
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mengumumkan pilihan warna baharu hitam dan biru bagi skuter NMAX. Ketibaan warna baharu itu menandakan produksi warna lama merah dan kelabu dihentikan.
Sudah pun berada di pasaran bermula minggu ini, HLYM menyatakan harga jualan bagi model NMAX masih kekal tanpa kenaikan harga. Untuk makluman, Yamaha NMAX ditawarkan ke pasaran tempatan Januari tahun lalu pada harga pengenalan RM8,812.84 (termasuk GST) seunit.
Skuter sporty itu dijana oleh enjin 155cc, penyejukan cecair SOHC, pancitan bahan api bersama teknologi Bluecore. Dipadankan dengan transmisi V-belt automatik, enjin itu mampu menghasilkan kuasa 11.1kW pada 8,000rpm dan tork 14.4Nm pada 6,000rpm.
Posisi tunggangan NMAX lebih santai berbanding NVX yang mana penunggang masih boleh melunjurkan kaki pada ruang lantai. Yamaha NMAX dilengkapi dengan ciri LED pada lampu utama dan lampu brek belakang . Manakala panel instrumen LCD menawarkan rekaan moden dan trendy.
GALERI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pemandu Kenderaan Singapura Catat Paling Ramai Tak Bayar Saman Trafik

Apabila bercakap tentang jalan raya di Malaysia, satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan ialah disiplin pemandu. Bukan sahaja warga tempatan, tetapi juga pelancong yang memandu masuk dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand.
Berdasarkan laporan terkini, kenderaan dari Singapura mencatatkan jumlah saman tertinggi dengan 33,033 saman dikeluarkan. Lebih parah, 28,642 daripada jumlah saman dikeluarkan masih belum dijelaskan sehingga November 2024.
Memetik laporan New Straits Times, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bandar, Datuk Mohd Yusri Hassan, menyatakan bahawa Thailand berada di tempat kedua dengan 7,725 saman, di mana 6,589 saman masih belum diselesaikan.
“Brunei pula berada di tempat ketiga, dengan 5,917 saman dikeluarkan dan 3,721 daripadanya belum dibayar. Indonesia pula mencatatkan 772 saman, dengan 585 masih belum diselesaikan.”
Lebih mengejutkan, jumlah keseluruhan saman yang dikeluarkan kepada pemandu asing mencecah 49,598 saman, tetapi hanya 8,593 saman berjaya diselesaikan tahun lalu.
Baki selebihnya masih tergantung, menimbulkan persoalan besar mengenai keberkesanan penguatkuasaan dan kesedaran pemandu asing.
Kesalahan Paling Tinggi Had Laju
Jika ditanya apakah kesalahan paling kerap dilakukan, jawapannya cukup jelas – memandu melebihi had laju.
Sehingga kini, sebanyak 33,226 saman telah dikeluarkan bagi kesalahan ini. Selain itu, beberapa kesalahan lain yang turut mencatat jumlah tinggi termasuk:
- Kegagalan mematuhi isyarat lalu lintas – 4,576 saman
- Menghalang lalu lintas – 3,514 saman
- Memotong barisan – 2,022 saman
- Kesalahan lain – 8,370 saman
Sikap sambil lewa ini bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya tempatan, tetapi juga menunjukkan betapa pentingnya pemantauan lebih ketat di pintu masuk negara.
Operasi Khas: Langkah Tegas Mendidik Pemandu Asing
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik telah mengadakan 14 Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing sejak 2014 hingga 2024, khususnya di kawasan sempadan seperti Johor, Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Sarawak, dan Sabah.
“Daripada jumlah itu, enam operasi dijalankan di Johor, empat di negeri-negeri utara seperti Perlis, Kedah, dan Perak; dua di Kelantan, serta satu masing-masing di Sarawak dan Sabah,” kata Datuk Mohd Yusri.
Semua operasi ini dilaksanakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan, Akta Polis, Kanun Tatacara Jenayah, serta arahan rasmi daripada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
BACA: Teknik Pemanduan Yang Betul Jika Terpaksa ‘Redah’ Jalan Dinaiki Air
Setiap sekatan jalan raya juga dilengkapi dengan kaunter pembayaran saman, memudahkan pemandu asing seperti dari Singapura dan Thailand untuk melangsaikan hutang mereka dengan lebih cepat.
Namun, persoalannya – adakah tindakan ini cukup berkesan untuk menangani masalah pemandu asing yang degil?
Mungkin sudah tiba masanya untuk sistem penguatkuasaan saman diintegrasikan dengan sekatan lebih ketat di pintu keluar negara?
Jangan sampai mereka lepas begitu sahaja selepas melakukan kesalahan di jalan raya di negara kita.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Perasan Tak Butang ‘Shift Lock’ Dekat Bahagian Gear? Tahu Tak Apa Fungsinya?

