Di pentas MASKULIN Who’s Your Bro (WYB), bukan sekadar kekuatan fizikal yang diuji, tetapi semangat kerjasama dan kepimpinan menjadi elemen terpenting untuk mara ke hadapan.
Salah seorang peserta yang sering “low profile” namun tetap menunjukkan konsistensi ialah Dr. Shazif. Dalam episod keempat bertajuk Muddle Trouble, Dr. Shazif menjadi perhatian dengan keberanian dan penghargaan beliau terhadap kepimpinan kumpulannya.
True Leader
Episod ini mempertemukan para peserta dalam cabaran unik yang penuh aksi – membawa bendera dari poin A ke poin B sambil berdepan halangan pemain ragbi.
Dalam cabaran ini, kumpulan Saddam berjaya mencatat masa terpantas, membuktikan kehebatan strategi mereka dan sekaligus muncul juara cabaran utama.
Dr. Shazif, salah seorang anggota kumpulan Saddam, memuji gaya kepimpinan ketua kumpulannya yang dilihat sebagai elemen pemacu kejayaan mereka.
“Cabaran ini memang sukar, tapi kami ada true leader, Saddam,” ujar Dr. Shazif penuh semangat.
Katanya lagi, kepimpinan Saddam bukan sekadar kata-kata kosong tetapi hadir dengan tindakan yang membawa kesatuan dalam pasukan.
Brotherhood Sebagai Kunci Kejayaan
Bagi Dr. Shazif, semangat brotherhood adalah tulang belakang setiap cabaran. Dalam suasana tekanan yang tinggi, semangat kerjasama antara ahli kumpulan menjadi penentu.
“Saddam buktikan dia leader sebenar. Dia bawa kami ke arah kejayaan dalam cabaran episod ini. Kalau tak ada brotherhood dalam team, memang susah nak buat apa-apa cabaran di WYB. Jadi, semangat brotherhood memang sangat diperlukan,” tambahnya lagi.
WYB terus memecahkan kebiasaan dengan cabaran yang bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, tetapi juga ketahanan mental.
Dr. Shazif mengakui bahawa setiap tugasan di WYB benar-benar “di luar kotak” dan memerlukan fokus yang maksimum. Cabaran ini bukan sekadar tentang siapa yang paling kuat, tetapi siapa yang mampu membawa pasukannya bersama untuk berjaya.
Semangat atau Persaingan?
Namun, persoalannya kini, sampai bila semangat brotherhood ini dapat bertahan? Dalam medan persaingan seperti WYB, garis antara kawan dan lawan boleh menjadi kabur.
Bila tiba masa untuk bertarung individu, siapa sebenarnya “bro” dan siapa yang akan menjadi lawan terbesar?
Siapa bro, siapa lawan?
Buat para penonton yang mengikuti perjalanan WYB, jangan lupa untuk saksikan episod kelima yang penuh dengan aksi mendebarkan pada 27 Disember, 9 malam di Astro Ria.
WYB bukan sekadar rancangan – ia adalah simbol kekuatan lelaki, kepimpinan, dan semangat kerjasama yang luar biasa.
Nantikan drama, aksi, dan persaingan yang bakal meletup di episod seterusnya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI