Drama Terbaru Atau Betul-Betul, Conor McGregor Umum Bersara Dari MMA Buat Kali Ketiga

Share

Bagi penggemar sukan mix-martial arts atau MMA, nama Conor McGregor pastinya sudah tidak asing lagi. Atlet tempur berasal dari Ireland tersebut dianggap salah seorang ahli sukan yang mempunyai pengaruh sangat besar dalam sukan tersebut.

Setiap pertarungannya pasti mampu mencecah kutipan box-office sama ada di stadium mahupun tayangan secara langsung di kaca televisyen atau penstriman.

Siapa yang tidak ingat perlawanan epik antara Conor dan juga Khabib Nurmagomedov yang telah menjadi bualan ramai tidak lama dahulu.

Dalam perlawanan berlangsung Oktober 2018, Conor tewas menerusi ‘submission’ pada minit 3.03 pusingan keempat.

Selepas perlawanan, timbul kekecohan yang menyebabkan McGregor dan Khabib didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).

McGregor didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan, manakala Khabib pula didenda AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan.

Conor McGregor antara atlet MMA paling popular di dunia.

Selepas mengecap pelbagai kejuaraan serta meraih wang royalti perlawanan yang cukup besar, Conor sekali lagi mengumumkan persaraannya daripada menyertai sebarang perlawanan tempur.

Untuk rekod ini bukanlah kali pertama pengumuman seperti ini daripada Conor. Malah, dia sudah dua kali mengumumkan persaraannya sebelum ini.

Pengumuman terbaru tersebut dilakukan oleh Conor menerusi laman media sosial Twitter kendaliannya pada hari ini.

“Hai semua, saya telah mengambil keputusan untuk bersara dari bertempur. Terima kasih kepada semua di atas kenangan yang cukup hebat! Ia satu perjalanan yang menakjubkan! Ini sekeping foto bersama ibu aya di Las Vegas ketika memenangi salah satu kejuaraan dunia!”

Itulah kapsyen menerusi satu hantara sekeping foto dirinya berpelukan bersama ibunya di Las Vegas tidak lama dahulu.

Conor sebelum ini pernah mengumumkan persaraa pada tahun April 2016 dan Mac 2019. Dan kali terakhir dia melakukan kemunculan di atas gelanggang Octagon ialah pada bulan Januari lalu dalam aksi UFC 246 menentang Donald Çowboy’Cerrone.

Menerusi pertarungan tersebut, Conor hanya mengambil masa selama lebih kurang 40 saat untuk menumbangkan Cerrone menerusi ‘technical knockout’ (TKO).

Perlawanan itu merupakan kemunculan pertamanya hampir 15 bulan menyepi dari sebarang pertarungan MMA. Adakah ini persaraan Conor yang betul-betul atau hanya drama semata. Sama-sama kita tunggu.

Sementara itu jika anda mahu mendapatkan pelbagai barangan sukan seperti tinju, bola sepak dan larian boleh dapatkan dengan tawaran diskaun hebat di Sports Direct!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim