Hiburan

Ditipu Bercinta Dengan ‘Brad Pitt’, Wanita Ini Kerugian RM3.8 Juta!

Share

Kadang-kadang, hidup ini memang penuh drama, tapi bagi seroang wanita dikenalid engan nama Anne, hidupnya berubah 360 darjah apabila bercinta dengan ‘Brad Pitt’.

Anne, seorang pereka dalaman dari Perancis, menyasikan bagaimana hidupnya berubah menjadi skrip filem tragis – dan malangnya, dia bukan pelakon utamanya.

Wnita berusia 53 tahun ini mendakwa telah menjalin hubungan romantik dengan ‘Brad Pitt’ selama setahun.

Ya, Brad Pitt bintang filem ‘Fight Club’ dan ‘Ocean’s Eleven’! Malangnya, cerita cinta ini tidak berakhir seperti filem romantik, sebaliknya lebih seperti filem seram.

Hakikatnya, ‘Brad Pitt’ itu bukanlah selebriti sebenar, tetapi seorang penipu profesional yang berjaya memperdaya Anne sehingga dia kehilangan lebih €830,000 (RM3.84 juta)!

“Cinta” Bermula di Instagram

Kisah ini bermula apabila Anne, seorang yang baru sahaja menjinakkan diri dengan Instagram, dihubungi oleh seseorang yang mengaku sebagai ibu kepada Brad Pitt.

Kononnya, ibu bintang Hollywood itu berkata, “Anak saya perlukan seseorang seperti awak.” Ya, ayat ini seperti datang terus dari novel cinta murahan, tapi bagi Anne, ia adalah ‘jemputan’ ke dunia cinta glamor.

Tak lama kemudian, si penipu menaikkan level permainan mereka – kali ini menyamar sebagai Brad Pitt sendiri, menghantar mesej mesra kepada Anne di pelbagai platform termasuk WhatsApp.

Untuk menjadikan cerita ini lebih meyakinkan, penipu tersebut memanipulasi emosi Anne dengan kisah palsu – Brad Pitt kononnya sedang sakit tenat kerana kanser buah pinggang, dan akaun banknya dibekukan akibat kes penceraian dengan Angelina Jolie.

Foto manipulasi AI yang digunakan oleh scammer

Anne diberikan beberapa gambar hospital yang kelihatan cukup meyakinkan – walaupun rupa-rupanya gambar itu dihasilkan menggunakan teknologi AI.

Dengan cerita air mata ini, mereka berjaya meyakinkan Anne untuk memindahkan sejumlah besar wang ke akaun bank di Turki.

“Saya rasa ini pelik, tapi saya tak biasa dengan media sosial. Saya tak faham apa yang sedang berlaku,” kata Anne dalam wawancara bersama saluran TV Perancis, TF1.

Dihina Netizen, Ditelan Depresi

Namun, kisah tragis ini menjadi lebih pahit apabila Anne memutuskan untuk berkongsi kisahnya secara terbuka.

Malangnya, pengakuan beliau tidak mendapat simpati tetapi menjadi bahan jenaka netizen. Hinaan yang bertalu-talu menyebabkan TF1 menarik balik wawancara tersebut daripada platform mereka.

Pengacara TF1, Harry Roselmack, menulis di X: “Wawancara ini telah mencetuskan gelombang gangguan terhadap mangsa. Untuk melindungi mangsa, kami telah menarik semula siaran itu.”

Anne bertanya kepada dirinya sendiri, “Kenapa mereka pilih saya untuk menyakitkan hati seperti ini? Saya tak pernah menyakiti sesiapa. Orang macam ini layak dihantar ke neraka.”

Sementara polis masih menjalankan siasatan, Anne bergelut dengan depresi akibat kehilangan wang dan maruah.

BACA: Rahsia Brad Pitt Tampil Awet Muda Walaupun Usia Sudah 57 Tahun

Sebenarnya, Anne bukan mangsa pertama. Scammer yang menyasarkan emosi dan cinta ini semakin kreatif dengan menggunakan teknologi AI dan cerita palsu yang licik.

Seorang jurucakap Brad Pitt mengingatkan peminat, “Scammer memanfaatkan hubungan emosi peminat dengan selebriti. Ini peringatan penting untuk tidak bertindak balas kepada mesej yang tidak diminta.”

Semoga wanita dan lelaki di luar sana mengambil kisah ini sebagai pengajaran. Jangan mudah terpedaya. Dan anda sebagai orang yang faham selok-belok taktik scammer ini, perhatikanlah orang tua tersayang agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.

 

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim