Bila terjadinya mata ketumbit, pasti rasa malu nak berdepan dengan orang ramai kerana bimbang diperli rakan-rakan. Ini kerana mata ketumbit sering dikaitkan dengan tabiat suka mengintai orang mandi. Sebenarnya semua itu hanyalah mitos semata-mata.
Menurut Dr Azlindarita Aisyah yang merupakan Pakar Oftalmologi, mata ketumbit ini terjadi akibat bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat akibat beberapa perkara.
Sekiranya anda mengalaminya, bolehlah ikuti cara merawat mata ketumbit menggunakan empat bahan sebagaimana yang dikongsikan Dr Azlindarita Aisyah menerusi laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia
. Semoga perkongsiannya ini bermanfaat.