Doktor Galakkan Makan Nenas Setiap Hari Untuk ‘Superfood’ Turunkan Berat & Vitamin Anti-Stres!

Share

Ramai yang suka makan nenas. Sebagai makanan superfood, makan nenas memang banyak manfaat yang kita tak sedar.

Selain dijadikan minuman jus yang menyegarkan, makan nenas juga boleh merawat pelbagai penyakit kerana kandungan kalorinya yang rendah.

DrRizal Abu Bakar berkongsi di laman Facebooknya khasiat makan nenas sebagai superfood untuk keperluan hampir keseluruhan tubuh badan.

Mulai hari ini pastikan anda mengamalkan makan nenas untuk mendapatkan manfaat kepada tubuh badan.

BACA: Jus Mujarab Turunkan Kolesterol Cara Mudah Guna Nenas & Sayur Sawi!

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok Cik Puan isteri sudah beli nanas. Macam tahu tahu sahaja.

Nanas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

1. Nenas sarat dengan vitamin C

Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

Vitamin yang cantikkan kulit.

BACA: Kalau Nak Maintain Kacak & Kulit Flawless, Lelaki Kena Tahu Jenis Kulit Sebelum Beli Produk!

2. Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain

Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.

BACA: Rupanya Minum Air Sejuk Kosong Bantu Turunkan Berat & Tingkatkan Metabolisme!

3. Antara nutrisi lain ialah manganese.

Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

BACA: Bila Suami Layan Isteri Bercakap Rupanya Boleh Buat Otak Bergeliga!

4. Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya.

Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.

Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.

Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

BACA: Cara Buat Terapi Mandi Ais Guna 4 Bahan Untuk Rawat Stres, Elak Sakit Kepala & Penat Badan!

Published by
Roselinda