Penyakit darah tinggi datang tanpa diundang dan ia tidak mempunyai sebarang simptom seperti penyakit lain. Tetapi awas! Apabila darah tinggi menyerang, ia akan berfungsi sebagai penyebab utama kepada pelbagai penyakit berbahaya lain seperti angin ahmar atau strok, sakit jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang iaitu Chronic Renal Failure.

Nak tahu cara-cara mengawal penyakit darah tinggi, ikuti perkongsian Pakar Sakit Puan, Dato’ Dr Hamid Arshat menerusi Facebookya.

Dr Hamid Arshat Dedah Kebaikan Amal Jus Ulam Raja Untuk Kawal Darah Tinggi!

KAWAL DARAH TINGGI

Beberapa panduan untuk mengawal tekanan darah. Bila umur meningkat 50 tahun ke atas, ramai yang mengidap penyakit darah tinggi.

Saya pun bila kepenatan dan stres, tekanan darah saya naik 150/90 Mm Hg. Kadang-kadang saya makan ubat untuk kawal. Alhamdulillah biasanya pressure saya 130/80 mm Hg.

IKLAN

Tekanan darah meningkat sebab saluran-saluran darah menjadi sempit akibat dari timbunan lemak pada dinding-dinding (atherosclerosis). Sering dikaitkan dengan cholesterol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan chronic inflammation.

Bila saluran darah sempit, jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksijen dan makanan kepada tisu-tisu dalam organ-organ terpenting.

Risiko dalam jangka panjang ialah serangan jantung dan angin akhmar serta lain-lain gejala kesihatan.

IKLAN

1. Kawal berat badan. Kegemukan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan-makanan bergula dan karbohidrat. Kurangkan makanan-makanan bergoreng, bersantan, kuih-kuih manis, chocolate manis. Jauhkan air minuman soda. Kurangkan makan daging merah; lembu dan kambing.

2. Lakukan exercise 30 minit setiap hari. Exercise meningkatkan aliran darah kepada tisu-tisu dan organ. Di samping menurunkan cholesterol dan gula dalam darah. Exercise mencetuskan keluar endorphin dari otak menjadikan kita tenang dan ceria.

IKLAN

2. Kawal stres. Minda yang tenang dan emosi ceria dapat kawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, tafakkur, lakukan deep breathing exercises, yoga.

3. Makanan-makanan yang mengandungi vitamin C, beta carotene, flavonoid, antioxidant boleh bantu kawal tekanan darah, dengan menyekat chronic inflammation dan bantu baik pulih sel-sel dan tisu-tisu. Sayur-sayuran hijau bayam, sawi, ulam-ulam; ulam raja, sambung nyawa, mint. Jus ulam raja, selain bertindak mengawal cholesterol dan gula dalam darah, ia juga anti kanser. Buah-buahan; mangga, tembikai, keledek merah, carrot, berries.

Dr Hamid Arshat Dedah Kebaikan Amal Jus Ulam Raja Untuk Kawal Darah Tinggi!
Ulam raja di sekitar rumah Dr Hamid Arshat.

4. Amalkan minum juice lemon, limau nipis, limau kasturi, grapefruit khususnya selepas makan daging. Air limau boleh mencairkan lemak-lemak dan bertindak sebagai anti inflammatory. Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedua-dua mengandungi bahan antioxidant dan anti inflammatory.

5. Fish oil, Minyak kelapa dara, extra virgin olive olive oil. Ikan salmon dan mackerel mengandungi Omega3 dan DHA, yang anti inflammatory.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI