Tahukah anda pada masa kini ramai di kalangan lelaki berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik?
Masalah sakit belakang di kalangan lelaki sebenarnya bukanlah satu perkara asing. Ia merupakan satu fenomena biasa yang kita lihat berlaku di antara rakan-rakan terdekat. Malah lebih buruk jika sakit belakang itu melibatkan kecederaan serius seperti ‘slip disc’.
Malah, kajian mendapati dianggarkan lebih 80 peratus individu terutamanya lelaki orang mengalami sakit belakang pada usia menjelang 40-an. Bukan sahaja ia menyakitkan malah boleh menggangu aktiviti kerja seharian.
Simptom sakit belakang boleh berlaku di kalangan mereka berusia 20-an. Dan apabila usia semakin meningkat risikonya bertambah tinggi. Kajian di Malaysia melaporkan sebanyak 12 peratus insiden sakit pinggang berlaku di luar bandar manakala 60 peratus dialami pemandu kenderaan komersial.
Public Health Malaysia dalam satu perkongsian memberi sebab perkara ini terjadi. Antara penyebab seseorang itu boleh mengalami sakit belakang adalah:
1.Duduk terlalu lama tanpa bergerak.
2.Membongkok semasa mengambil mengangkat barang berat.
3.Pakai kasut tumit tinggi terlalu lama
4.Tidur meniarap atau menggunakan bantal yang terlalu tinggi
5.Bawa beg berat di sebelah bahu
6.Letak dompet di poket belakang
Antara simptom umum sakit belakang ialah kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk, bersin, menggeliat atau duduk untuk jangka masa yang panjang.
Bagi mengelakkan gejala sakit belakang, orang ramai perlu melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengamalkan pola pemakanan yang sihat bagi mengelak obesiti. Mereka yang mengalami obesiti lebih berisiko mendapat sakit belakang. Kurangkan aktiviti ‘menghadap’ gajet kerana ia hanya lebih memudaratkan.
TANDA-TANDA SAKIT BELAKANG
- Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).
- Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat adakalanya menimbulkan rasa sakit serta-merta atau kecederaan pada otot atau urat.
- Sebaliknya dalam kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.
CARA SAKIT PINGGANG DIDIAGNOSIS
- Sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal
- Ujian sinar X dan MRI
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat sebaiknya untuk anda semua.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI