Siapa yang tak suka makan pisang. Selain banyak khasiat, buah pisang juga antara buah-buahan yang menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat.
Namun tak semua orang sesuai makan pisang kerana sesetengahnya boleh alami perut berangin dan sebu.
Untuk memastikan anda makan pisang dengan cara yang sihat dan selamat, ikuti perkongsian ilmu tulisan Pejuang Kesihatan, Doktor Hafiz Sulaiman tentang pisang muda dan pisang ranum.
Semoga dengan perkongsian beliau ini memudahkan anda untuk makan pisang mengikut kondisi tubuh badan dan kesihatan anda.
Semoga ilmu ini bermanfaat.
BACA: Diet Makan Pisang Ketika Sarapan Pagi Mampu Hilangkan 5kg Dalam Seminggu!
Bila makan pisang, ramai akan bedal saja kan asal sedap. Macam saya sendiri, lebu ranum sangat tak suka. Kalau putik muda sangat kelat pulok. Sedang-sedang pilihan hati. Rupanya paling sihat dan selamat!
Makan pisang pun sebenarnya kena tengok level masak ke tak dan ejas dengan keserasian perut kita serta apa aim kita untuk kesihatan.
BACA: Nak Cepat Bentuk Otot & Sixpack? Syaratnya, Kena Makan Pisang Setiap Hari!
Saya share sikit petua ya:
1. Time kelat ni kandungan serat sangat tinggi. Serat tinggi ini susah dicerna perut kita. Kuman perut akan makan pisang susah cerna ni. Jadi pisang hijau memang prebiotik (makanan kuman usus) yang bagus. Paleo diet dulu-dulu fenomena kerepek pisang tanduk (plantain) sebab ni lah.
2. Bagusnya pisang hijau ni juga ialah sebab rendah FODMAPs. Jadi jika anda ada alah FODMAPs, eloklah elakkan pisang masak supaya tak kembung.
3. Masalah satu je pisang hijau ni. Sebab susah cerna, jadi mereka yang ada masalah kembung seperti SIBO, IBS dan masalah pencernaan lain moleklah elakkan dulu awal-awal rawatan pemulihan ya.
4. Lagi masak pisang ni, antioksida lebih tinggi sebab lagi lama hidup. Paling penting, pisang masak lebih sedap sebab kandungan gula makin tinggi.
Tapi orang sakit diabetes kena hati-hati sebab kandungan gula sebijik pisang ni dalam 12 gram ye.
5. Makin masak pisang yang tak bestnya, ialah kandungan ejen saraf DOPAMIN dan SEROTONIN dalam pisang ni berkurang. Bahan ni penting untuk perasaan “pleasure” dan “rewarding” serta penting untuk pergerakan badan. Kalau kekurangan dopamine, badan gerak tersekat-sekat macam orang parkinson. Serotonin pula hormon yang kawal mood serta penting untuk buat hormon tidur, melatonin. Orang anxiety, depression dan insomnia didapati kekurangan serotonin biasanya.
6. Orang ada angin, saraf dan badan jadi sensitif, orang tua-tua kata angiinnn. Moleklah jangan banyak makan pisang ranum sangat sebab tinggi ejen saraf HISTAMIN. Orang ada angin, perut dia rosak jadi enzim yang proses histamin dah kurang efisyen. Jadi histamin kumpul banyak dalam badan sebabkan radang dan alahan, angin-angin sana-sini. Mengikut pengalaman klinikal saya, jenis pisang emas dibawa belayar, masak sebijik atas peti paling “angin”. Pisang berangan okay sikit.
Jadi nak makan masa hijau ke, masa masak? Tepuk dada, tanya selera. Tengok tahap kesihatanlah jugak ye.
Makan beringat sikit kang perut sakit, badan menjerit.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.