dron kamera 4k

Selaku salah satu jenama peneraju bagi dron awam, DJI telah melancarkan dron berkamera terbarunya, DHI Mini 2. Apa yang mengagumkan dron bersaiz mini ini lengkap dengan ciri-ciri dron paling selamat di pasaran masa kini.

Tampil dengan reka bentuk yang kecil serta ringan, DJI Mini 2 bukan sahaja mudah diterbangkan tetapi ia juga dilengkapi dengan teknologi keupayaan pengimejan yang ditambah bai.

Selain itu, ia turut tampil dengan prestasi penerbangan yang berkuasa serta teknologi transmisi dipertingkatkan bagi untuk sambungan lebih lama dan baik.
Mod pra-program yang pintar telah dioptimumkan supaya rakaman menarik boleh diambil dengan hanya beberapa sentuhan.

dron kamera 4k

Manakala bagi tutorial pemula dan alatan pembelajaran pula boleh membantu mempercepatkan pengguna baru untuk mengetahui cara menerbangkan dron baru yang menyeronokkan ini.

IKLAN

KECIL TAPI MENGAGUMKAN

Sama seperti model Mavic Mini yang asal, DJI Mini 2 menonjolkan reka bentuk lipat ikonik. Ia menjadikannya sebagai dron yang mudah dibawa ke mana sahaja. DJI Mini 2 mempunyai peningkatan mengagumkan bagi ciri prestasi penerbangan utama berbanding versi yang asal.

Ia kini menggunakan teknologi transmisi OcuSync 2.0, iaitu teknologi transmisi DJI yang terkenal di seluruh dunia yang bertanggungjawab untuk memastikan keterhubungan yang stabil, berjarak jauh, serta memberi sambungan yang tepat antara alat kawalan jauh dengan dron.

RAKAMAN BERKUALITI TINGGI

Ia juga dilengkapi bantuan sensor 1/2.3 inci yang mampu merakam imej 12 megapiksel dan resolusi video maksimum 4K/30fps @100 Mbps. Imej dirakam boleh disimpan dalam format JPEG dan juga RAW.

Ketika melakukan rakaman pada resolusi 1080p, pengguna boleh mendekati subjeknya tanpa perlu menggerakkan dron melalui pilihan 4X Zoom.

PERKONGSIAN MUDAH

Aplikasi DJI Fly dan DJI Mini 2 mempunyai banyak peningkatan yang menjadikan perkongsian segera di media sosial lebih mudah. Kini, telefon pintar boleh disambungkan terus ke dron tanpa alat kawalan jauh.

Bagi rakaman video, pengguna boleh memilih untuk memotong rakaman sebelum ia dimuat turun menggunakan Trimmed Download. DJI Mini 2 bukan sahaja mudah diterbangkan dan seronok untuk dikendalikan, malah rakaman yang anda buat boleh dikongsi dengan semua pengikut anda dalam beberapa saat.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik!