Pelakon yang sedang meningkat naik, Sadiq M Jamil mendedahkan yang dia tidak pernah berguru secara langsung dengan neneknya yang merupakan seniwati legenda iaitu Datuk Sarimah Ahmad.
Bagaimanapun, Sadiq M Jamil belajar menerusi pemerhatiannya sendiri semenjak kecil yang menyaksikan penglibatan neneknya dalam dunia lakonan.
“Saya ingat dulu masa saya umur 12 tahun, saya pernah tengok dia dekat set. Saya tengok macam mana persiapan dia sebagai seorang pelakon, bila dia baca skrip dan sebagainya.
“Walaupun dia tak pernah mengajar saya tapi benda yang saya dah perhatikan itu saya cuba amalkan,” kongsi Sadiq kepada Maskulin.
@maskulinmySebagai cucu kepada seniwati veteran Dato’ Hajah Sarimah binti Ahmad, Sadiq M Jamil kagum melihat disiplin yang ada pada neneknya itu. Bahkan Sadiq percaya perkara itu boleh membantu perjalanan kerjaya seninya sendiri jika diterapkan. #sadiqmjamil #SarimahAhmad #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Sadiq M Jamil ditemui Maskulin selepas selesai tayangan perdana X-Change yang berlangsung di TGV Sunway Velocity Mall.
Memetik laporan Astro Awani, Sadiq pernah memaklumkan yang neneknya tidak menggalakkannya untuk menceburi dunia lakonan bahkan ada mengeluh ketika mendapat tahu yang Sadiq meneruskan pengajian di sekolah seni
Ads
Meskipun tidak pernah mengajar secara langsung, namun seniwati legenda itu tetap menyokong apa sahaja hala tuju kerjaya yang diminati Sadiq.
“Dia sentiasa sokong sahaja apa yang saya buat. Dia sentiasa bagi kata-kata semangat,” jelasnya kepada Maskulin.
Kagum Lihat Disiplin Nenek
Menyaksikan sendiri aktiviti Datuk Sarimah ketika masih aktif melibatkan diri dalam dunia lakonan, Sadiq akui kagum dengan disiplin yang ada pada neneknya itu.
“Perkara yang saya serap terutama sekali ialah disiplin dia lah. Dia punya disiplin sangat-sangat tak boleh nak disangkat, memang saya kagum sangat.
Ads
Sehingga ke hari ini, Datuk Sarimah kekal dengan rutin bangun pagi seawal jam 4 pagi dan melakukan senaman untuk menjaga kecergasan diri, demikian perkongsian Sadiq M Jamil.
“Dia sentiasa kekal cergas dan saya rasa benda itu sebenarnya sangat bagus sebagai seorang pelakon,” tambahnya.
Sadiq merupakan antara pelakon yang membintangi X-Change, sebuah drama bersiri sebanyak 10 episod terbitan Astro Shaw.
Drama yang bintangi barisan pelakon wajah baharu seperti Arfie Shah dan Joey Leong ini memaparkan kisah seorang remaja yang terpaksa terlibat dalam aktiviti jenayah keluarga.
Selain itu, ia juga turut dibintangi pelakon senior seperti Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Ardini Angeline Tan dan Steve Yap.
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Menjelang sambutan Aidilfitri Ahad ini, cubaan merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing dilaporkan semakin meningkat.
Sebanyak 1,248 kenderaan diarah berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika cuba melepasi sekatan jalan raya pada Sabtu manakala sehari sebelumnya sebanyak 508 kenderaan turut diarah berbuat demikian.
Walaupun perjalanan melebihi radius 10 km sudah dibenarkan dan tiada lagi had perjalanan hanya sehingga 10 malam, namun pergerakan merentas negeri masih lagi belum dibenarkan.
Ini kerana tindakan merentas negeri boleh menyumbang kepada risiko jangkitan COVID-19 kepada keluarga masing-masing.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menyatakan kegusaran dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang cuba curi-curi merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.
Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga semalam, sebanyak 971 kes positif COVID-19 iaitu 14.1 peratus daripada keseluruhan 6,894 kes mempunyai sejarah merentas negeri.
Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia juga adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri dengan sepuluh daripada kluster itu masih aktif.
Sementara itu, mengenai pembukaan rumah ibadat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perkara berkenaan dijangka dimuktamadkan hari ini.
Pru-14 kali ini betul-betul satu peristiwa besar buat negara Malaysia apabila rakyat sama-sama bangun dan bersuara.
Ekoran kemenangan besar parti politik Pakatan Harapan yang memenangi 113 kerusi berbanding Barisan Nasional 79 kerusi, Pas mendapat 18 kerusi Parlimen, Warisan (8), Bebas (3) dan Parti Solidariti Tanah Airku (1), sekali lagi Tun Dr Mahathir Mohamad bakal mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
Sebelum ini, Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 16 Julai, 1981 hingga 31 Oktober, 2003.
Selain mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor, Harapan juga menang bergaya apabila berjaya menakluk Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah. Manakala, BN hanya berjaya mengekalkan tiga buah negeri iaitu Pahang, Perlis dan Sarawak. Pas pula membuat kejutan apabila kembali menawan kembali Terengganu selain mengekalkan penguasaan di Kelantan.
Melalui kenyataan The Guardian, Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri paling tertua di dunia dengan kuasa tonggak Malaysia. Dr Mahathir yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen P004 Langkawi dengan majoriti 8,893 undi, menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Beliau akan hadir di Istana Negara pada 9.30 pagi ini bagi mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh dan menerusi sidang media semalam Dr Mahathir juga akan melantik Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri
Rakyat Malaysia akan melihat rombakan besar dalam kabinet Malaysia 2018. Segala kenyataan rasmi ditunggu pada hari ini 10 Mei 2018.
Info
Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri yang keempat Malaysia pada 16hb Julai 1981, menyandang jawatan itu untuk tempoh yang paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu 22 tahun. Beliau dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” di atas kejayaan beliau menukarkan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden. Tun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa.
Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 – 6 tahun
Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari
Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 – 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya
Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun.
Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari?
Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat.
Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari.
Apa yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?
Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku:
Selepas melalui keadaan yang tertekan/stres seperti:
Sakit yang serius
Pembedahan besar
Selepas bersalin
Ia berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggil Teloger Effluvium.
Rambut gugur
Masalah hormon
Penyakit kelenjar tiroid
Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus
Kesan sampingan ubatan seperti
Ubat Antikogulasi (warfarin)
Ubat merawat kanser (kemoterapi)
Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral)
Ubat anti-kemurungan
Alopecia Androgenik
Botak mengikut corak lelaki adalah:
Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan
Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan
Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala
Botak mengikut corak wanita:
Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan genetik/keturunan
Rambut menjadi semakin nipis di seluruh kepala terutamanya di bahagian atas kepala
Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah:
Jangkitan – jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
Keguguran rambut berlaku tidak sekata
Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri
Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak
Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis)
Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis)
Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik rambut mereka
“Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki
Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan
Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?
Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.
Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula
Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE perlu dilakukan untuk rawatan
Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat
Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi
Contohnya, minoxidil dalam bentuk topikal 2% dan 5% dapat memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau wanita
Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki
Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.