Mengubah dekorasi rumah menjadi lebih moden dan elegan tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi.
Seorang lelaki telah berkongsi idea kreatifnya untuk memasang dinding “shiplap” dengan hanya menggunakan bajet sekitar RM100 sahaja! Teknik ini bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga menambah nilai estetika kepada kediaman anda.
APA ITU SHIPLAP?
Mendapat nama dari teknik membina kapal atau bot, Shiplap biasanya dipasang pada bahagian luar bangunan atau kediaman sebagai lapisan perlindingan.
Tetapi berbeza kegunaannya pada bahagian dalam rumah, Shiplap
merupakan salah satu alternatif hiasan dinding untuk ruang yang mahukan kelainan dengan citarasa rustik dan vintaj.Lapisan papan yang disusun bertingkat dengan sedikit jarak diantara setiap satunya akan menjadi sebuah elemen dekorasi yang cukup menarik. Papan boleh disusun dalam keadaan melintang ataupun menegak agar ia dapat memberikan ilusi sebuah ruang yang lebih lapang, luas dan tinggi.
Memalui perkongsian saudara Mohd Asmawi Bin Che Ghani di facebook, beliau telah berjaya membina sendiri dinding Shiplap dikediaman dengan kos lebih kurang RM100 sahaja. Memang jimat, dan berbaloi kalau nak dibandingkan dengan efek dari rekabentuk menarik ini.
Rumah cantik, dinding jadi lebih menarik, dan duit pun jimat. Jom kita cuba!
Sharing :
Belajar2 buat shiplap wall..
Alhamdulillah siap. Tinggal nak letak frame je..
Modal lebih kurang RM100 dah boleh buat isteri tersenyum.
Barang Yang Diperlukan :
Langkah-langkahnya :
SELAMAT MENCUBA SEMUA!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.