Dua Jejaka Jadi Pocong Takutkan Penduduk Keluar Rumah Sepanjang Penularan COVID-19

Share

Indonesia kini berdepan dengan penularan wabak COVID-19 yang cukup meruncing. Jika sebelum ini angka serta jumlah jangkitan sedikit dilaporkan namun dalam tempoh seminggu yang lalu ia telah meningkat secara mendadak.

Lebih merisaukan jumlah ujian juga tidaklah terlalu tinggi berbanding negara lain di Asia Tenggara seperti Singapura dan Malaysia. Dengan jumlah penduduk yang ramai, negara yang luas serta berkepadatan tinggi di sesetengah lokasi perkara ini memamng agak menyukarkan.

Ini terutamanya sekali menggalakkan orang ramai supaya mengehadkan pergerakan dan tingga di rumah.

Sebuah kampung bernama Kepuh di kepulauan Jawa, Indonesia menggunakan taktik yang agak unibagi menakutkan penduduk sekitar daripada keluar dari rumah pada waktu malam.

Dua sukarelawan, Deri Setyawan dan Septian Febriyanto bertukar menjadipocong di kampung mereka.

Menariknya mereka menggunakan taktik ‘pocong’ bagi menakutkan orang ramai untuk keluar. Lengkap mengenakan kostum pocong dua jejaka yang merupakan sukarelawan setempat dilihat bertenggek di atas kerusi di jalan raya.

Walaupun legenda ‘pocong’ ini cukup terkenal dan ditakuti namun pendekatan ini dilihat agak berjaya. Menurut penduduk setempat selepas kemunculan ‘pocong’ ini golingan remaja dan kanak-kanak terutamanya sudah mula takut untuk keluar rumah.

Menurut Reuters orang ramai juga sudah tidak berkumpul beramai-ramai atau lepak di tepi-tepi jalan selepas waktu Isyak.

Inisiatif ‘pocong’ ini merupakan idea daripada golongan muda kampung tersebut dan turut mendapat kerjasama daripada pihak polis.

“Kami mahu mencipta satu cara yang berbeza kerana pocong itu cukup digerumi dan menakutkan,” jelas Anjar Pancaningtyas, ketua pemuda di kampung tersebut.

Sehingga semalam Indonesia mencatatkan lebih 4,500 kes dengan sebanyak 400 kematian. Namun apa yang merisaukan pakar ialah skala sebenar jagkitan adalah jauh lebih besar di seluruh negara tersebut.

Sumber: Reuters

Published by
Farizul Izwany