Jika kita baca laporan harian bagaimana wabak Covid-19 merebak, ia kebanyakannya berpunca daripada kecuaian rakyat kita sendiri. Contoh beberapa hari lalu apabila seorang yang mempunyai simptom dan sedang menunggu ujian pengesahan Covid-19 bertindak menaiki bas dari Johor Bahru ke Kuantan.
Sedangkan doktor sudah menasihatinya untuk kuarantin di rumah. Ada juga kes di mana pesakit merahsiakan sejarah perjalanan serta kontak rapat mereka dengan individu yang psotif virus tersebut.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Ahmad Luqman Bukhari menerusi posting di Facebook kendaliannya. Beliau berkongsi di mana rakan-rakannya yang bertindak sebagai frontliner di hospital terpaksa melalui pengalaman melakukan ujian Covid-19.
Jelas beliau perkara ini berlaku kerana ada pesakit yang positif jangkitan menipu dan tidak memaklumkan sejarah sakit dan perjalanan mereka.
Ikuti perkongsian beliau di bawah;
Sakit woih! Rasa macam nak meletup kepala aku!
Terbatuk-batuk terus lepas batang swab tu dia keluarkan dari hidung aku. Mujur tak termuntah je.”
Masih jelas lagi raut wajahnya yang tak selesa tu. Padahal prosedur pengambilan sample COVID-19 tu dah selesai lama.
Kesian betul. Dia antara rakan setugas aku yang terpaksa jalani ujian saringan COVID-19.
Bukan seorang dua, tapi berbelas-belas kawan aku yang terpaksa hadapi saringan tu.
Terpaksa relakan lubang hidung dijolok dengan alat penguji hingga betul-betul sampai ke hujung rongga hidung.
Semata-mata nak kena pastikan diri bebas jangkitan. Supaya ia tak tersebar pula pada orang lain.
Lihatlah gambar yang aku kongsikan tu.
Semuanya terpaksa lakukan test gara-gara ada pesakit yang positif jangkitan, tapi menipu sejarah sakit. Dah mula ada simptom sejak awal, tapi masih tegar berjalan-jalan ke sana ke mari.
Siap terbang ke luar negara lagi.
Lepas tu, bila datang untuk jalani pemeriksaan, tak beritahu maklumat sebenar pada staff kesihatan. Akhirnya dedahkan risiko jangkitan pada ramai staff hingga sebahagian terpaksa dikuarantin.
Akibatnya, staff yang bertugas makin berkurangan menyebabkan beban kerja makin bertambah.
Sebab tu kami marah benar bila ada yang tak patuhi arahan KKM dan kerajaan. Galak berjalan ke sana ke mari. Lepas tu sesuka hati cakap, “kalau kami sakit kami pergilah hospital.”
Rude!
Selfish!
Tolonglah ikut perintah kawalan pergerakan betul-betul buat masa ni.
Tak usah keluar ke taman rekreasi.
Tak usah ke masjid atau surau.
Tak usah pulang ke kampung.
Jangan dedahkan orang tua pada risiko jangkitan.
Bayangkan orang tua kita terpaksa hadapi rasa tak selesa diambil sample disebabkan kedegilan kita.
Apatah lagi jika tiba-tiba keputusannya positif.
Nauzubillah…
Itu belum kira masalah-masalah yang timbul pada staff kesihatan akibat kedegilan kita.
Kawan-kawan, patutnya ujian wabak ni jadi medan kita bermuhasabah, kesabaran kita membasuh dosa-dosa lalu.
Bukan kita menambah lagi senarai dosa-dosa baru ke dalam kantung amalan kita.
Yang dah lepas kita ambil jadikan pengajaran.
Tapi dalam perjalanan menuju ke hadapan, kita mesti ingatkan seramai mungkin agar selalu jaga satu sama lain. Saling ingat memperingati.
Nampak ada yang terlalai, kita tegur. Yang terus berdegil, kita serahkan pada pihak berkuasa.
Fahamkanlah kata-kata Tuhan.
Kita ini sentiasa duduk dalam kerugian.
Melainkan sesiapa yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh, serta tak jemu berpesan tentang kebaikan dan kesabaran.
Mari, sama-sama kita ingatkan semua ya. Malaysia, #StayAtHome.
Dr Ahmad Luqman Bukhari,
Demi kita semua.
Kredit: Dr Ahmad Luqman Bukhari