Siapa tak kenal dengan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah yang popular sekitar era 90an dan masih ‘popular’ hingga ke hari ini. Sebut je namanya pasti terbayang kepetahan dan ilmu figura ini menyampaikan ceramah dengan gaya tersendiri.
Orangnya bukan saja berpendidikan tinggi, tetapi juga kaya dengan senyuman. Sebelum kemunculan penceramah motivasi sekarang, Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah antara yang terawal menceburi arena itu.
Ke mana saja pergi, ramai yang mengenali personaliti lelaki hebat tersebut yang sinonim dengan kata-kata motivasi dan isu semasa khususnya berkaitan kehidupan.
Namun siapa sangka lelaki hebat ini yang sinonim dengan kata-kata motivasi dan isu semasa khususnya berkaitan kehidupan sudah pun meniti usia emasnya.
Tanggal 16 Julai lalu, genap 72 tahun usia pakar motivasi ini. Menginjak usia emas Dato’ Dr Fadzilah Kamsah yang dilahirkan di Klang, Selangor bersyukur kerana dikurnia kesihatan
yang baik.
Sihat Dan Bahagia Di Usia Emas
Bersempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini, dia menzahirkan rasa syukur atas kurniaan dari ilahi di platform media sosial miliknya.
Ads
“Hari ini Tok Abah menginjak ke 72 tahun. Syukur alhamdulillah! Dalam usia begini, Allah masih beri penglihatan yang jelas tanpa pakai cermin mata, telinga masih jelas mendengar, tangan masih laju menulis, tenaga yang masih cergas untuk berdiri lama beri ceramah.
Ditambah pula dengan teman hidup yang setia, Tok Mak (beliau pun baru sambut hari kelahiran ke-75), ada anak-anak yang taat, cucu yang comel dan manja serta ada anda
semua yang mengenali Tok Abah dari mula Tok Abah muncul di kaca tv sampai ke saat ini.
Sokongan dan dokongan anda semua sangat magical dan luar biasa. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa baik anda semua.
Semoga bertambahnya usia Tok Abah ini anda semua doakan kesihatan dan kesejahteraan Tok Abah, moga terus menerus dapat berbakti pada ummah dan bangsa.”
Ads
Dato’ Dr Fadzilah Kamsah memiliki pendidikan Doktor Falsafah Organization Communication dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat, Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartananan, Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian di Universiti Malaya dan pelajar tebaik Fakulti Sains Universiti Malaya (UM).
Bekas pensyarah ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Sharifah Md Nor dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurhidayah, Muhammad Syakir dan Muhammad Shazwan.
Sering dicaci, dikutuk dan direject ramai perempuan hanya kerana rupa dan bentuk badan, lelaki ini nekad untuk kurus dari 150kg ke 80kg. Transformasi kejayaannya menurunkan berat sebanyak 70kg pastinya membakar semangat mereka yang ingin kurus.
Jom ikuti perkongsian pengguana Twitter, Firdaus tentang 28 rahsianya kurus dan menurunkan berat. Tak pernah berputus asa, akhirnya dia berbangga dengan kejayaan yang dicapainya.
Ini yang dia kongsikan. Jom kita jadikan pembakar semangat!
Transformasi turun dari 150kg ke 80kg
Habit makan banyak, berat mencecah RM150kg masa tingkatan 3
Pegang rekod ‘Budak Paling Berat Dalam Sekolah’ masa darjah 5
Asyik kena buli & diejek masa di sekolah
Motivasi untuk kurus
Motivasi untuk bakar semangat & pasang niat kenapa nak kurus
Jaga pengambilan kalori & pemakanan setiap hari
Tip masak tanpa minyak
Timbang berat seminggu sekali & sediakan buku nota untuk tulis progress
Buat senaman weight training & kardio
Better bawa bekal dari rumah & minum banyak air
Pastikan tidur cukup & senaraikan benda nak buat lepas kurus
Dapatkan tip & kaedah masak menerusi majalah
Buat aktiviti outdoor & HIIT
Kena ada cheat day
Beli pakaian kecil untuk motivasi & upah trainer jika mampu
Kena ada kata-kata inspirasi & lagu untuk terus bersemangat
Ajak geng nak kurus, ada geng baru ada semangat
Minum kopi o & teh hijau kosong
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak kenal dengan bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo yang kini bersama juara Serie A, Juventus. Pemain yang dikatakan antara terbaik pernah disasksikan dalam sejarah bola sepak ini bukan sahaja menjadi ikon kepada sukan ini tetapi kepada aktiviti amal yang sering dilakukannya.
Terbaru Cristiano Ronaldo dilaporkan telah mendermakan sebanyak USD1.5 juta (RM6.26 juta) kepada masyarakat Palestin. Derma yang dilakukan oleh pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or ini dilakukan olehnya bersempena dengan bulan suci, Ramadan.
Dan menerusi derma ini juga Ronaldo berharap ia dapat meringankan sedikit penderitaan yang di alami oleh penduduk Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza.
Ini bukanlah kali pertama Ronaldo melakukan derma seperti ini. Pada tahun 2012 dia pernah melelong kasut emas yang dimenanginya untuk mengutip derma khusus buat anak-anak Palestin.
Selain itu, Ronaldo juga dikatakan pernah menolak untuk bertukar jersi dengan pemain Israel ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 yang lalu.
Buat pengetahuan anda, Semenanjung Gaza telah diserang tanpa bels kasihan oleh rejim Zionis sejak tahun 2007 lagi. Malah sekatan yang dilakukan oleh rejim tersebut telah banyak membuat hidup penduduk Palestin di Semenanjung Gaza berdepan kesukaran luar biasa.
Semoga lebih ramai pemian seperti Cristiano Ronaldo tampil ke hadapan untuk membantu rakyat Palestin dan menyuarakan sokongan mereka terhadap negara yang ditindas sejak puluhan tahun ini.
‘Che Sayang Kitchen’ diumumkan sebagai pemenang kategori Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia 2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Malah, Anugerah Creator of the Year ini turut disampaikan oleh Khairul Aming kepada Che Sayang Kitchen, yang berjaya menewaskan beberapa pempengaruh terkenal lain seperti Ryan Bakery, Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra yang dicalonkan bagi kategori sama.
Tapi siapakah sebenarnya lelaki di sebalik nama Che Sayang Kitchen yang terkenal dengan siri video masakan “2 Minit 1 Resepi” itu?
Abdul Qayyum Halid, yang lebih dikenali sebagai Che Sayang, merupakan alumni Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Beliau mula mendapat perhatian apabila aktif berkongsi video-video bertemakan masakan di TikTok.
Mulakan Perniagaan
Beliau memulakan perniagaan sambilan pada tahun 2013, ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 2014, beliau menerima tawaran melanjutkan pengajian ke universiti. Atas nasihat bapanya, beliau berhenti berniaga sambilan dan menumpukan perhatian kepada pengajiannya di UTP.
Zaman Universiti
Semasa di universiti, Abdul Qayyum, yang kini berusia 28 tahun, mencuba pelbagai jenis perniagaan, antaranya menjual roti RM1 pada tahun 2015, KamiDelivery pada tahun 2016, dan Solvypro pada tahun 2017, namun kesemuanya menemui kegagalan.
Kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas
Pada tahun 2018, beliau bergraduasi dengan ijazah kelas pertama serta menerima Anugerah Pelajar Terbaik dan Anugerah Canselor Emas. Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas pada tahun 2019, namun minatnya dalam bidang perniagaan tidak pernah pudar.
Pada tahun 2020, beliau mencuba nasib sekali lagi dalam bidang perniagaan bersama adik-adiknya dengan menjalankan perniagaan Choco Flakes, dan pada tahun 2023, beliau bersama keluarganya mengasaskan perniagaan acar ikan masin Che Sayang. Namun, kedua-dua perniagaan tersebut gagal.
Tidak berputus asa
Walaupun mengalami kegagalan, Abdul Qayyum tidak berputus asa. Pada 2 Mac 2023, beliau memulakan langkah baharu dengan memuat naik video masakan pertamanya di TikTok melalui akaun Che Sayang Kitchen. Video tersebut pada asalnya tidak bertujuan untuk berniaga, tetapi untuk memberi manfaat kepada orang lain. Tidak disangka-sangka, akaun tersebut semakin dikenali dan kini mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut.
Ramai generasi muda kini bercita-cita untuk menjadi content creator, namun ada yang terpengaruh dengan pemikiran yang salah seperti “pendidikan tidak penting” atau “bad marketing is good marketing”, yang boleh merosakkan minda generasi muda. Pendidikan dan ilmu pengetahuan tetap memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan.
Content creator berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk tekanan untuk menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menarik tetapi juga bermanfaat. Meskipun ada yang beranggapan platform seperti TikTok hanya untuk hiburan, ia juga telah menjadi medium utama dalam penyampaian maklumat, termasuk dalam bidang agama. Oleh itu, content creator perlu bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam setiap kandungan yang mereka hasilkan.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.