Pada era 90-an dahulu, dompet kain jenis berjenama Alien Workshop ini sangat menjadi kegilaan kaum lelaki terutamanya kanak-kanak, remaja termasuk orang dewasa.
Paling tak boleh tahan, ketika zaman itu ada juga trend memakai rantai pada dompet ini dan disangkut pada lubang tali pinggang yang ada di seluar.
Namun begitu, setelah zaman terus beredar dan kini hampir memasuki tahun 2020, penulis terjumpa satu posting mengenai dompet ini di pasaran atas talian.
Di situ, penjualnya menawarkan harga dompet Alien Workshop ini pada harga RM150 seunit.
Melihat pada rupanya, dompet ini kelihatan masih elok dan jika ada yang benar-benar mencarinya, untunglah siapa yang masih memiliki koleksi dompet yang sangat klasik ini!