Jenama yang sinonim dengan rekaan kasual klasik, Dockers tampil dengan koleksi istimewa – Dockers GO, yang menggabungkan keselesaan dan gaya tanpa kompromi.
Sejak hampir empat dekad, jenama ini terus menetapkan piawaian dalam dunia pakaian kasual dengan rekaan yang tidak lapuk ditelan zaman.
Untuk tahun 2025, ia melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan Dockers GO. Ia merupakan koleksi terkini lebih ringan, bernafas dan tahan kedutan. Sekali gus mampu memastikan lelaki berpenampilan segar sepanjang hari.
Sama ada di dalam perjalanan ke masjid untuk solat tarawih atau menghadiri majlis berbuka puasa, chinos Dockers GO boleh menjadi pilihan ideal untuk memastikan setiap langkah terasa selesa.
Dalam kesibukan menjalani ibadah dan memenuhi jemputan berbuka puasa, pemilihan pakaian yang selesa dan bergaya amat penting agar kita dapat menikmati setiap detik dengan penuh keyakinan.
Ads
Baru-baru ini MASKULIN sempat mengikuti sesi preview koleksi Dockers GO bertempat di butik mereka di Suria KLCC. Malah kami juga sempat berpeluang mencuba merasai sendiri koleksi ini yang ternyata menepati apa yang diperkatakan – selesa dan ringan.
Mengadaptasi konsep ‘High Performance, Low Effort, Dockers GO dihasilkan menggunakan fabrik berprestasi tinggi seperti Airweave. Ia bukan sahaja meregang dan menyerap lembapan tetapi juga mengawal suhu badan agar pemakai sentiasa dalam keadaan selesa.
Dengan tambahan dua poket keselamatan tersembunyi, chinos ini juga membolehkan anda menyimpan keperluan penting seperti kunci, kad kredit, atau telefon pintar dengan lebih praktikal.
Keselesaan dan Versatiliti Sepanjang Hari
Koleksi ini juga dilihat hadir dengan ekspresi versatil tersenduri. MASKULIN melihat ia direka untuk peralihan mudah dari siang ke malam. Seluar chinos ini membolehkan lelaki tampil kemas di pejabat dan tetap bergaya ketika keluar bersama keluarga atau rakan-rakan.
Sesuai dipadankan dengan polo ringan atau kemeja lengan pendek daripada koleksi Dockers Ramadan 2025 untuk mendapatkan gaya santai yang tetap elegan.
Ads
Himpunan Ramadan kali ini turut menawarkan pelbagai helaian yang mencerminkan semangat kesederhanaan dan kesucian bulan mulia ini.
Daripada kemeja berkancing kepada crewneck ringkas, setiap helaian memastikan anda tampil segak tanpa mengabaikan keselesaan. Dengan penggunaan fabrik ringan dan potongan moden, koleksi ini membolehkan anda bergaya dengan penuh keyakinan tanpa rasa rimas.
Chinos Dockers GO adalah simbol keseimbangan antara tradisi dan inovasi, menjadikan ia pilihan utama bagi mereka yang menghargai kualiti dan ketelitian dalam berpakaian.
Koleksi ini boleh didapati di semua butik Dockers di seluruh negara bermula 13 Mac. Untuk maklumat lanjut, layari www.dockers.com.my.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jenama jam tangan Tissot tidak asing di kalangan peminat sukan bermotor. Sejak daripada tahun 2001 lagi Tissot menjadi Penjaga Masa Rasmi bagi sukan yang berprestij tinggi iaitu MotoGP
Sebagaimana tradisi yang lepas, tahun ini Tissot memperkenalkan barisan jam tangan rasmi MotoGP yang diinspirasikan daripada jentera-jentera lumba MotoGP yang bermula pada tahun 2003.
Ianya terdiri daripada lima buah model yang berbeza yang mana setiap satu daripada jam tangan tersebut mempunyai ciri-ciri dan karekteristik yang tersendiri.
Jam tangan ini hanya ditawarkan sebanyak 4,999 unit sahaja. Pada jam ini kelihatan rekaan berbentuk cakera brek serta bahagian belakang casis diukir dengan logo rasmi MotoGP.
Selain itu, ia turut diperhebatkan dengan pergerakan Kuartza Swiss yang dilitupi oleh casis keluli tahan karat serta mampu bertahan di dalam air sehingga kedalaman 100m. Masa yang sama, ia hanya seberat 124 gram dan didatangkan dengan tali jam yang diperbuat daripada getah dengan kemasan kulit lembu & sintetik.
Terdapat satu lagi siri jam tangan edisi terhad Tissot yang mana ia hadir dengan pergerakan automatic chronograph. Ciri-cirinya lebih kurang sama dengan model di atas dan hanya dibezakan dengan salutan bahan PVD hitam dan Rose Gold serta hanya seberat 153g sahaja.
Namun, terdapat tarikan lain yang ada di bahagian belakang jam ini iaitu rekaan seakan-akan roda motosikal. Ia membuatkan anda melihat sendiri kehebatan fungsi mekanikal jam tangan ini dan ia hadir sebanyak 3333 unit sahaja.
Tidak cukup dengan 2 model diatas, Tissot juga turut menawarkan 3 model jam tangan bersempena nama pelumba terkemuka di dalam MotoGP.
Ketiga-tiga model tersebut ditampilkan dengan spesifikasi yang sama iaitu dikuasakan dengan pergerakan kuartza Swiss di dalam casis keluli tahan karat serta berat hanya 118g sahaja.
Selain itu, ia juga mempunyai ketahanan kedalaman air sehingga 100m dan permukaan jam dilindungi oleh kaca Sapphire yang disaluti bahan anti-reflektif. Lebih menarik lagi setiap model jam tangan dihasilkan mengikut nombor jentera lumba masing-masing iaitu jam tangan T-Race Marc Marquez 1999 unit, diikuti T-Race Jorge Lorenzo dan akhir sekali T-Race Thomas Luthi sebanyak 1212 unit sahaja.
Setiap lelaki tidak kira apa bidang kerjayanya, pasti memiliki sepasang kasut kulit. Ia dikenali sebagai penambah seri kepada pemakai apabila berkunjung ke acara rasmi atau majlis formal serta apabila ke pejabat.
Ia melambangkan penampilan yang professional & berkredibiliti sebagai seorang lelaki yang bekerjaya. Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah orang yang gagal untuk menjaga kasutnya dengan menggunakan kasut tersebut ke semua tempat termasuk acara yang kurang formal.
MASKULIN kongsikan beberapa tip anda boleh buat untuk jaga kualiti kasut kulit supaya ia kekal cantik sepertimana kali pertama ia dibeli.
Ambil sedikit masa bila pulang dari bekerja untuk kilatkan kasut, tidak lama, hanya 5-10 minit sahaja. Cuma bila kasut kulit anda terkena hujan, proses membersihkan serta kilat mengambil masa sedikit lama. Jika tidak dibersihkan, kotoran tersebut akan mongering hingga menjadi tompokan yang kekal serta boleh merosakkan penampilan anda.
2. Elak memakai kasut yang sama setiap hari
Kalau boleh dalam rak kasut, makesure anda memiliki sekurang-kurangnya dua pasang kasut kulit. Ini untuk memastikan anda boleh selang-selikan pemakaiannya. Masa yang sama ia juga bertujuan untuk mengelakkan kasut kulit anda mudah mengembang serta kulitnya calar. Selain itu, jika selalu dipakai ia juga boleh merekah dan membuatkan warna kasut cepat pudar.
3. Letakkan ‘Shoe Tree’ apabila tidak memakai kasut
Alat ini kita selalu kita nampak orang letak dekat kasut sukan. Tanpa kita sedari kasut kulit juga memerlukan alat ini kerana fungsinya adalah untuk mengekalkan serta menjaga kasut anda agar bentuknya kekal serta selesa untuk dipakai. Selain itu, ia bertujuan untuk mendapatkan kitaran udara yang baik apabila tidak dipakai.
4. Elak tinggalkan stoking dalam kasut
Habit ini selalu kita lihat di kalangan orang lelaki. Ramai berpendapat adalah normal untuk kasut berbau sedemikian tanpa mengetahui bau tersebut datangnya dari bakteria yang sudah membiak di dalam kasut.
