Seperti mana yang kita semua tahu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah disambung buat kali kedua bermula 15 April sehingga 28 April 2020.
Kita beruntung kerana penguatkuasaan yang dilakukan di dalam negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan melakukan sekatan jalan raya dan rondaan mampu membantu orang ramai patuh terhadap PKP.
Majoriti rakyat Malaysia mengikuti kepatuhan terhadap arahan kerajaan dengan baik sekali walaupun masih ada segelintir yang mengambil mudah akan kondisi serius penularan wabak COVID-19.
Namun selepas pengumuman pelanjutan tempoh PKP yang kedua ramai menyuarakan kerisauan apabila melihat jumlah kenderaan di atas jalan raya meningkat. Ini turut disuarakan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari, seorang doktor yang bertugas di sebuah hospital di Seremban, Negeri Sembilan.
Luahan itu disuarakan oleh beliau menerusi satu hantaran di Facebook.
“Saya perasan ramai yang duk cerita banyak kereta mula membanjiri Bandar Seremban sejak awal pagi tadi. Hingga ada yang beritahu PKP seolah-olah dah makin longgar.”
Kerisauan Dr Ahmad Luqman ada asasnya kerana jelasnya lagi kes positif COVID-19 di Seremban semalam meningkat kepada 41 kes baharu.
BARISAN HADAPAN YANG BERKORBAN
Melihatkan keadaan itu beliau terus terfikirkan akan rakan-rakan sekerja yang terpaksa bertungkus lumus bekerja siang dan malam demi negara.
“Lemah seluruh sendi badan lalu tersandar ke kerusi masa mula mula tahu berita ni tadi. Satu demi satu wajah rakan-rakan sekerja dekat Hospital Seremban sana tiba-tiba menerpa ke dalam fikiran.
Ada antara kami yang dah sebulan terpisah dengan isteri.
Ads
Ada yang baru seminggu menimang cahaya mata.
Ada yang isterinya sedang sarat mengandung.
Walaupun berada dalam suasana kerja berisiko tinggi untuk terkena jangkitan maut, mereka cekalkan hati.
Walaupun saban hari ada yang diarah untuk jalani kuarantin, mereka cekalkan hati.
Walaupun risau setiap kali tiba waktu pulang, takut takut terbawa pulang bencana ke rumah, mereka cekalkan hati.
Malangnya kecekalan tu dibalas dengan sampah busuk oleh sebahagian manusia degil yang tak reti patuh arahan berkurung!
Ads
Kawan-kawan,
Di Seremban ni sahaja kita dah ada 260 orang pesakit positif.
2 kawasan diletakkan dalam zon merah. Manakala 2 lokasi lagi dah dikategorikan sebagai zon jingga.”
TOLONG BERI KERJASAMA
Kerisauan beliau memang ada asasnya. Buat masa sekarang negara kita menunjukkan kesan-kesan baik selepas PKP dilaksanakan dengan jumlah jangkitan tidaklah meningkat mendadak terlau tinggi.
Malah Malaysia telah berjaya membuktikan ramalan dari JP Morgan meleset sama sekali. Namun jika orang ramai sambil lewa dan tidak terus ambil serius ia boleh memberikan kesan yang buruk.
Jelas Dr. Ahmad Luqman lagi;
Ads
“Sekiranya masih lagi bersikap sambil lewa dan bangga dengan sikap pentingkan diri sendiri, ketahuilah yang kita akan menzalimi lebih ramai orang lebih lebih lagi petugas kesihatan.
Bersedialah untuk menerima lebih banyak kes positif, dikenakan perintah berkurung yang lebih keras serta melihat pertambahan jumlah kematian di kawasan kita ni.
KKM dah berusaha sehabis baik. Namun kita tak kan menang jika ada yang tak berikan kerjasama.
Tolong kongsikan pesanan ini pada ahli keluarga dan sahabat agar mereka terus beringat dan berhati-hati. Bukan nak menakutkan,tetapi saya harap kita sama-sama jangan ambil mudah.”
Foto hiasan
Tinjauan MASKULIN di laman medoa sosial Twitter juga mendapati ramai yangmula menyuarakan kerisauan sama. Usahlah kita terlalu selesa dan tidak mendengar saranan untuk terus duduk di rumah.
Tiada orang lain yang boleh membantu negara melandaikan kadar jangkitan melainkan kita semua.
Stay home and stay safe!
Kredit: Dr Ahmad Luqman Bukhari
Foto kredit: Twitter @atiqahdahalan & @DonDanial20
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Percaya atau tidak, menurut hasil kajian sebuah universiti di Amerika Syarikat, menyebutkan ada beberapa faktor kekurangan kaum Adam yang sebaliknya menjadi daya tarikan kaum wanita!
Kesan Luka
Mungkin tidak ada yang menyangka bahawa kesan luka mampu menjadi sebuah daya tarikan. Dan uniknya bekas luka pada lelaki kadang-kadang dianggap sebagai lambang kejantanan oleh ramai wanita. Apatah lagi jika mereka merasa tertekan dengan cerita di sebalik luka tersebut. Pasti si wanita akan lebih bersimpati.
Anda seorang yang pelik!
Geek atau si ulat buku mungkin selalu menjadi bahan cerita. Namun kini jangan terkejut jika lelaki yang anda anggap geek/pelik ini memiliki kekasih cantik dan super seksi! Kelakuan ‘aneh’ lelaki tersebut dianggap unik dan lain daripada yang lain. Para wanita dewasa ini mungkin bosan dengan lelaki yang nampak ‘biasa-biasa’ saja. Daripada memilih lelaki yang biasa mereka temui di tempat lepak, kini ramai wanita memilih untuk keluar berdua dengan lelaki ulat buku yang memiliki impian besar untuk mencipta roket dengan bahan bakar daripada air!
Peluh
Peluh berlebihan pasti membuat kepercayaan diri berkurangan. Namun bagi sebahagian wanita, peluh kononnya mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi. Apalagi peluh itu keluar ketika lelaki sedang bersukan. Wanita yang melihatnya pasti terkesima. Menurut sebuah kajian, ketika berpeluh, lelaki mengeluarkan hormon androstadienone yang mampu memicu perempuan menjadi ghairah.
Namun yang perlu diperhatikan adalah kebersihan diri. Jika tubuh anda tidak bersih, peluh yang keluar akan menimbulkan bau yang kurang sedap. Bukannya kelihatan seksi, malah anda akan dijauhi oleh wanita!
Uban
Proses penuaan adalah hal yang pasti. Salah satu tanda-tandanya adalah timbulnya uban atau rambut putih. Kini tak perlu sibuk-sibuk menghitamkan rambut anda secara rutin. Anda pasti ingat aktor Richard Gere yang dianggap semakin seksi ketika rambutnya memutih. Kemunculan uban kini dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan lelaki oleh sebahagian wanita. Jadi buat apa malu untuk memilikinya?
Cermin mata
Menurut sebuah kajian di Stockholm, Sweden, wanita kini lebih tertarik dengan lelaki bercermin mata. Kerana golongan ini kelihatan lebih bijak dan cerdas. Jadi bagi anda yang memiliki penglihatan kurang baik, tak perlu ragu-ragu memakai cermin mata. Yang penting, sesuaikan bentuk bingkainya dengan bentuk wajah anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
10 kesalahan berpakaian yang sering dilakukan oleh lelaki. Semak perkara-perkara ini supaya anda dapat memastikan anda berpakaian dengan betul dan kelihatan hebat.
1. Lengan baju menutup jam tangan
Jika anda suka memakai jam tangan, lebih baik untuk melipat lengan baju anda. Pertama sekali, lebih mudah bagi anda melihat waktu jam. Kedua, jam tangan di bawah kain lengan akan menyebabkan kelihatan hodoh atau tidak kemas.
2. Kemeja-T bercetak
Pilih kemeja-T yang biasa, terutamanya jika anda akan memakai jaket di luarnya. Kemeja-T bercetak hanya satu trend fesyen, yang sudah ketinggalan zaman. Fikirkan bagaimana James Dean berpakaian. Gaya Dean sentiasa kelihatan klasik dan ringkas.
Adalah lebih baik untuk membelanjakan wang dengan kemeja-T putih dan seluar jeans dengan potongan yang baik daripada membeli kemeja-T bercetak yang sudah ketinggalan zaman. Tidak hairanlah Lana Del Rey menyanyi, “Jeans biru, baju putih” dalam lagu hitnya.
3. Kemeja-T berlengan besar dan labuh
Memakai kemeja-T berlengan besar dan labuh adalah memburukkan penampilan anda. Pilih lengan kemeja-T yang sesuai dengan diri anda. Jangan merosakkan penampilan anda.
4. Memakai tali pinggang dan penggantung pada masa yang sama
Tali pinggang dan pendakap dipakai secara berasingan dan tidak seharusnya dipakai bersama. Lagipun, kedua-dua aksesori direka untuk menjaga seluar anda daripada terlondeh.
5. Baju berkedut
Sesungguhnya menyeterika pakaian bukanlah pekerjaan yang menyenangkan, tetapi ia adalah keutamaan jika anda ingin kelihatan kemas.
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan anda. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika.
6. Saiz yang salah
Jika anda hendak membeli sut adalah lebih baik anda pergi berjumpa tukang jahit. Ia adalah supaya sut tersebut betul-betul sepadan dengan saiz tubuh anda.
7. Butang jaket atau kot
Jangan butang semua jaket atau kot anda melainkan ia hanya mempunyai satu butang. Atau hanya biar butang bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda duduk.
8. Memasukkan baju ke dalam seluar
Sesetengah lelaki masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja itu, coraknya, atau sama ada berlengan panjang atau pendek – jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan kemeja anda ke dalam seluar. Ia akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
9. Poket kembung
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang cantik dan elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit, dan dompet dalam poket mereka.
Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag.
10. Hanya memakai sut hitam setiap hari
Sut berwarna hitam selalunya sesuai dipakai untuk majlis pengebumian. Anda boleh mencuba untuk memakai sut berwarna lain selain hitam, warna yang sesuai dengan penampilan anda. Walau bagaimanapun, jangan membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat.
Sumber : Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terbaru, Johan telah memuat naik foto Iqram mencium dahinya sebagai tanda terima kasih diatas sokongan diberikan.
Sebagaimana kita tahu dan lihat di laman-laman sosial, Iqram Dinzly kini mengalami fasa ‘tidak tentu arah’ dimana anda boleh lihat foto serta video yang dimuat naik oleh Iqram di Instagram.Selain daripada ahli keluarga, sahabat sejati juga merupakan insan penting dalam hidup kita. Tanpa mereka hidup pastinya akan kesunyian serta tiada tempat untuk berkongsi kegembiraan atau masalah.
Sedar dengan perkara itu, rakan artis Johan Arrif telah melawat Iqram dan beri sokongan moral kepada sahabatnya itu. Tindakannya itu juga mendapat pujian dari netizen.
Tetapi ada seorang pengguna Instagram salah tafsir foto itu.
Ini Respon Johan As’ari
Tapi dda juga netizen yang terharu dan memuji tindakan mereka.