Keganasan seksual terhadap wanita merupakan isu yang amat serius di India.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan insiden menyayat hati melibatkan keganasan terhadap seorang doktor berusia 31 tahun yang ditemui mati di sebuah hospital kerajaan di Kolkata.
Terpanggil untuk mengulas isu ini, Dr.Say Shazril yang juga pernah melanjutkan pelajaran di India tampil mengulas dan memberi peringatan kepada orang ramai sebelum ke sana.
86 kes rogol dilaporkan setiap hari berlaku
Berdasarkan laporan statistik yang dikongsikan dalam video Dr.Say, lebih kurang 86 kes rogol dilaporkan setiap hari berlaku di India. Malah lebih menyeramkan adalah, lebih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan kerana stigma kepada wanita yang telah dirogol dan kurang kepercayaan kepada pihak polis.
Bercerita mengenai kes Dr. Moumita, doktor malang ini dibunuh dengan cara yang sangat ganas apabila badannya penuh dengan luka dengan mata berdarah, jari patah, mulut cedera dan yang paling tak sanggup nak bayang, dia juga alami pendarahan dekat bahagian sulit.
Bukan setakat itu sahaja, ada kecederaan di perut, tangan, dan muka, kaki dikepak jadi 90°. Paling tak boleh diterima sekali, 150ml air mani ditemui dalam tubuhnya dan beratus-ratus kesan gigitan manusia.
(lelaki) hanya boleh hasilkan 10ml air mani
Dr.Say sendiri menjelaskan bahawa seorang manusia (lelaki) hanya boleh hasilkan 10ml air mani sahaja? Bayangkan, betapa ramai lelaki yang terlibat dalam aktiviti yang memalukan ini. Berdasarkan laporan terbaharu, hanya 3 orang suspek sahaja yang berjaya ditangkap buat masa ini.
Dr.Say turut berkongsikan pengalamannya ketika menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di India sekitar tahun 2008-2013, pernah berlakunya satu kejadian besar di Delhi pada 2012. Kejadian itu melibatkan seorang pelajar wanita dirogol dan dibunuh oleh 5 orang lelaki, semua pelaku telah dihukum mati.
@say_shazril0Bukan sahaja di India tapi di negara kita sendiri pun dah makin gila & bahaya. Always jalan beramai2, sentiasa inform family members keberadaan kalian & jauhi tempat2 gelap & sunyi. Kes di Kolkata ini cukup mengerikan yg kalau doktor sendiri pun tak selamat, apetah lagi wanita bekerjaya di luar sana. Apa nak jadi ni peeps?
Menguruskan wang hasil titik peluh diri sendiri bukan suatu perakara muda. Ditambah pula keinginan terhadap benda-benda yang tidak diperlukan pun dalam kehidupan seharian. Maka tidak hairanlah ramai yang membazir, membeli dan memiliki barangan yang sebenarnya tidak perlu.
Ramai usahawan dan jutawan terkenal pada masa kini masih lagi berjimat cermat dalam membelanjakan wang mereka. Biar pun angka pendapatan mereka bertambah berlipat kali ganda setiap bulan, tetapi mereka cukup normal dan berdisiplin dalam bab perbelanjaan wang sendiri. Berikut adalah beberapa tip bagaimana jutawan-jutawan ini berjimat cermat dalam membelanjakan wang mereka.
Tinggal di rumah sederhana Warren Buffet merupakan jutawan ketiga terkaya di dunia, namun beliau masih lagi tinggal di rumah yang sama sejak tahun 1957. Rumah tersebut dibeli oleh Warren pada harga US$31,500. Carlos Slim, jutawan dan antara manusia terkaya di dunia masih lagi menetap di rumah yang sama sejak 40 tahun lalu.
Menggunakan kenderaan awam. Jutawan-jutawan seperti John Caudwell (memiliki US$2.4 billion), David Cheriton (memiliki US$1.3 bilion) dan Chuck Feeney (memiliki US$1.63 bilion) mampu memiliki helikopter atau jet peribadi untuk pergi kerja.
Namun medium kenderaan yang dipilih oleh mereka bertiga untuk pergi bekerja adalah menaiki dan menggunakan kenderaan awam. Ada kalanya, mereka juga memilih untuk berjalan kaki sewaktu bertugas.
Beli pakaian di pasar raya Jutawan seperti David Cheriton (memiliki US$1.3 bilion), Sergey Brin dan Larry Page (pengasas Google) lebih selesa memakai jeans dan kemeja-T sepanjang masa. Ingvar Kamprad, pemilik Ikea, tidak gemar memakai sut atau pun tuksedo,manakala John Caudwell (memiliki US$2.4 bilion) pula lebih gemar membeli pakaian murah di pasar raya.
Memandu kereta biasa Jutawan Jim Walton, pengasas Wal-Mart dan memiliki US$21 bilion masih lagi memandu trak buruk yang dimilikinya sejak 15 tahun lepas. Azim Premji (pengasas Wipro Limited dan memiliki US$15 bilion hanya memandu kereta Toyota Corolla. Ingvar Kamprad pula masih lagi memandu kereta Volvo berusia 10 tahun. T
Elak membeli barang mewah Mungkin anda terkejut mendapat tahu bahawa jutawan seperti Carlo Slim boleh berbelanja sebanyak beratus ribu dolar setiap minit untuk 100 tahun akan datang tanpa perlu bekerja.
Beliau sebenarnya tidak memiliki barang-barang mewah termasuklah jet peribadi, kereta mewah atau pun kapal layar peribadi. Kebanyakan jutawan juga mengelakkan diri daripada memiliki barang-barang mewah. Warren Buffet tidak suka hidup mewah dan pernah berkata, “Barang-barang mewah hanya akan menyusahkan kita di kemudian hari.”
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal kembali lagi tahun hadapan, demikian lapor media tempatan.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah yang baru selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).
PLKN adalah program perkhidmatan negara yang disokong oleh kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk memupuk patriotisme, disiplin, dan perpaduan di kalangan belia Malaysia.
Jika anda merupakan antara belia yang terpilih untuk menyertai PLKN, ini beberapa perkara yang perlu adan persiapkan:
1. Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal adalah aspek penting dalam PLKN. Anda akan menjalani pelbagai aktiviti fizikal, jadi adalah penting untuk berada dalam keadaan yang baik. Bersiap sedia dengan melakukan senaman secara berkala dan meningkatkan daya tahan. Fokus kepada senaman kardio, latihan kekuatan, dan senaman fleksibiliti untuk memastikan anda bersedia dari segi fizikal untuk program ini.
2. Penjagaan Diri
Semasa di PLKN, piawaian penjagaan diri perlu dikekalkan. Pastikan anda memiliki barangan penjagaan diri yang diperlukan seperti pisau cukur, pemotong kuku, barangan mandi, dan potongan rambut yang memenuhi keperluan program. Menjaga diri dengan baik akan membantu anda mematuhi peraturan dan mempersembahkan diri dengan kemas serta bersih.
3. Barangan Asas
Anda akan diberikan senarai perkara yang perlu dibawa, termasuk pakaian, kelengkapan tidur, dan keperluan peribadi. Pastikan anda membawa perkara-perkara asas ini mengikut garis panduan yang diberikan. Adalah penting untuk memiliki pakaian yang selesa yang sesuai untuk pelbagai aktiviti.
4. Persediaan Mental
Persediaan mental adalah sama pentingnya seperti persediaan fizikal. Fahami tujuan PLKN dan ambillah peluang untuk membangunkan kemahiran hidup yang berharga. Buka minda dan hati anda untuk pembelajaran, kerjasama pasukan, dan perkembangan diri. Sikap positif ini akan membantu anda mengambil manfaat program sepenuhnya.
5. Pengetahuan Asas Tentera
Ketahui pengetahuan asas tentera dan terminologi. Anda akan diperkenalkan kepada konsep-konsep ini semasa PLKN, tetapi memahaminya sedikit sebelum program boleh membuat hari-hari awal anda kurang mengejutkan.
6. Komunikasi
Anda mungkin tidak mempunyai akses kepada peranti komunikasi biasa semasa PLKN. Maklumkan keluarga dan rakan-rakan tentang penyertaan anda dalam program dan pilihan komunikasi yang terhad. Dengan cara ini, mereka akan memahami situasi anda dan boleh memberikan sokongan.
7. Kesihatan dan Keselamatan
Sebelum menyertai PLKN, jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh untuk memastikan anda dalam keadaan yang baik. Adalah penting untuk mengikuti nasihat perubatan yang diberikan dan membawa ubat-ubatan yang diperlukan jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang sedia ada. Menjaga keselamatan dan kesihatan diri adalah keutamaan penting.
8. Menghormati Peraturan
PLKN mempunyai set peraturan yang perlu dipatuhi. Sentiasa bersedia untuk menghormati dan mengikut garis panduan ini, kerana ia bertujuan untuk mengekalkan disiplin dan keselamatan dalam program.
9. Sikap Positif
Akhir sekali, hadapi PLKN dengan sikap positif. Terimalah peluang untuk berkenalan dengan orang baru, mempelajari kemahiran baru, dan berkembang sebagai individu. Kesediaan untuk menyesuaikan diri dan menjadikan pengalaman ini adalah kunci kepada perjalanan yang berjaya dalam PLKN.
Secara kesimpulannya, menyertai Program Latihan Khidmat Negara adalah pengalaman unik dan berharga untuk belia Malaysia. Bersedia dengan baik dari segi fizikal dan mental akan membantu anda mengambil manfaat sepenuhnya dalam pengalaman ini dan membangunkan kemahiran hidup yang penting yang akan memberi manfaat kepada anda dalam jangka masa panjang. Jadi, bersedia, kekal positif, dan bersedia untuk memulakan pengembaraan yang mengujakan ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini, selain mengerjakan ibadah sunat seperti mengaji Al-Quran, adalah lebih baik kita mendengar lagu-lagu berbentuk ketuhanan dan islamik bagi melahirkan keinsafan dalam diri ini.
Ini beberapa lagu yang sangat baik didengar kerana banyak lagu-lagu tersebut penuh syahdu dan menginsafkan.
Jom layan dan selamat berpuasa!
1. Man Bai & Raihan – Harapan Ramadhan
2. Opick – Bila Waktu Telah Berakhir
3. Opick ft Amanda – Alhamdulillah
4. Maher Zain – Thank You Allah
5. Sami Yusuf – You Came To Me
6. Opick – Rapuh
7. Maher Zain – Insha Allah
8. Irfan Makki – I Believe feat. Maher Zain
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.