Tanyalah mana-mana pesakit diabetes pasti mereka takut nak makan nasi putih. Alasannya kerana nasi putih mempunyai kandungan gula yang tinggi sehingga boleh menjejaskan kesihatan pesakit diabetes.
Sebenarnya pesakit diabetes masih boleh makan nasi putih jika tahu aturan yang betul.
Ini akui oleh Pegawai Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi
dalam penulisan di facebooknya.Menurutnya, pesakit diabetes yang ingin makan nasi putih haruslah memastikan nasi yang diambil mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
Jom ikuti perkongsiannya.
Nasi dari beras yang dikukus mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Ia lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi yang dimasak dengan kaedah biasa.
GI merujuk kepada nilai gula dalam darah.
Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah. Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetis berbanding nasi lembik.
Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana GI yang rendah berbanding nasi panas.
Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetis. Nasi biasa mempunyai GI (83).
Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetis kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.
Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetis, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah.
Bubur lebih tinggi GI berbanding nasi.
Dapatkan nasihat Dr anda. Makan ikut kadarnya.
#DrSuriRoowi
Principal Scientist