Pasangan dua sejoli, Dini Schatzmann dan Janna Nick kini telah pun dua bulan bergelar sebagai suami isteri.

Kedua-dua artis yang popular dalam industri hiburan ini dilihat peminat sebagai pasangan yang cukup ‘loving’ dengan pelbagai perkongsian kisah cinta mereka di laman media sosial.

Dianggap sebagai di antara ‘wedding of the year’ tidak hairanlah segala aktiviti kerja seni dan kehidupan peribadi mereka setiasa mencuri perhatian ramai.

Dalam acara perasmian butik terbaru jenama pakaian lelaki terkenal dari Portugal, Sacoor One dan Scoor Blue di MyTown Shopping Centre semalam, MASKULIN sempat bertemu mata dengan Dini Schatzmann dan menemubualnya.

“Saya seorang yang cukup versatil dalam bergaya. Secara peribadi saya tiada gaya spesifik atau citarasa fesyen tertentu yang boleh mendefiniskan Dini Schatzmann.

“Saya lebih fleksibel dan terbuka untuk mencuba pelbagai jenis gaya. Paling penting pakaian itu kena dengan acara dan juga masa yang sesuai,” jelasnya bila ditanya tentang perihal fesyen dan gaya.

Ads

Di acara pelancaran tersebut Dini Schatzmann dilihat segak menggayakan pakaian dari Sacoor Blue yang menawarkan pelbagai seleksi pakaian seperti trend kasual dan juga gaya kemas seperti sepasang sut berkualiti.

KEHIDUPAN SELEPAS KAHWIN

Bila ditanya tentang bagaimanakah kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga bersama Janna Nick senyuman yang cukup lebar lantas terukir di bibir Dini Schatzmann.

“Perkara terbaik yang berlaku selepas berkahwin ialah memiliki seseorang yang cukup istimewa dalam hidup. Dia akan berada di sini saya setiap masa. Bangun tidur saja ada orang yang cantik ada di sebelah. Kehidupan saya juga menjadi lebih bahagian, gembiran dan juga berasa sangat disayangi,” jelas Dini yang tidak lekang senyuman.

Ads

Tambahnya lagi, dia juga tidak meletakkan sebarang expectation sebelum dan selepas kahwin. Baginya biarlah hubungan suci dia natar mereka diharungi sehingga ke hari tua dengan perasaan kasih dan sayang yang berkekalan.

“Saya juga percaya rumah tangga boleh memberikan ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan kepada saya dan juga Janna juga,” tambahnya lagi.

Berbicara tentang apakah perkara yang paling disukainya terhadap isteri tersayang, Dini pantas mengatakan Janna merupakan seorang wanita yang sangat baik hati terutama kepada orang di sekelilingnya.

Ads

Baginya, Janna juga seorang yang suka mencari cabaran dan pengembaraan baru serta berani mencuba pelbagai perkara yang boleh memperbaiki diri dalam segala aspek.

“Dan yang ketiga, walaupun ia kedengaran agak klise, i love the way she looks. She’s the most beautiful person ever. I just love how beautiful she is!,” jelas Dini.

Walaupun masing-masing sentiasa sibuk dengan pelbagai jadual lakonan dan aktiviti seni, Dini berkara mereka berdua sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama. Di antaranya ialah melakukan short get away secara spontan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!

@maskulinmy Pelakon meningkat naik, Nabil Aqil ingin mencabar dirinya melakonkan watak-watak ‘panas’ seperti gengster dan juga lelaki ‘cinta sejenis’. Mungkin cabarannya lebih unik dan berbeza. All the best Nabil! #maskulin #majalahmaskulin #fyp #fypmalaysia #foryoupage #nabilaqil #artismalaysia #artis #maskulinmen #maskulingayahidup ♬ original sound – Maskulin

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI