Setiap lelaki pasti akan berdepan dengan mimpi ngeri berlaku masalah kebotakan terutamanya apabila usia mula menginjak ke pertengahan 30-an dan awal 40-an. Malah menurut tinjauan masalah kebotakan berada di antara perkara paling dirisaukan lelaki pada usia ini!
Apabila masalah ini sering diperkatakan maka timbullah pelbagai teori kenapa masalah kebotakan ini berlaku di kalangan lelaki. Mungkin ada yang betul dan mungkin ada juga yang sebenarnya hanya mitos semata.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, figura yang sering berkongsi informasi berguna buat warganet tentang pelbagai permasalahan kesihatan.
Memetik perkongsiannya di Facebook, Dr Kamarul terdapat sebahagian kepersayaan ramai orang tentang masalah kebotakan sebenarnya hanyalah mitos.
Berikut 10 mitos yang dikongsikanoleh beliau.
Kandungan MSG dan garam yang tinggi dalam perencah mi segera boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan masalah jantung. Namun, jangan terkeliru, mi segera bukanlah punca utama kebotakan.
Memakai topi yang terlalu ketat dalam jangka masa panjang memang boleh merosakkan folikel rambut, tapi jangan risau, kerosakan ini bersifat sementara. Cukup bagi rambut anda rehat seketika dan ia akan kembali pulih.
Menyisir rambut dengan kasar mungkin menyebabkan rambut gugur, tetapi jika dilakukan dengan lembut dan penuh perhatian, ia tidak akan memberi kesan negatif pada akar rambut anda. Jadi, jangan risau, rambut anda masih selamat!
Produk rambut yang digunakan mengikut saranan pengeluar selalunya tidak mendatangkan kesan buruk, kecuali jika anda alah kepada bahan tertentu. Jadi, pastikan anda memilih produk yang sesuai dengan jenis rambut anda.
Syampu rambut sebenarnya membantu membersihkan kulit kepala daripada minyak berlebihan dan sel kulit mati. Ini secara tidak langsung membantu menjaga kesihatan akar rambut dan mengelakkan masalah rambut gugur.
Mencukur rambut mungkin memberi ilusi rambut lebih tebal kerana ia tumbuh kembali dengan lebih pendek dan keras. Tetapi, jika rambut anda sudah tipis dan rapuh, mencukur tidak akan menjadikannya lebih tebal. Perawatan yang betul adalah kuncinya.
Sinaran matahari boleh merosakkan tekstur rambut jika terdedah terlalu lama, namun ia bukan penyebab utama kebotakan. Jaga rambut dengan pelindung UV untuk kekal sihat.
Kebotakan boleh berlaku pada usia muda, terutamanya lelaki. Walaupun ia lebih biasa berlaku pada usia matang, kebotakan boleh dimulakan lebih awal, terutama disebabkan oleh faktor genetik.
BACA: Lelaki Lebih Ramai Botak Berbanding Wanita, Ini Puncanya!
Kebotakan sering dikaitkan dengan peningkatan hormon testosteron (atau lebih tepatnya, DHT), namun ini tidak bermakna lelaki botak mempunyai kekuatan seks yang lebih tinggi. Hormon ini lebih berperanan dalam menyebabkan kebotakan, bukan meningkatkan tenaga seksual.
Satu-satunya kebotakan yang meningkatkan risiko kemalangan adalah kebotakan pada bunga tayar kenderaan. Jangan risau, kebotakan kepala anda tidak memberi kesan langsung kepada kemalangan jalan raya!
Kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.