Kesannya, sampai masa nanti kasut anda akan berbau teramat busuk dan ketika ini jangan pelik jika rakan pejabat memulaukan anda kerana tidak tahan dengan bau kasut. Jadi kerapkan menukar stoking setiap hari dan sembur pewangi kasut.
5. Elakkan kasut daripada terkena air
Bila tiba musim hujan, lebihkan perlindungan terhadap kasut kulit anda. Kasut kulit amat sensitive terhadap air. Jika sudah terkena air, segera keringkan kasut. Ini kerana keadaan kasut kulit yang basah akan mempercepatkan lagi proses rekahan pada kasut tersebut.
6. Jangan biar kasut kulit terkena sinaran matahari
Cahaya matahari yang terik boleh merosakkan sambungan antara kulit dan tapak getahnya. Jika terlalu lama terdedah menyebabkan kasut mudah rosak dan tidak tahan lama.
7. Guna tea bag sebagai alternatif lain untuk singkirkan bau dalam kasut
Jika anda tidak mampu untuk membeli Botol penyegar kasut, anda boleh gunakan tea bag yang jauh lebih murah untuk menyingkirkan bau busuk yang ada di dalam kasut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ini merupakan cara untuk anda menjimatkan minyak kereta anda selain daripada memanaskan enjin selama 30 saat. Anda praktikkan langkah ini dan tahap kenderaan kerata anda akan tahan dengan lebih lama.
Pandu perlahan
Pandu secara berhemah bukan saja dapat menjimatkan minyak, malah boleh menyelamatkan nyawa anda. Jika jalan raya lengang, tiada kenderaan, dinasihatkan supaya anda mengelakkan penekanan minyak supaya petrol anda tidak akan habis dengan cepat. Percayalah cakap kami.
Tekan minyak pada kelajuan yang sama
Jika anda memandu di atas lebuh raya, apa kata kalau anda mengikuti had kelajuan yang diperuntukkan untuk anda. Kekalkan momentum kelajuan kereta anda. Jangan sekejap laju sekejap perlahan. Ini akan membakar bahan api dalam kereta ada secara tidak sekata, dan ia akan menjerumus kepada penggunaan minyak patrol dengan banyak.
Tayar kereta anda
Tahukah anda, bahawa tayar kereta juga memberi impak pada minyak kereta anda? Tayar kehilangan udara dalam masa sebulan kira-kira 1psi dan suhu 1psi untuk setiap penurunan 10 darjah. Tayar yang tidak mempunyai angin secukupnya akan menyebabkan tekanan pada enjin kereta anda menjadikan minyak anda akan bekerja dengan lebih kerap.
Panaskan enjin
Rutin setiap pagi sebelum anda memulakan perjalanan ke tempat kerja adalah memanaskan enjin. Kebanyakkan daripada kita, memanaskan enjin sekurang-kurangnya 5 minit maksimum. Atau mungkin lebih. Namun sebenarnya untuk menjimatkan minyak kereta, anda hanya perlu memanaskan enjin selama 30 saat sahaja. Jika anda risau, ia tidak cukup panas, jangan buka penghawa dingin dalam 10 minit perjalanan. Ini dalam pada masa yang sama, dapat memanjangkan hayat kenderaan anda dari sebarang kerosakkan.
Periksa penapis udara anda
Penapis udara kotor mengehadkan aliran udara ke dalam enjin, yang merosakkan prestasi penjimatan minyak kereta anda. Mudah saja untuk memeriksa penapis udara, wanita pun boleh lakukan. Anda hanya perlu melihat manual kereta anda untuk arahan. Cabut penapis dan halakan di bawah matahari. Jika anda tidak dapat melihat sinaran pada penapis udara tersebut, anda sudah boleh tukar kepada yang baru.
Bersihakn kereta anda
Ini lebih kepada wanita. Wanita kebanyakannya menjadikan kereta mereka seperti rumah kedua. Jika lihat pada bonet kereta, pasti akan kelihatan barang-barang berat. Kereta anda bukan saja akan rosak kerana but terlalu mampat, namun ia boleh menyebabkan pengunaan minyak yang banyak kerana tekanan pada kenderaan tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Beli kereta guna cash atau loan? Mana satu lebih rugi. Membeli kereta secara tunai (cash) atau menggunakan pinjaman (loan) masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Pilihan terbaik bergantung kepada situasi kewangan dan matlamat anda.