Dikatakan Terlalu Cantik, Wanita Ini Dibuang Dari Jawatannya Di Hospital

Share

Membaca tajuk di atas mungkin ramai lelaki agak kehairanan. Mengapa pula nak dibuang seorang perkerja yang hanya disebabkan dia sangat cantik?

Namun itulah yang berlaku kepada seorang wanita jelita berasal dari Romania, Claudia Ardelean yang berusia 27 tahun merupakan bekas peragawati dan pernah memenangi beberapa pertandingan ratu cantik telah diarahkan untuk meletakkan jawatannya di hospital di sebabkan terlalu cantik.

Memetik laporan daripada beberapa portal berita Romania, Claudia telah dilantik untuk jawatan tanpa gaji di bahagian Pneumophthisiology Clinical Hospital in Cluj, Romania beberapa minggu sebelumnya.

Teruja dengan perlantikan tersebut Claudia diktakan turut berkongsinya dengan memuat naik sekeping foto di laman medioa sosial pada 8 Februari lalu.

Foto: Facebook Claudia Ardelean

Jelas wanita jelita yang turut mempunyai ijazah berkembar dalam bidang undang-undang dan etika Eropah ini melahirkan rasa kegembiraannya.

“Saya berterima kasih dan bersyukur dengan sokongan daripada Cluj National Liberal Party,” jelasnya menerusi hantaran tersebut.

Namun tidak lama kemudian hantaran tersebut telah dipadamkan kerana menerima banyak kritikan. Kebanyakan komen mendakwa Claudia hanya mendapat posisi tersebut disebabkan rupanya yang cantik.

DESAKAN DI ATAS TALIAN

Perkara tersebut kemudiannya mendapat reaksi daripada lembaga pengarah Cluj City yang untuk ‘memikirkan’ semula lantikan tersebut kerana desakan ramai orang meminta wanita tersebut meletakkan jawatan.

Penarikan semula pelantikannya ternyata membuat Claudia berasa sangat kecewan dengan keputusan ‘u-turn’ dari lembaga pengarah yang dikatakannya tunduk kepada desakan di atas talian.

“Sesetengah reaksi di atas talian bersifat tidak berasas. Saya mempunyai kelulusan dan skil yang diperlukan dan layak untuk jawatan tersebut. Dengan kerjaya sebagai peguam dan memiliki ijazah berkembar saya juga merupakan seorang usahawan dan memiliki agensi pembantu rumah dan juga syarikat pengurusan acara”.

“Malangnya pada masa sekarang masih ada prejudis yang mendakwa saya mengecap sesuatu kejayaan atau meraih mana-mana jawatan hanya disebabkan rupa paras,” jeleasnya lagi.

Claudia juga dilaporkan sedang aktif untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang politik pula dan pernah menjadi ahli Cluj National Liberal Party.

Mengulas penarikan semula jawatan tersebut, Presiden Kaunsel Cluj, Alin Tise berasa cukup sedih dengan apa yang menimpa Claudia. Namun mengesahkan bahawa ia terpaksa dilakukan untuk mengelak sebarang syak wasangka atau tanggapan negatif di sebalik perlantikan itu.

Tabahlah Claudia. Mungkin rezeki awak bukan di sana.

Jom follow IG Maskulin untuk update gaya hidup lelaki terkini!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim