Tikar juga memainkan peranan dalam dekorasi hiasan rumah. Jika tikar lama anda sudah lusuh dan buruk, jangan dibuang. Anda boleh DIY tikar lama itu menjadi tikar baru dengan teknik mudah dan kos murah. Nak tahu caranya, jom ikut tip ini.

Dengan menggunakan kos yang rendah hasilnya sangat cantik. Kreatif dan boleh dijadikan inspirasi.

DIY Tikar Lama Dengan Teknik Mudah & Kos Murah, Terus Nampak Baru!

JANGAN BUANG TIKAR LAMA YANG DAH BURUK ATAU LUSUH

Misi pagi ini.
Nak make over karpet buluh yang dah lusuh. Kos rendah sahaja tau. Sebenarnya ni kali ketiga dah DIY tikar. Sebelum ni tikar ABC atau yang corak bunga bunga tu. Anak dah carik-carik memang buruk habis ?

DIY Tikar Lama Dengan Teknik Mudah & Kos Murah, Terus Nampak Baru!

Ads

Dengan teknik kos rendah ni:

1) Tak perlu pakai karpet mahal sebab kebetulan intan memang allergic dengan karpet.
2) Kos rendah.
3) Rasa tak berkenan atau dah bosan dengan corak/ pattern ni, bulan depan kita tukar corak lain pula.
4) Mudah, murah, senang dan cepat.
5) Pelbagai corak dan pattern boleh digantikan dengan tikar ABC / corak bunga-bunga.

Modal:

1) wallpaper kaison RM 19.90
2) tape hitam RM 3.20
3) tikar ABC / bunga-bunga / buluh yang dah lusuh/ rosak/ buruk. Kalau beli baru dalam RM10 je kan tikar ABC ni.

Ads

Cara nak buat:

1. Bersihkan dulu habuk-habuk kat tikar tu. Kemudian potong dan kemaskan bahagian yang koyak atau nak tercabut tu ye supaya senang nak tampal wallpaper tu.

2. Tape hitam untuk tape keliling tikar bagi nampak kemas.
3. Kalau tikar tebal dan lebar tu. Guna 1 roll wallpaper juga tapi 2 tape hitam.

DIY Tikar Lama Dengan Teknik Mudah & Kos Murah, Terus Nampak Baru!

Ads

DIY Tikar Lama Dengan Teknik Mudah & Kos Murah, Terus Nampak Baru!

Tengok hasilnya, menarikkan? Kan dah jimat tak perlu beli tikar baru, jimat poket nak raya-raya ni…

Selamat mencuba!

Sumber: Intan Syazwani via Viral Media Johor

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI