Dikritik Kerana Selalu Pakai Skirt, Jawapan Jaden Smith Buat Ramai Tergamam!

Share

Cool kan….. Pakai apa sahaja nampak elok. Untung sangat Jaden Smith ni. Gemar tampil dengan berpakaian seperti wanita, Jaden berani menyarung skirt yang seolah-olah sudah menjadi pelengkap dalam berfesyen. Jangan terkejut, pemuda berusia 19 tahun ini juga menjadi lelaki pertama dilantik sebagai penghias kempen koleksi wanita Louis Vuitton, untuk musim bunga/panas 2016.

Kerap sekali dikritik, Jaden tidak lagi berdiam apabila menghantar satu pesanan yang cukup padat di Twitter.

Baca: Jaden Smith Buktikan Dia Lelaki Paling Bergaya & Ikon Fesyen Abad Ini… Stylo Habis!Jaden Smith

If I Wanna Wear A Dress, Then I Will, And That Will Set The New Wave…
-JADEN SMITH #ICON

“Jika aku mahu memakai dress, maka aku akan pakai, dan ia akan memberi gelombang baru”

Selain itu, Jaden juga berpengaruh dalam gerakan mendokong keserataan jantina dan bakal mengeluarkan rekaan pakaian khas untuk semua jantina.

Jadinya selepas ini, lelaki atau wanita dah boleh kongsi pakaian. Apa kata anda?

SUMBER : Wanista

 

Published by
Ruziana Zainal