Gigi putih bersih menjadi idaman semua tidak kira wanita mahupun lelaki. Ramai yang beranggapan menggosok gigi sahaja sudah cukup untuk merawat gigi kuning dan mencegah gigi berlubang. Tetapi, sebenarnya menggosok gigi sahaja tidak mencukupi, apatah lagi jika anda memiliki gigi kuning dan gigi berkarang.
Kaedah scaling gigi juga merupakan salah satu cara untuk membersihkan karang gigi.Walaupun kaedah ini tidak meninggalkan kesan buruk, tetapi ramai individu yang tidak berani untuk mencuba kerana terpengaruh dengan mitos-mitos tertentu. Dr. Iqbal Rosli memberikan penjelasan melalui bebenang di Twitter fakta yang salah dan fakta yang benar melalui kaedah scaling atau cuci gigi.
Scaling menyebabkan gigi jarang
Scaling TIDAK menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.
Ads
Scaling menjadikan gigi nipis
Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini TIDAK menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.
Scaling menjadikan gigi sensitif
Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi TERDEDAH dan gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulah scaling untuk singkirkan karang gigi dan memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitif
Ads
Scaling menyebabkan gigi bergoyang
Sebenarnya sokongan kepada gigi oleh gusi telah BERKURANG apabila terbentuknya karang gigi yang tebal. Gusi semakin lama semakin menyusut jika karang gigi tidak scaling. Akhirnya gigi bergoyang. Dengan scaling dan gusi boleh kembali pulih.
Scaling untuk putihkan gigi
Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walabagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.
Ads
Sudah berus gigi 2 kali sehari, tidak perlu scaling lagi
Ini kurang tepat. Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru kita boleh nilai perlukan scaling atau tidak.
Scaling adalah rawatan terbaik untuk merawat karang gigi. Dapatkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan.
Semoga perkongsian dari doktor ini mampu memberi info dan penjelasan berkaitan isu scaling gigi ini. Lepas ini tak perlu la risau kalau pergi scaling gigi ye!
Hati manusia ni rapuh, bukan saja wanita yang mengalami gangguan emosi setiap bulan, malah lelaki juga boleh mengalami kemurungan jika apa yang diusahakan tidak menjadi. Sebagai contoh apabila seseorang itu berusaha untuk mencapai target dalam gym. Ia akan menyebabkan kemurungan apabila niat untuk mencapai target itu tidak menjadi akibat kurang latihan atau kemampuan. Pada akhirnya, ia akan menjadikan seseorang itu mula stress dan gejala itu akan mengundang seseorang untuk tidak mencapai target walaupun telah berusaha sebaik mungkin.
Jika anda terlalu extreme dalam mengawal diet anda, ia akan memudaratkan. Berkelakuan melampau dalam gym boleh menurunkan tekanan darah, melepaskan endorfin, menguatkan sistem imun, meningkatkan daya ingatan, hindar dari stress, dan membuat anda merasa lebih bahagia. Jadi jika anda berhempas pulas dalam gym tapi anda tidak mendapat keputusan yang menarik, apa kata anda cuba ini:
Bukan semua jenis senaman baik untuk kita
Senaman sebenarnya masa untuk kita kurangkan stress dan berpeluh. Bermakna, seseorang perlu enjoy ketika sedang bersenam. Tabata dan kick-boxing memang membantu seseorang untuk menurunkan berat badan di samping menjadikan tona otot anda cantik. Namun, anda harus ingat, perbuatan yang bukan atas kerelaan akan menjadikan badan anda lemah untuk menerima apa juga jenis senaman. Keputusannya, ia tidak dapat membantu anda untuk menurunkan berat, sebaliknya menambahkan lagi berat atau anda akan berada pada tahap itu sampai bila-bila. Apa kata anda berzumba, bersukan atau lakukan senaman mudah setiap pagi dan sebelum tidur. Barulah enjoy!
Beri peluang untuk ber Cheat Meal
Bersenam akan menjadikan anda turut mengawal pemakanan anda. Makan makanan yang seimbang memang menjadikan anda berada dalam keadaan sihat malah ia bertindak untuk menghapuskan lemak! Namun, terlampau menjaga makanan juga boleh membuatkan badan anda lemah kerana ia memerlukan lemak untuk terus bekerja. Jadi, manjakan diri anda dengan makan makanan yang penuh dengan kalori agar ia dapat membantu anda menghapuskan lemak lama. Jangan ada mindset bahawa “lemak lama pun tak habis bakar, nak masuk lemak baru pulak” mindset itu akan membuatkan badan anda menghadapi tekanan dan berat badan anda tidak akan turun selepas itu.
Jadi, nak kurus ni senang je sebenarnya, kalau anda berpegang pada YOLO, maka anda akan faham yang hidup ni akan lebih gembira jika kita tidak terlalu ketat dengan diet dan senaman! Selamat mencuba!!!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.
