Diva AA Bakal Bertanding Dalam PRU14 Menentang Azmin Ali, Janji Belanja Rendang Free Kalau Menang!

Share

Diva AA, yang terkenal dengan kelantangannya bersuara telah mengejutkan netizen apabila dia memberanikan dirinya untuk bertanding dalam PRU14 akan datang. Bukan itu sahaja, tujuan utamanya dia bertanding adalah kerana ingin melawan abangnya sendiri yang juga Naib Timbalan Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tidak Hiraukan Sebarang Kecaman Untuk Menentang Abangnya Sendiri

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA, telah mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya ini bagi memastikan abangnya itu gagal memenangi sebarang kerusi. Malah, dia sendiri tidak hiraukan sebarang kecaman mahupun provokasi kerana menganggap Azmin sebagai pengkhianat bangsa.

“Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat. Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini,”

Belanja Rendang Air Tangannya Secara Percuma

Terdahulu, Diva AA pernah membuat laporan polis dan juga SPRM kerana mendakwa Azmin menyalahgunakan kuasanya serta turut menyimpan pelbagai rahsia mengenai abangnya itu. Sebagai makluman, Azmin adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa yang dimenanginya sejak 2008.

“Dia pemimpin yang penuh aib, paling munafik dan teruk dalam sejarah Selangor dan perlu dihapuskan kerjaya politiknya menjelang PRU-14. Kalau orang masih mahu pangkah Azmin Ali, teruskanlah tetapi tunggulah bala besar daripada Allah,”

Tak Kesah Pasal Wang

Menurut selebriti sensasi ini, dia sama sekali tidak menghiraukan wang yang akan digunakan untuk PRU-14 ini dan turut mengganggap wang pertaruhan wajib itu sebagai satu sedekah dan akan belanja rendang air tangannya sekira menang kelak.

“Saya bukan nak cakap besar, tapi duit saya berlambak dalam bank. Andainya tewas teruk sekali pun, wang pertaruhan itu saya anggap sebagai sedekah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Kalau tewas pun tak apa. Saya tetap tidak berkudis dan tak akan menyesal kerana sekurang-kurangnya, peratus undi dia akan terjejas. Tapi jika menang, saya akan buat kenduri doa selamat terbesar dengan rakyat kawasan saya akan dapat merasa rendang saya secara percuma, dan tidak akan menjadi wakil rakyat yang hanya menjenguk kawasan ketika PRU,”

Pendapat korang ? Tepuk dada tanya la selera.  Pilihan di tangan anda!

Sumber : Harian Metro

Published by
Ruziana Zainal