Foto: Instagram Dr Say Shazril

Influenza A merupakan salah satu jenis virus selesema yang boleh menjangkiti manusia serta haiwan, dan sering kali menyebabkan wabak selesema bermusim.

Virus ini merebak dengan mudah melalui titisan udara apabila seseorang yang dijangkiti bersin atau batuk, selain boleh merebak melalui sentuhan permukaan yang tercemar.

Influenza A dikenali kerana simptomnya yang lebih teruk berbanding selesema biasa, dengan tanda-tanda utama seperti demam tinggi, sakit badan, sakit tekak, dan sakit kepala.

Dr Say Shazril Menyeru Rakyat Malaysia Dapatkan Vaksin Influenza Setahun Sekali
Foto hiasan

Seperti yang dinyatakan oleh Dr Say Shazril, “Kalau siapa masih ignorant, ini bukti risiko Influenza A. Siapa pernah kena pasti tahu betapa sakitnya Influenza ni.”

“Sakit badan yang teramat, suhu badan tak turun walaupun dah makan paracetamol, batuk-batuk, sakit tekak, sakit kepala semua ni adalah simptom-simptom biasa influenza,” jelas Dr Say Shazril lagi menerusi satu perkongsian video di laman media social kendaliannya.

Dr Say Shazril Menyeru Rakyat Malaysia Dapatkan Vaksin Influenza Setahun Sekali
Foto: Instagram Dr Say Shazril

Tambahnya lagi individu berumur 65 tahun ke atas dan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun ke bawah berisiko tinggi untuk terkena komplikasi serius influenza.

KOMPLIKASI SERIUS

Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan ini boleh menyebabkan komplikasi seperti radang paru-paru, kegagalan pernafasan, atau bahkan kematian.

Seperti mana yang anda mungkin sudah sedia maklum 2 Februari 2025, dunia dikejutkan dengan pemergian pelakon terkenal dengan drama legenda ‘Meteor Garden’ iaitu Barbie Hsu pada usia 48 tahun akibat komplikasi Influenza A.

Ads

Dr Say Shazril Menyeru Rakyat Malaysia Dapatkan Vaksin Influenza Setahun Sekali

Kejadian ini menjadi bukti bahawa virus ini bukan sekadar selesema biasa yang boleh diabaikan. Lebih membimbangkan, ada kes di mana suhu badan pesakit tidak turun walaupun telah mengambil ubat demam, menunjukkan betapa agresifnya virus ini terhadap sistem imun seseorang.

“Tapi itu tak bermakna individu berusia 5 hingga 65 tahun selamat dari mengalami komplikasi serius. Barbie Hsu adalah contoh yang influenza boleh meragut nyawa,” tambahnya lagi.

“Inilah masanya untuk kita melindungi diri dan orang yang kita sayang dengan mengambil vaksin influenza yang seelok-eloknya diambil setahun sekali,” jelasnya lagi.

Selepas kematian Barbie Hsu, ribuan rakyat Taiwan mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan mendapatkan vaksin Influenza. Ini membuktikan bahawa kesedaran mengenai bahaya virus ini masih rendah sehinggalah berlaku tragedi yang mengejutkan.

Ads

Dalam perkongsian sama, Dr Say turut berkongsi statistik 2023, di mana jangkitan paru-paru telah menjadi punca utama kematian, mengatasi penyakit jantung sebagai penyebab kematian tertinggi di Malaysia.

Dr Say Shazril Menyeru Rakyat Malaysia Dapatkan Vaksin Influenza Setahun Sekali
Kredit: Jabatan Perangkaan Malaysia

Oleh itu, pengambilan vaksin Influenza sekali setahun adalah langkah terbaik bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius.

Ini lebih penting bagi mereka yang sering melancong ke luar negara, kerana pendedahan kepada pelbagai strain virus boleh meningkatkan risiko komplikasi.

BACA: Cara Kira BMI (Indeks Jisim Badan) Paling Tepat

Dalam dunia yang semakin sibuk ini, ramai yang mungkin mengabaikan kepentingan penjagaan kesihatan asas, termasuk mendapatkan vaksinasi yang sepatutnya.

Ads

Namun, tragedi yang berlaku seharusnya dijadikan pengajaran untuk kita lebih peka terhadap kesihatan diri dan keluarga.

Influenza A bukan sekadar selesema biasa, tetapi satu ancaman serius yang boleh membawa maut. Jangan tunggu sehingga terlambat, ambillah langkah pencegahan sekarang!

Kredit: Dr Say Shazril

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI