Jenama yang sinonim dengan rekaan kasual klasik, Dockers tampil dengan koleksi istimewa – Dockers GO, yang menggabungkan keselesaan dan gaya tanpa kompromi.
Sejak hampir empat dekad, jenama ini terus menetapkan piawaian dalam dunia pakaian kasual dengan rekaan yang tidak lapuk ditelan zaman.
Untuk tahun 2025, ia melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan Dockers GO. Ia merupakan koleksi terkini lebih ringan, bernafas dan tahan kedutan. Sekali gus mampu memastikan lelaki berpenampilan segar sepanjang hari.
Sama ada di dalam perjalanan ke masjid untuk solat tarawih atau menghadiri majlis berbuka puasa, chinos Dockers GO boleh menjadi pilihan ideal untuk memastikan setiap langkah terasa selesa.
Dalam kesibukan menjalani ibadah dan memenuhi jemputan berbuka puasa, pemilihan pakaian yang selesa dan bergaya amat penting agar kita dapat menikmati setiap detik dengan penuh keyakinan.
Baru-baru ini MASKULIN sempat mengikuti sesi preview koleksi Dockers GO bertempat di butik mereka di Suria KLCC. Malah kami juga sempat berpeluang mencuba merasai sendiri koleksi ini yang ternyata menepati apa yang diperkatakan – selesa dan ringan.
Mengadaptasi konsep ‘High Performance, Low Effort, Dockers GO dihasilkan menggunakan fabrik berprestasi tinggi seperti Airweave. Ia bukan sahaja meregang dan menyerap lembapan tetapi juga mengawal suhu badan agar pemakai sentiasa dalam keadaan selesa.
Dengan tambahan dua poket keselamatan tersembunyi, chinos ini juga membolehkan anda menyimpan keperluan penting seperti kunci, kad kredit, atau telefon pintar dengan lebih praktikal.
Koleksi ini juga dilihat hadir dengan ekspresi versatil tersenduri. MASKULIN melihat ia direka untuk peralihan mudah dari siang ke malam. Seluar chinos ini membolehkan lelaki tampil kemas di pejabat dan tetap bergaya ketika keluar bersama keluarga atau rakan-rakan.
Sesuai dipadankan dengan polo ringan atau kemeja lengan pendek daripada koleksi Dockers Ramadan 2025 untuk mendapatkan gaya santai yang tetap elegan.
Himpunan Ramadan kali ini turut menawarkan pelbagai helaian yang mencerminkan semangat kesederhanaan dan kesucian bulan mulia ini.
Daripada kemeja berkancing kepada crewneck ringkas, setiap helaian memastikan anda tampil segak tanpa mengabaikan keselesaan. Dengan penggunaan fabrik ringan dan potongan moden, koleksi ini membolehkan anda bergaya dengan penuh keyakinan tanpa rasa rimas.
BACA: Side Mirror Kalau Pandai ‘Setting,’ Lagi Senang Nak Parkir Kereta
Chinos Dockers GO adalah simbol keseimbangan antara tradisi dan inovasi, menjadikan ia pilihan utama bagi mereka yang menghargai kualiti dan ketelitian dalam berpakaian.
Koleksi ini boleh didapati di semua butik Dockers di seluruh negara bermula 13 Mac. Untuk maklumat lanjut, layari www.dockers.com.my.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.