Kanser buah zakar atau juga dikenali sebagai kanser testikel, adalah penyakit jarang berlaku dan bukan berada dalam kedudukan kanser paling kerap menyerang lelaki, malah hanya merangkumi sebahagian kecil lelaki di negara ini.
Namun begitu, kita tidak boleh memandang ringan tentang masalah ini kerana penyakit ini juga mampu meragut nyawa. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sejak beberapa dekad lalu, kanser testikel semakin meningkat dan berlaku dalam kalangan lelaki muda iaitu di peringkat produktif dalam lingkungan usia 15 hingga 40 tahun.
Sejak 1960-an, kanser berkenaan meningkat sekali ganda terutama dalam kalangan masyarakat Barat, iaitu sekitar tujuh kes bagi setiap 100,000 lelaki.
Jadi ini perkongsian beliau, diharap sedikit perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada kita semua.
Ye. Kanser saya sebenarnya berpunca dari pemakanan. Saya mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Saya banyak makan makanan segera dan banyak makan makanan proses.
Sakit Allah yang beri. Allah juga yang bakal menyembuhkan. Asas utama mintalah pada Allah.
Tiada sesiapa pun yang akan faham kesakitan yang kita rasa. Melainkan kita sendiri. Kita yang ada ditempat itu. Kita yang bertarung.
1 tahun 3 bulan Along menjadi seorang pesakit kanser. Hari ini Along sangat gembira. Kerana kanser bukanlah satu pengakhiran hidup malah satu permulaan. Permulaan yang lebih baik dan hebat dari sebelum ini.
18 April 2017.
Hari keramat yang mengubah hidup Along. Bila terbukti ketumbuhan dibadan Along itu adalah kanser. Dan telah diklasifikasikan sebagai kanser stage 4. Along tak tahu bagaimana untuk along menghadapi kenyataan itu. Semuanya terasa seperti mimpi. Along harap Along hanya bermimpi dan ini semua mainan tidur. Tapi ini semua benar. Walau Along tampar pipi along berkali kali. Tapi ianya tetap kenyataan yang perlu Along hadapi. Tak boleh lari.
Kanser testis Along dah merebak ke hati dan usus. Dan ianya dah mula mendekati paru paru Along pula. Along dah tak nampak apa. Along hanya nampak kematian! Jalan seolah oleh gelap. Tak nampak langsung walau sedikit cahaya. Lalu Along tersentak. Apa yang aku buat ni? Aku belum mati. Maka aku perlu berjuang. Demi Azalia! Kalau aku mati Azalia takkan ada seorang Ayah didunia ini pun yang akan boleh sayang Azalia seperti aku.
Lalu Along pintal semula semangat semangat Along yang koyak. Along perlu lawan! Selagi Allah beri nafas pada Along, selagi itulah Along ada peluang untuk lawan. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Along hadap semua kesakitan. Along bertarung dengan kematian. Along tak mahu mati! Along nak hidup lagi Ya Allah. Berilah Along peluang lagi.
Selepas menjalani 6 kali kimoterapi, doktor bagitau kanser Along sudah berada diparas selamat. Dan tak perlu jalani apa apa rawatan lagi. Seperti mati hidup semula. Along rasa bersyukur sangat kerana Allah bagi Along peluang untuk bersama isteri dan anak along lagi.
Along tahu, ajal dan maut boleh menjemput along bila bila masa saja. Cuma Along akan sentiasa positif dan berjuang melawan kanser Along demi Juliana isteri Along dan Azalia anak kesayangan Along. Setahun telah berlalu. Terima kasih Allah kerana pinjamkan nafas lagi buat Along. Along mahu hidup lebih lama Ya Allah. Demi keluarga Along. Namun Along redha kalau Allah nak ambil Along. Kerana Along tahu Along milik Allah. Cuma Along akan berlawan sehingga kenafas terakhir Along.
Walaupun kanser saya sudah di tahap terkawal dan normal namun saya masih perlu mendapatkan rawatan yang diwajibkan buat ujian darah setiap 3 bulan sekali, dan menjalani ujian CT Scan setiap 6 bulan.
– Jaga makan
– Ikut rawatan doktor
– Makan makanan tambahan.
Bercakap tentang amalan pemakan sekarang ialah lebih menjurus kepada lebihkan sayuran dan buah buahan.
Saya menggalakkan buah kehitaman, keperangan dan kemerahan untuk membantu mengurangkan kanser saya. Tapi bukan tembikai. Tembikai bahaya. Badan pesakit kanser tidak boleh makan tembikai dan segala tumbuhan dan buahan menjalar.
Namun ini hanyalah perkongsian dari pengalaman beliau sahaja , apa pun sebelum mengamalkan apa-apa petua atau tip lebih baiklah anda mendapat saran daripada orang yang pakar terlebih dahulu terutamanya pakar doktor yang bertauliah..
Semoga artikal ini memberi manfaat kepada semua.
Sumber : Azhari Abdul Aziz