Foto: pixabay.com
Tidak dinafikan pesakit diabetes cukup risau nak makan nasi kerana nasi putih mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Bimbang jika menjamahnya boleh menjejaskan kesihatan dan membuatkan paras gula meningkat.
Namun hakikatnya, pesakit diabetes masih boleh makan nasi putih dengan syarat mereka mengambilnya dengan aturan yang betul.
Perkara ini diakui oleh Dr. Suri Roowi menerusi penulisannya di Facebook.
Menurutnya, pesakit diabetes yang ingin makan nasi putih haruslah memastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
Sekiranya anda pesakit diabetes dan ingin makan nasi putih, ini cara-caranya.
Nasi dari beras yang dikukus mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Ia lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi yang dimasak dengan kaedah biasa.
GI merujuk kepada nilai gula dalam darah.
Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik.
Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas.
Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83).
Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetis, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah.
Bubur lebih tinggi GI berbanding nasi.
Dapatkan nasihat Dr anda. Makan ikut kadarnya.
#DrSuriRoowi
Principal Scientist