Dalam tempoh beberapa tahun ini kerap kali kita mendengar warganegara Malaysia yang terkandas dan ditahan di Myanmmar akibat tertipu dengan janji manis pekerjaan mendatangkan hasil lumayan. Terbaru, seorang lelaki yang Berjaya meloloskan diri dari sindeket tersebut berkongsi bagaimana dia dikurung selama tiga hari dalam bilik gelap tanpa diberi makan.
Sindeket yang kebiasaannya menjalankan aktiviti ‘scam’ menggunakan talian telefon ini berpusat di Myanmar.
Lelaki dikenali dengan nama Steven berusia 38 tahun berkongsi bahawa bagaimana dia berdepan situasi yang cukup mengerikan.
Dia diberi hukuman tersebut kerana dikatakan gagal memenuhi arahan majikannya pada Waktu tersebut.
Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Steven dikurung di dalam sebuah bilik gelap tanpa diberikan makan dan minum. Selain itu dia juga dipukul berkali-kali.
“Dia minta saya jadi penterjemah dari Bahasa lain ke Bahasa Melayu. Saya Bahasa Melayu pun kurang. Bila tak dapat terjemah, saya dipukul oleh mereka.
Menurutnya lagi, pada awal Februari dia dijanjikan peluang pekerjaan dengan gaji yang sangat lumayan iaitu RM15,000 sebulan di Taiwan.
Walau bagaimanapun selepas diterbangkan ke Bangkok, Thailand dan ditempatkan i situ selama tiga minggu, dia kemudian dibawa ke Myawaddy, Myanmar.
“Saya berada di sana bukan untuk jadi scammer. Tetapi saya diminta menjadi penterjemah. Lebih teruk, gaji saya satu sen pun tidak pernah dibayar sepanjang lima bulan dipaksa bekerja di sana,” tambahnya lagi.
BACA: 5 Jenis Latihan Mobiliti Terbaik Untuk Membantu Semua Senaman
Selepas tidak tahan, Steven kemudian ambil keputusan untuk melarikan diri selepas menyogok kumpulan sindiket itu dengan wang berjumlah RM10,000.
Tambahnya lebih menyedihkan lagi kerana masih ada sekitar tujuh orang warga Malaysia yang ‘ditahan’ di sana. Kebanyakannya rakyat Malaysia berketurunan India.
Semoga kisah Steven ini menjadi iktibar buat anda semua khususnya anak muda yang ghairah mencari pekerjaaan dengan gaji tinggi. Kaji selidik dahulu syarikat yang ingin disertai terutamanya jika di luar negara.
Sumber: Utusan Malaysia, Kosmo
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.