2. Sawi
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ini akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
Sumber : Lelaki Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mengenal konsep rapi diri secara menyeluruh, ia tidak hanya terikat pada formula bagaimana anda menjaga wajah, badan dan rambut semata. Ideanya berkait daripada apa yang boleh dilihat luaran termasuk dalaman. Penjagaan gigi tidak ketinggalan dalam senarai perapian seseorang lelaki. Penting buat anda semua memastikan gigi sentiasa sihat dan bersih sempurna.
KENALI MASALAH UTAMA ORAL
1-Plak dan kalkulus
Merupakan organ oral paling sensitif. Plak merupakan lapisan nipis dengan permukaan sedikit melekit yang mengandungi bakteria- sentiasa terbentuk di dalam mulut. Struktur plak yang lembut mudah dihilangkan dengan memberus menggunakan berus gigi atau flos. Buat pengetahuan anda, bakteria yang wujud pada plak adalah hasil daripada sisa makanan yang melalui satu proses yang dinamakan penguraian bakteria. Keadaan ini membentuk plak dan jika tidak dibersihkan dalam masa 24 jam plak ini akan membentuk menjadi satu kerasan disebabkan enapan garam kalsium dari air liur, akhirnya membentuk kalkulus atau tartar. Cara terbaik menyempurnakan enapan keras ini adalah dengan melakukan proses pengikisan oleh pakar gigi.
2-Periodontal
Selain masalah plak, hal lain yang akan merosakkan penampilan pada gigi anda dikenali sebagai Periodontal. Ia disebabkan pengumpulan bakteria yang tidak dibersihkan tadi. Keadaan seperti gusi bengkak dan berdarah merupakan simptom pada permasalahan yang dinamakan sebagai Gingivitis. Kesan daripada plak yang tidak disingkirkan akan memusnahkan gentian yang memegang gigi dan akhirnya mengakibatkan kerapuhan pada sistem sokongan gigi. Hal ini dikenali sebgai periodonitis yang pasti akan mencacatkan penampilan harian anda.
3-Karies gigi
Merupakan penyakit disebabkan oleh mikrobakteria yang bertidakbalas dengan tisu-tisu gigi keras. Sesetengah bakteria terhasil daripada bahan terbuang karbohidrat yang membentuk asid. Asid ini pula akan melarutkan enamel gigi dan membentuk lesi karies yang merosakkan penstrukturan gigi yang tidak dirawat.
PENJAGAAN GIGI TERBAIK
Terdapat beberapa cara untuk anda mengekalkan dan memastikan gigi berada dalam keadaan baik. Antara hal yang paling penting adalah cara menggosok itu sendiri. Berikut ikut tip Maskulin buat anda praktikkan.
1-Gerakan membulat – Putar berus dalam gerakan membulat dari pangkal gigi dan gusi mengelilingi permukaan gigi.
2-Gerakan menggetar – pegang berus di sisi barisan gigi dan gosokkannya di sepanjang permukaan pangkal gigi dan gusi
3-Gerakan menyapu – letakkan berus pada pangkal gigi dan gusi. Sapukan atas ke bawah di bahagian depan dan belakang gigi.
TIP PERLU DIIKUT
1-Penggunaan Flos – ramai mengabaikan penggunaan flos kerana faktor mengambil masa untuk menyudahkannya. Namun perlu anda tahu bahawa penggunaan flos mampu mengeluarkan sisa makanan yang ada di celah-celah gigi dan bahagian lain yang tidak boleh dibersihkan oleh berus biasa. Selain itu, secara umumnya flos juga mampu mengurangkan bau mulut yang diakibatkan bakteria. Ini kerana kaedah memberus hanya mampu bertindak menghilangkan 70% bakteria yang ada dalam mulut, dan kaedah flos mampu mengatasi permasalahan ini.
2-Elak alkohol dan makanan manis- Antara cara lain yang boleh anda amal dan elakkan adalah dengan tidak mengambil bahan makanan atau minuman beralkohol serta makanan yang terlalu manis. Lebihkan pemakanan yang mengandungi kalsium tinggi seperti susu segar, sayuran hijau, ikan salamon, cereal dan makanan yang berasas kacang soya. Manakala kandungan bahan vitamin seperti C dan D mampu membantu menguatkan struktur gigi. D
3-Mengunyah gula-gula getah- Tahukah anda, habit mengunyah gula-gula getah mampu membersihkan sisa makanan setiap kali selepas makan.
4-Berjumpa doktor pakar gigi- Selain itu, jumpalah pakar pergigian bagi mendapatkan rawatan profesional seperti periodontik (cuci), filling (tampalan) atau cabutan bagi gigi yang perlu.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.