Isi Kandungan
ToggleFeature Wall mampu menambahkan sebuah elemen kreatif atau warna di dinding ruangan dapat merubah suasana ruang terlihat lebih hidup. Ruang kediaman yang sesuai untuk di implimentasikan penggunaan feature wall adalah di ruang tamu ataupun kamar tidur disebabkan kawasan tersebut adalah ruang multi fungsi dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Memang banyak je lambakan design dan bentuk Feature Wall pasaran. Namun begitu bukan semua orang punya citarasa sama. Ada juga yang lebih gemar melakukan sendiri dan berkreatif demi mencari kelainan di rumah sendiri.
Kali ini perkongsian dari saudara Shafeq Bada pasti dapat membantu anda diy sendiri. Kemas, nampak mewah dan menjimatkan juga.
Hari raya lepas bajet banyak burst. So aku terpaksa la deco umah ala kadar. Bagi yang baru nak duduk rumah baru, tak banyak deco or perabot bleh try buat ni kat ruang tamu.
Asalnya dinding memang kosong tak letak apa-apa. Frame pun nak beli cost dalam beratus gak. Last-last aku beli set roller kit (brush, roller & masking tape) dlm rm20 kat kedai Mr.DIY & cat nippon rm29.90 (1 liter) n inilah hasilnya. Dinding ala2 corak wainscoting idaman den. Tak payah beli frame gambar banyak-banyak dah nmpak penuh rumah.
Pada yg nak try bleh ikut cara ni:
1. Gunakan masking tape utk buat bentuk square/frame.
2. Mulakan dari frame kiri & kanan dulu, last baru frame yg tengah supaya nampak balance.
3. Pastikan jarak tiap bucu square dalam 1 kaki
4. Bila frame dah siap lukis pakai tape, bleh la cat macam biase.
5. Bila da siap cat, biarkan sampai cat kering.
6. Bukak balik masking tape yg korg buat tu then settle. Cuma kena touch sikit kat bucu2 frame tu jela pkai cat. Then siap!
Buat ni tak sampai setengah hari pun. Tak payah pikir nk beli wallpaper da. Bajet skit n amik masa pn sekejap. Bleh la try nanti ye. Hehe
Ruang kediaman yang sesuai untuk di implimentasikan penggunaan feature wall adalah di ruang tamu ataupun kamar tidur disebabkan kawasan tersebut adalah ruang multi fungsi dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Sumber : Facebook Shafeq bada
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dr Say Mahu Masyarakat Ubah Mindset, Tak Kisah Apa Jenis Vaksin Diberikan Asalkan Anda Divaksin
Perjuangan negara kita kita dalam usaha keluar dari belenggu wabak COVID-19 kini banyak bergantung kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang kini sedang rancak dijalankan di seluruh negara.
Di Lembah Klang sekarang sudah mencatatan kira-kira 85.5% orang dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Ini merupakan satu berita baik untuk kita semua.
Selain rakyat Malaysia, kerajaan juga turut memberikan vaksinai ini kepada pekerja-pekerja warga asing. Menerusi kerjasama pelbagai pihak, imuniti kelompok pasti dapat kita capai melihatan trend pemberian vaksin yang cukup pantas sekarang.
Bercakap tentang jenis vaksin pula, di negara kita terutamanya kerajaan telah membekalkan dan memberikan beberapa jenis vaksin seperti Pfizer Biontech, Sinovac, Astrazeneca dan beberapa jenis vaksin satu dos yang telahpun dilulukan iaitu Johnson & Johnson dan Cansino.
Namun dalam masyarakat kita ada juga yang jenis suka membanding-bandingkan jenis vaksin yang mereka terima. Sehingga ada yang rasa mereka mendapat vaksin lebih baik dari yang lain.
Perkara ini turut diulas oleh personaliti TV program kesihatan yang juga merupakan seorang doktor iaitu Dr Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Say. Menerusi hantarannya di Instagram kendaliannya, Dr Say mengulas tentang isu kenapa ada warga asing mendapat vaksin Pfizer dan lebih awal daripada sesetengah rakyat Malaysia sendiri.
Beliau yang kini sedang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di MMU Cyberjaya. Jelasnya, dia dihujani pelbagai pertanyaan dan rasa tidak puas hati dari sesetengah pengguna media sosial. Ia berikutan perkongsian IG Story-nya yang menyaksikan ramai pekerja asing dari Bangladesh dan Myanmmar datang untuk memenuhi temujanji pemberian vaksin.
Malah ada yang tidak berpuas hati kenapa pekerja warga asing mendapat vaksin jenis Pfizer. Menjawab persoalan itu Dr Say berkata, “First & foremost kita sembang pasal kenapa depa dapat Pfizer. Jawapannya ingin sy tegaskan sekali lagi, IT DOES NOT MATTER WHAT BRAND OF VACCINE THAT YOU GET AS LONG AS YOU GET VACCINATED.
“Tolonglah ubah mindset “untunglah ko dapat Pfizer, aku dapat Sinovac je” ni. Kat Twitter dok ada clan Pfizer la, clan Sinovac la, clan AZ la. Boleh tak kita wujudkan CLAN VACCINATED kan lebih indah bunyinya. Semalam @myhealthKKM ada klasifikasikan kes harian mengikut sejarah vaksinasi atau tidak & ternyata tahap keterukan mereka yg menerima vaksin teramat rendah berbanding mereka yg tiada sejarah vaksinasi. So PLEASE STOP JUDGING WHAT BRAND OF VACCINE THAT A PERSON GETS boleh?”
KENAPA MEREKA LEBIH AWAL
Manakala bagi persoalan kenapa ada pekerja asing boleh mendapat vaksin lebih awal berbanding sesetengah rakyat Malaysia, Dr Say menjelaskan pendapatnya yang cukup baik.
“Ramai di ramai antara mereka yang pakai baju Jaya Grocer, Village Grocer, Sri Ternak. Dan bila saga kaji, saya terjumpa poster Program Vaksin Selangor yang memberi keutamaan kepada 9 golongan dan salah satu golongan tersebut adalah “PENJAJA/ PENIAGA PASAR”.
“Jadi it make absolute sense kenapa mereka dapat vaksin dahulu. Bagi saya di Selangor ni, warga asing lah yang banyak handle barang keperluan harian kita. Walaupun semalam habis tenaga nak consult depa akibat language barrier, bila balik tu saya beli groceries yakin sikit apabila saya pegang sayur-sayuran & buah-buahan.”
Dr Say juga memberi pesanan kepada mana-mana individu yang tidak mendapat sebarang temu janji vaksinasi sehingga 1 Ogos. Sekiranya masih belum dapat temu janji, mereka boleh walk-in ke mana-mana PPV berdekatan untuk mendapatkan vaksin.
MASKULIN turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Sau. Vaksin yang terbaik untuk anda ialah vaksin yang paling cepat dapat anda perolehi!
Lindung diri, lindung semua.
Kredit: Dr Say
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Ramai Lelaki Akan Jadi Lebih Sado Selepas Putus Cinta
Biasanya seorang wanita akan mengurung diri dan menangis selama beberapa hari selepas putus cinta. Adakah lelaki akan melakukan perkara yang sama jika putus cinta? Ini 5 perkara yang lelaki biasa lakukan selepas putus cinta.
MAKAN SEORANG DIRI
Pergi ke restoran dan menikmati makan seorang diri atau duduk seorang diri dalam bilik dan makan makanan segera. Seorang lelaki sebanarnya cuba untuk mendapatkan kembali suasana nyaman dan tentang dengan makanan.
MENYIBUKKAN DIRI
Setelah putus cinta, biasannya seorang lelaki masih terbayang-bayangkan wajah bekas kekasih mereka. Cara paling mudah untuk menghilangkan bayangan wajah kekasih adalah dengan menyibukkan diri. Jika anda melihat adik-beradik anda yang secara tiba-tiba rajin, mungkin mereka baru sahaja putus cinta.
MENDENGAR LAGU KENANGAN BERSAMA
Seorang lelaki yang baru sahaj putus cinta selalu mendengar lagu yang banyak menyimpan kenangan bersama pasangan. Sebenarnya perkara ini sangat menyakitkan.
BERSEMBUNYI
Pernahkan anda melihat seorang lelaki menangis seorang diri di pawagam? Ini disebabkan mungkin lelaki tersebut pernah menonton filem yang ditonton itu bersama bekas kekasih. Kebiasaanya lelaki yang baru putus cinta akan cuba untuk menghindari tempat yang pernah dikunjungi bersama pasangan.
MENGHUBUNGI TEMAN
Sama seperti wanita, lelaki juga akan menghubungi teman terdekan untuk ajak keluar lepak dan berbual. Seorang teman mampu menghiburkan hati yang terluka sekali gus melupakan bekas kekasih.
+Bagi kami, tidak semua lelaki begini, biasanya ramai yang akan kembali menjaga bentuk fizikal untuk jadi lebih baik. Jarang lelaki bersedih lama jika hadapi masalah cinta, mungkin disebabkan komitmen, namun ia masih memberi kesan mendalam walaupun nampak mereka gagah melaluinya. Ingat jangan permainkan perasaan lelaki.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Terlalu Obses Sado, Amin Hayat Pernah Hidap Alopesia
Pengalaman berdepan alopesia atau keguguran rambut kritikal hingga menyebabkan botak menjadi igauan ngeri buat pembaca berita TV9, Amin Hayat Abd Rahim, 35, tahun lalu. Dia mengakui perkara itu memberi tekanan untuk berdepan masyarakat hingga hilang keyakinan diri dan mengganggu emosinya apabila tampil di khalayak sebagai pembaca berita.
“Masalah alopesia sudah bermula sejak 2014 tapi tidak terlalu serius dan sembuh secara semula jadi. Namun pada awal 2016, ia bertambah kritikal. Mungkin faktor stres yang tidak diurus dengan baik menyebabkannya lebih serius sehingga menjadi kronik.
“Saya mendapatkan nasihat pakar dan dimaklumkan bahawa saya menghidap alopesia areata iaitu berkaitan autoimun. Mungkin akibat terlalu mahu berbadan sasa, saya mengambil makanan tambahan seperti serbuk protein.
“Selain itu, kerana mahu kesan yang lebih cepat, saya mengambil steroid untuk dimakan dan dicucuk pada badan,” katanya yang terbabit dalam kempen kesedaran ‘Aku Alopesia #adajalannya.”
Selepas mendapatkan rawatan daripada pakar selama setahun, Amin Hayat berjaya mendapatkan kembali rambut yang hilang dan kini menjadi jurucakap bagi memberi kesedaran awam mengenai masalah itu.
Menurutnya, sepanjang tempoh setahun, dia dirawat dengan beberapa rawatan khas berkaitan alopesia iaitu helmet iGrow, suntikan steroid, suntikan dan laser Platlet Rich Plasma (PRP) serta terapi laser excimer.
Diharap pembabitan saya dalam kempen kesedaran alopesia ini dapat memberi inspirasi kepada golongan yang mempunyai masalah sama tetapi malu menyuarakannya.
“Selain itu, saya mahu memberi pengetahuan kepada mereka untuk mendapatkan rawatan yang betul bukan tertipu dengan produk atau khidmat yang menawarkan rawatan alopesia yang hanya berbentuk gimik semata-mata.
“Saya juga merancang untuk mewujudkan kumpulan sokongan khas untuk Kempen Kesedaran Alopesia yang pertama di Malaysia,” katanya.
KEPERLUAN SETIAP ORANG BERBEZA
Sementara itu, Pengarah Perubatan Clique Clinic Dr Tingsong Lim berkata, disebabkan masalah alopesia bergantung kepada tubuh individu, rawatan bagi setiap pelanggan yang mengalami masalah berkenaan mungkin berbeza dan tempoh rawatan juga bergantung kepada penerimaan atau tindak balas tubuh seseorang.
Katanya, sejarah perubatan lengkap, sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal dapat membantu dalam diagnosis. Corak dan kadar keguguran rambut, keadaan rambut berhampiran (contohnya, jika rambut dipotong) dan gejala yang disertai turut diambil kira apabila membuat diagnosis.
“Oleh kerana perubahan hormon, kerengsaan atau kerosakan, beberapa folikel rambut mengalami fasa pertumbuhan lebih pendek dan menghasilkan rambut lebih nipis dan pendek.
“Rambut melalui kitaran pertumbuhan dan rehat manakala setiap kitaran berbeza mengikut individu. Tetapi secara umum, fasa pertumbuhan rambut kulit kepala, yang dikenali sebagai anagen, biasanya berlangsung dua hingga tiga tahun.
“Pada masa ini, rambut anda tumbuh kurang dari setengah inci (satu sentimeter) sebulan. Fasa rehat iaitu telogen pula biasanya berlangsung tiga hingga empat bulan. Pada akhir fasa rehat, helaian rambut jatuh dan yang baru mula tumbuh di tempatnya. Setiap kali rambut gugur, peringkat pertumbuhan bermula semula,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Lim berkata, rata-rata rambut manusia gugur 50 hingga 100 helai setiap hari namun dengan kira-kira 100,000 rambut di kulit kepala, jumlah keguguran rambut ini tidak boleh menyebabkan penipisan ketara rambut.
Katanya, penipisan secara beransur-ansur adalah normal seiring penuaan, bagaimanapun, keguguran rambut boleh menyebabkan kebotakan apabila kadar keguguran melampaui kadar pertumbuhan semula, apabila rambut baru lebih nipis daripada rambut yang gugur.
JENIS KEGUGURAN RAMBUT
Alopesia androgenetik (kebotakan luar)
Dalam corak botak lelaki dan wanita, masa pertumbuhan semakin berkurangan dan rambut tidak tebal atau kukuh. Dengan setiap kitaran pertumbuhan, rambut berakar lebih dangkal dan lebih mudah gugur. Keturunan mungkin memainkan peranan kerana sejarah alopesia androgenetik di kedua-dua belah keluarga meningkatkan risiko botak.
Alopesia cicatricial (parut)
Keguguran rambut kekal berlaku apabila keradangan merosakkan dan meninggalkan parut folikel rambut. Ini menghalang rambut baru daripada berkembang. Keadaan ini boleh dilihat dalam beberapa keadaan kulit, termasuk lupus eritematosus atau lichen planus. Tidak diketahui apa yang mencetuskan atau menyebabkan keradangan ini.
Alopesia areata
Ia dikelaskan sebagai penyakit autoimun, tetapi penyebabnya tidak diketahui. Mereka yang mengalaminya secara amnya berada dalam keadaan baik, namun sesetengah penghidap mungkin mempunyai gangguan autoimun yang lain, termasuk penyakit tiroid. Sesetengah saintis percaya bahawa segelintir individu secara genetik menderita mengembangkan penyakit ini dan pencetus, seperti virus atau sesuatu yang lain di persekitaran menyebabkan keadaan ini. Sejarah keluarga alopesia areata menjadikan mereka lebih cenderung untuk mendapatnya. Rambut pada umumnya tumbuh semula, tetapi mungkin gugur dan tumbuh semula beberapa kali.
Telogen effluvium
Jenis keguguran ini biasanya disebabkan oleh perubahan dalam kitaran biasa rambut. Ia mungkin berlaku apabila beberapa jenis kejutan pada sistem anda emosi atau fizikal menyebabkan akar rambut dipaksa ke dalam keadaan berehat sebelum waktunya. Rambut yang terjejas dari akar rambut ini gugur dan dalam satu atau dua bulan, folikel rambut menjadi aktif lagi dan rambut baru mula berkembang.
Telogen effluvium mungkin dipengaruhi tekanan emosi, seperti kematian dalam keluarga atau tekanan fisiologi, seperti demam panas, kehilangan berat badan secara tiba-tiba atau berlebihan, diet melampau, kekurangan nutrisi, pembedahan atau gangguan metabolik. Rambut biasanya tumbuh semula selepas keadaan yang menyebabkannya membetulkan dirinya, tetapi biasanya mengambil masa berbulan-bulan.
Alopesia traction
Keguguran rambut disebabkan tekanan berlebihan pada setiap helaian rambut, contohnya tarikan terlalu kuat. Tekanan berlebihan ini akan menyebabkan rambut tertarik keluar dan ia boleh merosakkan folikel rambut. Jika tekanan berterusan, lama kelamaan proses penghasilan rambut menjadi perlahan dan akhirnya berhenti. Sekiranya tarikan dihentikan sebelum mencederakan kulit kepala dan kerosakan kekal pada akar, rambut biasanya tumbuh kembali normal.
Dr Lim turut menyarankan setiap individu mengamalkan pemakanan seimbang, meninggalkan diet keterlaluan atau mendadak yang boleh menyebabkan keguguran rambut kerana hampir 90 peratus komponen penting rambut ialah protein.
Ini kerana katanya, kesihatan rambut banyak bergantung kepada pengambilan zat seperti kalsium dan zink. Tetapi harus diingati terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan rambut gugur.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI