
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar diskaun 50 peratus bagi saman-saman tertentu bermula 25 hingga 29 Mac ini bersempena dengan Hari Polis ke-213.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, pihaknya akan melancarkan kempen pembayaran secara dalam talian (e-Payment) selama lima hari tersebut.
“Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai membayar saman secara dalam talian berikutan penutupan kaunter saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac.
“Ini merupakan langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Azisman berkata pembayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal
www.myeg.com.my DAN www.rilek.com.my.


Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bibir Kering, Kerap Buang Air Anda Mungkin Penghidap Diabetes

Gaya hidup sihat sering kali diabaikan oleh kebanyakan individu maka timbullah pelbagai penyakit yang memudaratkan kesihatan tubuh antaranya diabetes. Lelaki banyak yang terkena penyakit berbahaya ini kerana terdedah dengan gaya hidup yang tidak sihat umpamanya merokok dan minum minuman beralkohol. Keterbatasan pengetahuan yang dimilikinya sering kali mereka membiarkan gejala tersebut sehingga bertambah parah. Oleh kerana itu, lelaki perlu awasi gejala diabetes seperti berikut.
- Rasa haus dan buang air kecil yang berlebihan
- Pada umumnya penderita diabetes mengalami buang air kecil secara berlebihan kerana kadar gula dalam darah jumlahnya berlebihan. Oleh sebab berlebihan, tubuh dirangsang untuk mengeluarkan lebihan kadar gula tersebut melalui ginjal bersama air kencing.
- Biasanya penderita diabetes buang air kecil secara berlebihan ini terjadi pada waktu malam terutama sewaktu tidur malam sehingga menjejaskan kualiti tidur. Hal ini disebabkan oleh kadar gula dalam darah pada malam hari relatif tinggi dibandingkan siang hari.
- Sedangkan gejala rasa haus yang berlebihan kerana tubuh terlalu banyak mengeluarkan urin. Namun sebenarnya hal ini merupakan usaha tubuh untuk menghindari kekurangan cairan (dehidrasi).
- Selama kadar gula dalam darah belum terkawal baik, maka akan timbul keinginan terus-menerus minum. Sebaliknya dengan minum yang banyak akan menimbulkan hasrat untuk buang air kecil.
- Penurunan berat badan
- Tanpa disedari penderita diabetes akan mengalami penurunan berat badan tanpa diketahui penyebab yang jelas.
- Pada penderita diabetes, turunnya berat badan disebabkan kerana dibuangnya sebahagian gula dalam darah ke sistem ginjal melalui urin. Akibatnya berapa pun jumlah makanan yang dimakan akan sisa-sia selama insulin tidak mampu menyalurkan gula sebagai sumber tenaga bagi tubuh.
- Penglihatan kabur
- Gangguan penglihatan kabur ini sering disebut katarak dan biasanya dialami penderita diabetes yang sudah tua.
- Katarak timbul kerana gula membentuk suatu lapisan yang menutupi lensa mata. Hal inilah yang menyebabkan lensa mata menjadi suram sehingga menghambat masuknya cahaya ke bola mata dan akibatnya mengganggu penglihatan.
- Gangguan ini dapat diatasi dengan cara melakukan pembedahan mata dengan menggantikan lensa mata yang rosak dengan lensa plastik.
- Peningkatan nafsu makan
- Pada umumnya penderita diabetes mempunyai nafsu makan yang besar, namun berat badannya tidak naik.
- Peningkatan nafsu makan didorong oleh kurangnya gula dalam tubuh meskipun kadar gula dalam darah tinggi sehingga membuat tubuh merasa lemah seperti kurang tenaga dan akhirnya timbul keinginan untuk makan. Padahal jika diperiksa, kandungan gula dalam darahnya sudah cukup tinggi.
- Disfungsi Ereksi
- Dalam jangka waktu yang lama, penderita diabetes lelaki juga mengalami risiko disfungsi ereksi, iaitu berkurangnya jumlah sperma yang dihasilkan oleh hormon testosteron.
- Disfungsi ereksi ini disebabkan terjadinya kerosakan sel saraf akibat diabetes. Diabetes dapat mengakibatkan terganggunya sistem aliran darah di sekitar sel-sel saraf seperti pada ginjal dan alat kelamin.
- Jika tidak segera ditangani, maka dapat mengganggu hubungan keharmonian rumah tangga.
- Penyembuhan daripada luka menjadi lambat
- Apabila terjadi luka, sering kali penyembuhan atas luka tersebut sangat lama. Hal ini disebabkan kerana berkurangnya aliran darah akibat menyempitnya pembuluh darah.
- Untuk pencegahan, disarankan agar penderita diabetes selalu menjaga dan merawat kulitnya meskipun tidak terjadi luka.
- Kerosakan Saraf
- Penderita diabetes juga mengalami kerosakan saraf kerana diabetes dapat merosakkan sistem saraf.
- Rosaknya sistem saraf mengakibatkan terganggunya sistem aliran darah di sekitar sel-sel saraf seperti halnya pada mata dan ginjal.
- Kerosakan sel saraf akibat diabetes disebut juga neuropati.
Selain gejala diabetes di atas, ada juga beberapa gejala seperti kelelahan, mulut kering dan sakit kepala. Hal ini disebabkan kerana tubuh kekurangan oksigen untuk membakar gula menjadi tenaga. Berkurangnya jumlah oksigen di dalam darah disebabkan gula bergumpal di pembuluh darah sehingga alirannya lambat. Akhirnya jantung akan bekerja lebih keras (berdebar-debar), sakit kepala, mulut kering dan mudah merasa lelah. Gejala diabetes pada lelaki dapat dicegah dengan pola makan yang sihat, mengurangkan makanan yang manis, menghindari rokok dan alkohol serta rajin berolahraga. Jika anda mengalami kegemukan, segeralah diet dengan mengurangi makanan berkalori, berlemak dan manis. Dengan begitu anda akan terhindar daripada risiko diabetes.
Makanan yang ideal untuk penderita diabetes ialah :
- Epal , aprikot dan pir
- Ikan makarel, sardin dan salmon
- Labu dan biji rami
- Sayuran dan buah – buahan
- Oat
- Roti gandum
- Beras merah
Makanan tersebut disarankan kerana dapat memberikan zat yang sangat diperlukan oleh penderita diabetes tanpa membahayakan kesihatan. Selain jenis makanan, penderita diabetes juga harus memperhatikan jumlah makanan dan pola/ jadual makannya. Dengan memperhatikan ketiga hal tersebut, kemungkinan meningkatnya kadar gula dalam darah dapat diminima .
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pernah Menyesal Putus Dengan EX Sebelum Ini? Siapa Yang Curang Dahulu?

Tidak ada sesiapa pun yang tidak merasa sakit apabila berlaku kecurangan pada pasangan. Ternyata sukar untuk memaafkan pasangan dan melanjutkan hubungan. Alasannya kerana terlanjur cinta. Memaafkan memang suatu hal yang positif, tapi kamu jangan mudah untuk memaafkan, prosesnya pun seharusnya sangat rumit. Paling tidak, sebelum kamu benar-benar mengambil keputusan untuk teruskan hubungan, cuba tanyakan lima pertanyaan ini kepada pasangan.
Kamu yakin kecurangan yang diketahui itu ialah pertama kali dilakukannya? Cuba tanyakan soalan ini!
“Sebelumnya, kamu pernah jalin hubungan lain?”
Biasanya, jika seseorang sudah pernah curang, dia ketagihan untuk melakukannya. Pelajari tanda-tanda orang yang berbohong, kemudian ketahui secara langsung jawapannya dari dia. Pertimbangkan sakit hati lagi di kemudian hari kerana pasangan curang. Betul?
Kecurangan terjadi kerana adanya alasan. Maka tanyakanlah ini padanya
“Jawab yang jujur, kamu kenapa curang?”
Semua hal yang ada di dunia ini pasti terjadi kerana alasan. Maka dari itu, ketahui alasan kenapa dia curang. Bila kamu merasa tidak ada yang salah dengan diri, wajar bagimu untuk menanyakan hal tersebut. Kalau dirasakan alasannya cukup masuk akal walaupun kadang kala kita merasa tidak ada yang masuk akal soal curang maka maafkanlah dia.
Setiap dosa yang telah dibuat, sedikit atau banyak, pasti akan ada penyesalan dari dalam dirinya. Makanya kamu harus tanya ini
“Apakah kamu menyesal?”
Bila kamu tahu alasan kenapa boleh berlaku curang, kamu pasti dapat menemukan adanya penyesalan. Kalau dia khilaf pasti akan ada kata-kata bernada penyesalan. Beza cerita kalau dia sama sekali tak terlihat adanya rasa penyesalan.
Percuma memaafkan dia apabila kamu tak tahu sejauh mana hubungan dia dengan skandalnya. Makanya, cuba ajukan pertanyaan ini
“Sudah sejauh mana hubungan awak dengan dia ?”
Ketahui sudah sejauh mana hubungan dia dengan orang ketiga. Kamu harus pandai melihat mimik muka wajah dan cara penyampaian kata dia. Jika kamu menemui hubungannya sudah jauh dan sudah cukup lama, boleh jadi hubungan anda sudah sulit untuk dilanjutkan kembali.
“Kalau kamu ketahui berlaku kecurangan lagi, apa yang bakal kamu lakukan?”
Pertanyaan tersebut harus kamu lontarkan. Bukan apa-apa, hanya untuk pemberi jaminan saja. Jadi ketika hal tersebut terjadi lagi di masa depan, kamu benar-benar boleh bersikap tegas.
Kesimpulannya, jangan mudah memaafkan orang yang curang. Jadilah orang yang lebih skeptis. Curang sama saja dengan khianat, dan kamu tidak sepatutnya mendapatkan itu sebagai bayaran dari kesetiaan. Kadang, maaf tak akan membawa kebaikan sama sekali dan _menjadi penyebab bagi seseorang untuk melakukan kesalahan sama di masa akan datang.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Asyik Nak Happy Kan Orang Lain Je. Dah Tiba Masa Untuk Kamu Happy Kan Diri Kamu. Nak Tahu Macam Mana? Ini Jawapnnya!

Makna kebahagian bagi setiap individu adalah sangat subjektif. Ada yang memerlukan wang ringgit dan harta benda untuk membahagiakan mereka dan ada pula yang hanya perlukan pasangan untuk membahagiakan mereka. Tetapi apa yang tidak betul di sini adalah kita memerlukan benda atau individu lain untuk merasakan kebahagiaan.
Kita terlupa bahawa kita sendiri sebenarnya lebih layak untuk membahagiakan diri sendiri. Ini kerana kita tidak mengetahui kuasa yang ada pada diri sendiri. Jika anda tahu caranya, anda tidak perlukan manusia lain mahupun wang yang banyak untuk merasa bahagia.
1. Meluangkan masa dengan diri sendiri
Kadang-kadang disebabkan kekangan masa yang terlalu kuat membuatkan anda tak sempat untuk menikmati hidup yang sepatutnya. Kerana terlalu fikirkan masa depan, anda terlepas masa sekarang yang dilalui dan ia juga sama pentingnya dengan masa hadapan. Apa gunanya jika anda terlepas hidup sekarang untuk masa hadapan, sedangkan anda boleh mendapat kedua-duanya.
Cuba untuk menghabiskan masa untuk diri sendiri dengan merangcang untuk membuat sesuatu yang anda belum pernah lakukan sebelum ini. Sebagai contoh, pergi menonton wayang seorang diri. Dengan melakukan perkara yang anda belum pernah lakukan akan membuatkan anda menemui sesuatu yang baru yang boleh membahagiakan diri anda dan membuatkan hidup anda lebih bererti.
2. Memuji diri sendiri
Jangan malu untuk memuji diri sendiri, tetapi bukanlah di hadapan orang lain. Cuba cara ini, setiap kali bangun pagi, cuba puji diri anda mengenai kelebihan anda, mahupun kekurangan anda. Dengan melakukan perkara ini anda akan menaikkan semangat dan membuatkan hari anda lebih ceria.
Ia juga akan membuatkan diri anda dihargai, walaupun oleh diri sendiri dan sekaligus menyuntik semangat untuk melakukan sesuatu. Ia antara yang paling mudah, tak perlukan wang ringgit. Bila-bila masa pun boleh buat.
3. Manjakan diri dengan berhias
Jika sebelum ini anda sering mengabaikan penampilan anda, anda mungkin perlu melakukan sesuatu terhadapnya. Cuba untuk berpenampilan lebih baik dengan memakai pakaian yang kemas. Jika anda tak ada pakaian yang cantik dan elok, jangan kedekut untuk menggunakan wang anda untuk tujuan ini.
Penampilan anda yang kemas dan segak akan membuatkan anda lebih bersemangan dan menambahkan keyakinan diri. Tak perlu tunggu untuk berhias dan berpenampilan segak hanya jika ada majlis-majlis tertentu. Cuba lakukannya sekali dan anda pasti akan terus melakukan tabiat ini setiap hari.
Dan ia bukan terhad kepada pakaian sahaja, anda juga boleh manjakan diri anda untuk pergi ke salun sekali sekala.
4. Makan di tempat yang anda suka
Ini salah satu cara yang boleh buatkan diri anda bahagia. Apabila perut anda bahagia, anda juga akan bahagia. Sesekali anda perlu memanjakan diri anda dengan membelanjakan wang ada untuk perut anda. Ia tidak perlu terlalu mahal, yang penting ia makanan kesukaan anda. Makan makanan kegemaran anda boleh membuatkan anda gembira dan bahagia.
Jika ia jauh, cuba untuk pergi walaupun sebulan sekali. Percayalah, anda akan diri anda lebih dihargai.
5. Bercuti walaupun dekat
Bagi penulis ini adalah yang paling berkesan. Dengan kesibukan bekerja, apa yang anda sangat perlukan ialah merehatkan minda anda. Bawa diri anda dengan bercuti beberapa hari, dan ia tidak semestinya ke tempat yang jauh dan mahal. Kita sering terlepas peluang untuk membahagiakan diri dengan bercuti kerana dalam fikiran kita bercuti itu memerlukan masa yang panjang dan wang yang banyak. Itu silapnya.
Dengan bercuti di tempat yang dekat dan juga dengan bajet yang rendah, ia akan membuatkan otak anda dapat berehat dengan cukup. Anda akan menyedari bahawa hidup ini lebih bermakna dan mempunyai tujuan lain selain bekerja.
sumber: iluminasi.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI