anda tidak baik, ini akan menyukarkan peralatan elektrik anda seperti AC dan kipas memberikan kesan yang optimum. Gunakan kipas, jangan 100% bergantung kepada pendingin hawa sahaja. Walaupun kipas tidak dapat menyejukkan rumah, ia membantu dalam peredaran udara.
Buka pintu dan tingkap juga boleh membantu udara masuk dan keluar dengan mudah. Namun, jangan lupa pula untuk tutup dan menguncinya pada waktu malam ataupun anda mahu keluar.
Perkara ini tidak asing lagi, dan kita sentiasa dengar tetapi masih ramai tidak mengamalkannya.
Pastikan anda menutup lampu dan kipas ketika tidak menggunakannya (ataupun tiada keperluan menggunakannya). Sesetengah peralatan menggunakan sedikit tenaga elektrik jika diplagkan (walaupun tidak pasang), adalah terbaik jika anda keluarkan plag peralatan tersebut.
Anda juga dinasihatkan agar memeriksa semua perlatan elektrik anda sebelum masuk tidur, untuk pastikan semuanya dimatikan.
Anda disarankan sangat agar membeli peralatan elektrik yang diluluskan oleh SIRIM, dan jika boleh dapatkan juga produk yang diiktiraf oleh Energy Star. Peralatan yang diluluskan ini lebih stabil dan boleh tahan lama berbandingdengan produk yang tidak. Selain itu, ia lebih
selamat.
Anda juga boleh tukar mentol lampu anda kepada mentol kalimantang. Hal ini kerana ia boleh tahan lagi lama dan lebih jimat – secara tidak langsung dapat mengurangkan kos gantian mentol dalam jangka masa yang tertentu.
Sesetengah mesin basuh yang moden mempunyai fungsi untuk panaskan air sebelum membasuh baju anda. Air yang panas/suam boleh meningkatkan kadar tindak balas bahan kimia bahan pencuci. Fungsi ini memerlukan tenaga elektrik. Oleh itu, jika anda ingin berjimat, anda boleh pilih untuk tidak menggunakan fungsi tersebut.
Semua peralatan elektrik yang melibatkan pemanasan memerlukan tenaga elektrik yang banyak, ini termasuklah alat pemanas air di dalam bilik mandi. Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakannya jika tidak perlu, tidak pun paling kurang anda mengurangkan suhu yang digunakan.
Sumber : PanduanSaya