Kita cukup beruntung kerana sekarang adalah zaman emas pelbagai content yang ditawarkan menerusi servis penstriman. Malah tidak keterlaluan dikatakan penurunan trend menonton televisyen banyak dipengaruhi oleh pelbagai servis penstriman yang ada sekarang.

Terbaru Disney+ turut diperkenalkan oleh The Walt Disney Company untuk sama-sama bersaing memberikan pelbagai content terbaik.

Menurut laporan, aplikasi mobil Disney+ telah berjaya mencatatkan sebanyak 3.2 juta jumlah muat turun pada hari pertama ia dilancarkan. Walaupun berdepan sedikit masalah sambungan pada pelancarannya, ia masih berjaya mencatat jumlah memberangsangkan.

IKLAN

Disney+ Catat Lebih 3.2 Juta Muat Turun Aplikasi Mobil Pada Pelancarannya

Jelas Apptopia, firman kaji selidik dari Amerika Starikat sebanyak 89% jumlah muat turun dilakukan oleh pengguna di negara tersebut dengan 9% di Kanada dan 2% di Belanda. Ketiga-tiga negara ini merupakan yang pertama mendapat servis Disney Plus.

IKLAN

Walaupun begitu, Disney+ turut boleh didapati di pelbagai platform lain seperti Xbox dan PlayStation.

Disney+ Catat Lebih 3.2 Juta Muat Turun Aplikasi Mobil Pada Pelancarannya

IKLAN

Ini merupakan satu kejayaan awal yang telah dijangka oleh ramai pihak kerana Disney+ kandungannya yang cukup hebat dan mempunyai judul-judul cukup dikenali.

Sebagai contoh siri flagship mereka yang dilancarkan sebuah siri spin-off Star Wars berjudul ‘The Mandalorian’ telah mendapat sambutan sangat hebat. Malah pelbagai judul juga telah trending di laman media sosial dan diperkatakan ramai.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI