Gaya Hidup

Doktor Ini Kongsi Cara Betul Makan Limau Mandarin, Elak Batuk Atau Sakit Tekak!

Share

Buah limau mandarin memang sinonim dengan Tahun Baru Cina. Bahkan bulan Februari ini mudah nak jumpa buah limau mandarin di mana-mana.

Selain menjadi kegemaran ramai, limau mandarin kaya dengan vitamin C. Namun kalau makan limau mandarin terlalu banyak, anda boleh sakit tekak dan batuk.

Bagi menghalang anda sakit tekak disebabkan makan limau mandarin, Dr Rosli Abdul Jalil menerangkan cara-cara betul nak makan limau mandarin. Baca perkongsiannya.

Limau mandarin dan meningkatnya gejala sakit tekak di musim perayaan.

Limau sangat kaya dengan vitamin C dan ia sepatutnya menghalang kita dari gejala sakit tekak.

Namun begitu, bilangan pesakit yang menghidap gatal dan sakit tekak serta batuk bertambah sekali ganda dalam musim perayaan dan apakah kaitannya dengan limau mandarin tersebut?

Pengusaha buah-buahan memang ada menggunakan sejenis bahan kimia iaitu ‘Sulphur dioxide’. Buah limau ini akan direndam terlebih dahulu ke dalam cecair yang mengandungi bahan kimia tersebut sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak untuk tujuan melindungi kulit limau dari dijangkiti bakteria, kulat dan serangga dan secara tidak langsung ia bertindak sebagai bahan pengawet supaya ianya dapat bertahan lama sebelum dipasarkan.

Apa kesan ‘Sulphur Dioxide’ yang terdapat pada kulit limau tersebut kepada manusia?

Ia boleh menyebabkan radang dan kesakitan tekak yang teruk, demam dan gejala batuk kering yang berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut dan radang usus. Terdapat juga kes alahan seperti radang kulit dan serangan penyakit lelah.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?

  • Basuh atau rendam dahulu buah limau ini dan kemudian barulah dimakan.
  • Pastikan jari yang terkena kulit limau yang tidak dibasuh tidak tersentuh dengan isi limau yang hendak dimakan.
  • Sekiranya perlu, pakailah sarung tangan plastik ketika mengopek limau!

Semoga anda kekal sihat di musim perayaan ini.

Pesanan ringkas ‘Tips kekal sihat di musim perayaan’ ini ditulis oleh: DR ROSLI ABD JALIL.

Published by
Roselinda