Orang-orang Asia yang berketurunan Melayu khususnya dilahirkan dengan warna kulit yang agak gelap seperti sawo matang dan juga hitam manis.

Jika orang Asli dan bumiputera pula, kebanyakannya mereka memiliki kulit cantik berwarna kuning langsat dan jika cerah sekali pun, pasti ada kacukan.

Misalnya seperti kebanyakan orang-orang Melayu dan Siam suatu ketika dahulu dan generasinya terus berkembang hari ini.

Namun begitu, persepsi dunia klise berkulit cerah adalah cantik dan hitam itu langsung tak menarik adalah satu lambang diskriminasi yang jelas.

Sehinggakan ramai usahawan kosmetik yang tampil dengan jenama sendiri atau ‘timbang kilo’ berlumba-lumba memutihkan diri demi mahu menjual produk mereka.

Orang yang berkulit gelap dan hitam juga sering dihina dan menjadi mangsa ejekan namun menjelang tahun baharu ini, ayuh hentikannya!

Mari neutral minda dengan persepsi positif tanpa positif dan mengambil kesempatan atas kemenangan Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee semalam, Maskulin ingin kongsikan antara kelebihan yang dinikmati oleh mereka yang berkulit gelap.

1. Kulit gelap miliki lebih banyak melanin

Melanin merupakan zat protein yang berfungsi untuk menentukan warna kulit seseorang. Warna kulit yang gelap mempunyai melanin yang lebih banyak pada lapisan epidermis berbanding kulit yang berwarna terang.

Ads

Bayangkan jika anda seseorang yang berkulit cerah, melanin yang terkena sinar UV akan menyebabkan noda gelap dapat dilihat pada kulit anda. Jika mereka yang sememangnya sudah berkulit hitam? Langsung tidak beri kesan!

2. Sukar mendapat kanser kulit

Melanin berfungsi untuk melindungi kulit dan kekurangan melanin menyebabkan sinar UV mudah tembus sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. Radiasi ini kemudiannya menyebabkan DNA dan sel kulit anda rosak sekali gus menyebabkan anda boleh terkena kanser kulit.

Lebih malang, ramai yang tidak tahu kanser kulit juga boleh membunuh sama seperti mana penyakit kanser yang lain. Perkara ini jelas membuktikan walaupun mereka yang berkulit gelap mungkin kekurangan vitamin D kerana kurang menerima cahaya matahari untuk kekuatan tulang namun mereka memiliki sunblock semulajadi yang dipanggil melanin!

3. Sukar terkena sunburn

Selaran matahari (sunburn) lazimnya menyerang mereka yang berkulit putih. Sunburn boleh membuatkan kulit berasa perit dan kemerahan seperti melecur kerana terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa panjang. Lebih-lebih lagi jika tiada seberang perlindungan.

Ads

Sunburn juga menjadikan sesetengah kulit melecet sehingga mengelupas dan kesan sedemikian sangat menyakitkan. Berbeza dengan mereka yang berkulit gelap, biarpun menghabiskan sehari suntuk di bawah matahari, sukar untuk mengalami keperitan kulit disebabkan sunburn itu!

4. Proses penuaan tidak ketara

Kulit mudah menjadi cepat tua jika anda terlalu banyak berjemur di bawah sinaran matahari. Namun begitu, individu yang berkulit gelap mampu mempamerkan tanda penuaan yang tidak ketara.

Memetik ulasan pakar kulit Susan C. Taylor, mereka yang berkulit hitam akan kelihatan lebih muda jika dibandingkan dengan teman sebaya mereka yang berkulit cerah. Kadar melanin yang tinggi pada individu berkulit gelap akan membantutkan tempoh penuaan termasuklah kemunculan pigmentasi, bintik hitam, kedutan serta kulit kasar.

5. Tubuh berfungsi dengan lebih sempurna

Ads

Ramai yang berpendapat melanin hanya berfungsi untuk menentu warna kulit dan rambut seseorang namun jika dikaji kelebihan sebenarnya, melanin merupakan sumber utama yang mengekalkan fungsi tubuh kerana ia dapat membantu otak dan saraf berfungsi denga baik, membantu mata mendapat penglihatan yang jelas serta menggalakan pertumbuhan sel dalam tubuh.

6. Lebih subur

Pigmentasi gelap berupaya mengelak kerosakan DNA dan mengawal penyerapan jumlah radiasi UV yang seimbang untuk tubuh manusia. Kulit gelap juga melindungi tubuh dari gejala kekurangan zat folat.

Folat adalah sejenis vitamin B larut air yang hadir dari sayuran berdaun hijau, bijian penuh serta buah sitrus seperti limau. Bagi kaum lelaki, folat amat penting untuk penghasilan sperma berkualiti.

Apabila melakukan hubungan bersama isteri, folat yang turut dikongsi bersama sperma itu boleh membantu isteri dan bakal anak menjalani perkembangan kandungan, pertumbuhan organ janin serta menyokong kejadian rangka tubuh dan otak janin.

7. Melanin lawan radikal bebas

Pakar kesihatan, Diana Clarke bersetuju mereka yang berkulit gelap sukar mendapat penyakit serius kerana melanin yang dimiliki pada kulit mampu melawan radikal bebas yang diketahui boleh mengancam kesihatan manusia.

Justeru, perkara ini jelas membuktikan individu berkulit gelap yang memiliki kadar melanin tinggi mampu membebaskan radikal bebas tersebut agar sel-sel tubuh sentiasa berada dalam keadaan baik.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI