Tidak dinafikan penyakit batu karang hempedu ini merupakan penyakit yang sering dihidapi oleh kebanyakan orang. Kekerapan penyakit batu karang hempedu ini bertambah mengikut usia seseorang.
Penyakit batu karang hempedu ini berkait rapat dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Ia melibatkan tiga organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas.
Bagi yang ingin mencari alternatif lain untuk penyakit batu karang hempedu tanpa perlu dibedah, ini ada petua yang dikongsikan Dr Hamid Arshat
menerusi Facebooknya.Petua yang dikongsikan ini merupakan kaedah rawatan natural untuk mengeluarkan batu karang hempedu yang diasaskan oleh Dr Lai Chiu Nan dari negara China.
Rawatan natural ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami lemah hati kerana hati dan pundi hempedu juga berkait rapat.
2. Pada hari keenam, jangan makan malam (dinner).
3. Pada jam 6 petang, makan satu sudu teh garam Epsom (magnesium sulfat) beli dari farmasi dengan segelas air suam.
4. Pada jam 8 malam, ulangi makan garam Epsom.
5. Pada jam 10 malam, campurkan satu cawan (250 ml) Olive Oil atau Sesame Oil dan setengah cawan jus lemon yang fresh (perah 3 biji lemon). Campur Olive Oil dengan jus lemon dan minum.
6. Insya Allah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.
1. Fungsi lemon untuk menumpulkan batu karang supaya tak mencederakan organ dalaman semasa proses keluar dari hempedu.
2. Epal hijau pula untuk melembutkan batu karang supaya ia mudah keluar dan menggelongsor dari hempedu.
3. Apabila minum minyak zaitun atau minyak bijan selepas berpuasa, badan akan mengesan ia sebagai bahan tinggi lemak. Isyarat akan dihantar ke batu hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung, batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.
4. Garam Elsom pula membantu membuka saluran hempedu.