Setiap kereta memiliki fungsi istimewa yang boleh digunakan pada waktu kecemasan termasuklah dari kategori kereta jenis auto.
Misalnya jika kereta auto anda tiba-tiba baterinya lemah atau ‘kong’, bagaimana hendak recharge akan menjadi seribu satu persoalan.
Kalau kereta manual, bolehlah turunkan hand break dan tolak ke tepi tetapi kereta auto ini bagaimana pula caranya?
Jawapannya adalah pada butang shift lock itu. Butang tersebut membolehkan anda menolak kereta anda walaupun kereta anda adalah kereta auto!
First time baru tahu?
Ini adalah perkongsian yang baik kerana butang shift lock itu memang dicipta sebagai salah satu ciri keselamatan untuk pemandu.
Kurang faham?
Jika anda meletakkan pada gear P, kereta anda sudah tidak bergerak. Tetapi jika kereta anda ditunda, bagaimana nak alihkan kepada gear N?
Caranya cukup mudah :
1. Matikan enjin ketika gear P
2. Cabut kunci kereta
3. Tekan butang shift lock dan jangan lepaskan
4. Pada masa sama, Tarik tombol gear dari P ke N
5. Setelah gear berada di N, barulah anda lepaskan butang shift lock itu
6. Lepaskan break tangan dan ia sudah boleh ditolak atau ditunda
Sama juga jika anda sejenis suka double parking. Boleh guna teknik ini untuk kurangkan dimaki pemilik kenderaan yang anda block itu.
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip Cuci Kereta Dengan Betul, Barulah Cat Pada Kereta Tak Rosak!

Pada zaman sekarang berapa kerat sahaja orang yang menbasuh kereta sendiri bukan? Rata-rata lebih senang menghantar ke pusah cucian.
Tapi sebenarnya mencuci kereta sendiri juga boleh jadi aktiviti yang menyihatkan. Mungkin pagi hujung minggu anda boleh dihabiskan masa sedikit dengan cuci kereta. Tak lama pun, hanya 45 minit paling lama.
Mencuci kereta juga boleh jadi terapi minda yang sangat baik. Tapi awas jangan basuh kereta sembarangan sahaja. Tak kena cara habis cat kereta rosak. Ikuti tip basuh kereta dengan baik di bawah!
LANGKAH PERTAMA
Untuk basuh kereta pastinya anda memerlukan sabun atau bahan pencuci. Anda boleh gunakan apa sahaja jenis sabun basuh jereta yang ada dijual di pasaran. Namun, jangan seseklai anda menggunakan sabun pencuci pinggan!
Ini kerana sabun pencuci punggan mempunyai sifat menghakis yang sangat kuat dan boleh sebabkan warna cat kereta cepat pudar. Mulakan basuh kereta bermula dari pane atas ke bawah untuk memudahkan kerja membasuh. Siram dahulu kereta dengan air sebelum mulakan basuhan dengan sabun.
LANGKAH KEDUA
Gunakan kain atau span mikrofiber untuk mencuci kereta anda. Gosok secara lembut kain yang dicelup dengan sabun di bahagian bumbung, depan, belakang, cermin dan sisi kereta. Menggunakan kain mikrofiber ada banyak kelebihannya antaranya ia menghasilkan cas negatif apabila digosok pada kereta. Ini memudahkan kotoran degil untuk tanggal dengan mudah.
LANGKAH TIGA
Basuh kereta anda dengan gunakan sistem dua baldi. Maksudnya satu baldi digunakan untuk sabun manakala satu baldi lagi mengandungi air yang digunakan untuk membilas kain atau span yangh digunakan untuk menyental kotoran.
BACA: Ingin Beli Kereta Terpakai? Ikuti 11 Tip Ini Sebelum Anda Membelinya!
LANGKAH KEEMPAT
Bilas dahulu keseluruhan kereta sebelum anda mula memberishkan rim dan tayar. Anda perlu ingat bahawa air sabun yang berada di badan kereta perlu dibilas secepat mungkin bagi mengelakkan kesan kotoran melekat semula pada kereta.
LANGAH KELIMA
Bersihkan rim dan tayar dengan menggunakan berus tayar. Gosokkan sekali pada bahagian dalam rim yang biasanya ada kesan hitam disebabkan disk brake. Elak guna bahan kimia berwarna merah yang biasa digunakan untuk memberishkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan rim cepat pudar.
LANGKAH KEENAM
Proses seterusnya ialah proses mengeringkan. Basahkan sedikit kain mikrofiber kedua sebelum mula lap kereta. Dan gunakan kain mikrofiber ketiga yang kering untuk lap bahagian yang hampir kering. Ini adalah kaedah lap basah dan lap kering.
LANGKAH KETUJUH
Jangan lupa untuk lap juga bahagian celah pintu dan panel kereta. Gunakan kain mikrofiber kering untuk mengeringkan kawasan tersebut. Untuk cermin pula anda dinasihatkan untuk guna kain yang baru dan gunakan cecair pencuci cermin yang khusus.
LANGKAH KELAPAN
Selepas selesai membersihkan kereta pada bahagian luar anda boleh mula beri perhatian pada bahagian dalam pula. Gunakan vakum untuk menyedit segala kotoran pada bahagian kusyen, tempat letak kakii dan papan pemuka.
Selamat mencuba!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI