Ducati Panigale V4 Bersaiz Sebenar Ini Dihasilkan Dengan Menggunakan LEGO

Share

Dua jenama terkenal tetapi daripada industri berbeza. Satu daripada pengeluar motosikal berkuasa besar berasal dari Itali manakala satu lagi pengeluar blok mainan paling popular di dunia.

Inilah kerjasama unik yang diserlahkan oleh Ducati dan LEGO Technic. Bersempena dengan pengenalan versi miniatur LEGO Ducati Panigale V4, pengeluar blok mainan ini telah menghasilkan versi 1:1 motosikal berkuasa besar dari Itali tersebut.

Dengan menggunakan kerangka dan enjin sebenar Ducati Panigale V4, setiap panel dan fairings motosikal tersebut telah dicabut dan digantikan dengan blok LEGO.

Dianggarkan sebanyak lebih 15,000 keping blok LEGO telah digunakan untuk menyiapkan motosikal ini. Jadi secara teorinya motosikal dari LEGO ini boleh ditunggang sepenuhnya. Ducati Panigale V4 merupakan jentera ang dilengkapi dengan enjin Desmosedici Stradle R 217 HP dan dengan 1,000 cc.

Artis yang bertanggungjawan menyiapkan LEGO Ducati ini ialah Riccardo Zangelmi yang telah meluangkan masa lebih 400 jam mencantumkan blok LEGO dengan menggunakan tangan sahaja. Kesemua blok LEGO yang dicantum tidak menggunakan gam tetapi secara manual.

Selepas disipakan motosikal ini didapati mempunyai berat keseluruhan sebanyak 180 kg. Buat peminat Ducati khususnya pasti teruja melihat motosikal ini di hadapan mata.

Foto: LEGO

Published by
Farizul Izwany Ibrahim