“Lelaki tak akan pernah faham perempuan dan sampai bila-bila pun tak akan faham perempuan”
Pernah tak anda ayat diatas diungkap. Tak kiralah sama ada dari mulut seorang lelaki atau wanita. Sejauh manakah kebenaran tersebut? Malah ramai yang beranggapan bahawa seorang lelaki tak perlu pun faham wanita sebnaliknya hanya perlu sayang.
Biar betul!
Hubungan antara lelaki dan wanita terutamanya menerusi ikatan suci perkahwinan merupakan satu komitmen yang perlu dijaga erat oleh kedua-dua pihak. Untuk itu persefahaman antara suami dan isteri perlu dijalin dengan kesetian, kasih sayang, prihatin dan mengikut segala ajaran agama dengan baik.
Tapi bagaimanakah kita sebagai lelaki boleh menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada isteri. Dan bagaimanakah untuk kita kenali adakah isteri kita gembira apabila kita melakukan sesuatu perkara kepadanya.
BACA: Suami Mithali Adalah Suami Yang Tak Workaholic Sehingga Abaikan Isteri
Satu perkongsian menarik telah dilakukan oleh Dr Taufiq Razif. Menerusi posting tersebut, beliau berkongsi pengalamannya dengan melakukan eksperimen menarik kepada isterinya. Dan reaksi yang diperolehi memang luar biasa.
Ikuti perkongsian beliau tentang eksperimen tersebut. Mungkin anda sendiri boleh cubanya di rumah nanti.
Korang boleh cuba eksperimen ni sendiri pada pasangan masing masing.
Saya pernah hulur beberapa keping not RM50 pada isteri saya dan saya cepat cepat amati senyuman dan ekspresi di wajahnya.
Oh, dia tersenyum. Memang boleh nampak bahagian hujung mulutnya sedikit terangkat. Itu adalah tanda tanda ekspresi wajah ( facial expression) orang yang sedang gembira.
Ok, kali ni saya beralih ke eksperimen kedua. Kali ni saya tak hulur pun not RM50 ke RM100 ke. Saya cuma join dia jaga anak je. Sama sama suap anak, sama sama layan karenah anak dan sama sama bantu si dia jaga anak je.
Kali ni, bukan setakat senyuman biasa je yang terpancar, saya boleh nampak kedutan di hujung matanya sekali ( tanda senyumannya itu bukan dibuat buat ), moodnya pun berubah 180°. Dia punya layanan pada saya pun perghh.. Minta air putih pun dia boleh buatkan Cafe Latte tau.
Kalah layanan hotel 5 bintang!
Rupa-rupanya, untuk buatkan isteri kita bahagia ni bukan cuma cukup bulan, hulur duit. Bukan! Mereka juga perlukan suami yang memahami, menolong dan menyayangi.
Ye betul, memahami, menolong dan menyayangi dengan seikhlas hati!
Taufiq Razif
Masih belajar untuk mencintai
Menarik sunggu ekspreimen yang dilakukan oleh beliau. Wanita ini memang penuh misteri namun sebagai suami anda harus pandai merungkai misteri tersebut.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.