Doktor Ini Kongsi Tip & Cara Nak Elak Sakit Perut Semasa Berpuasa

Share

Setiap orang berbeza tahap ketahanan mereka. Ini terutamanya bila di bulan puasa. Ada orang berasa cepat dahaga. Ada pula yang mudah rasa lapar dan tak kurang juga selalu sakit perut.

Sebnearnya kondisi setiap orang berbeza-beza bergantung kepada tahap kesihatan tbuh badan mereka. Namun secara amnya, jika anda mengikuti langkah-langkah yang baik untuk menghadapi ibadah puasa perkara seperti itu dapat dielakkan.

Antara faktor utama yang boleh anda lakukan ialah mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan kurang mengambil makanan atau minuman yang boleh menjejaskan ketahanan anda lalu membuat perut mudah sakit.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berkongsi tip bagaimana nak elak perut sakit ketika berpuasa.

Menurutnya di perkongsian Facebook tersebut, ramai pesakitnya mengandu berdepan simptom sakit perut seperti pedih ulu hati, kejang perut, kerap sendawa, berasa loya dan muntah serta rasa panas di bahagian dada.

Kesemu simptom tersebut disifatkan oleh beliau sebagai tanda-tanda dyspepsia yang merupakan kondisi pencernaan terjejas. Antara punca berlakunya kondisi sepeeti ini adalah kerana gastritis, peptic ulcer disease atau gastroesophageal reflux disease (GERD).

Ikuti tip beliau bagaimana untuk elak perkara ini berlaku.


CARA ELAK DYSPEPSIA SEPANJANG BERPUASA

ELAKKAN

  • merokok serta minum minuman keras
  • minum kopi, teh, minuman berkarbonat
  • makan juadah berempah, pedas dan berminyak
  • ambil NSAID(ubat tahan sakit) berterusan
  • makan terlalu banyak semasa berbuka
  • baring atau tidur selepas berbuka/sahur
  • makan terlalu hampir waktu tidur

AMALKAN

  • berbuka awal(tak usah tangguh)
  • sahur lewat (bukan sebelum tidur)
  • makan porsi kecil dan berulang
  • sahur dengan makanan tinggi serat
  • tidur yang mencukupi
  • minum air kosong secukupnya
  • bertenang(kurangkan stress)

BILA PERLU JUMPA DOKTOR?

1. Sakit perut yang sangat kuat. Doktor akan beri ubat kurangkan rembesan asid dan ubat sokongan yang lain.

2. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan di perut.

3. Najis berwarna hitam legam. Juga tanda pendarahan di perut.

4. Perlu MC. Namun, doktor akan hanya beri jika anda benar-benar layak. Hehe.

Semoga bermanfaat!

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Salam Ramadan

Nota: silakan follow saya jika mahu ikuti tips kesihatan yang ringkas dan padat


Semoga perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dapat memberikan manfaat kepada anda terutamanya untuk menjalani ibadah puasa. Hendak seribu daya, tak hendal seribu dalih!

BACA: Sepanjang Puasa Makan 5 Jenis Buah & Sayur Ini Yang Boleh Bantu Perut Lebih Rata

Published by
Farizul Izwany