Diet Untuk Pesakit Gastritis (Gastrik)

Share

Gastritis adalah keadaan di mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang. Pemakanan atau diet yang baik adalah sangat penting untuk kesihatan perut dan keseluruhan kesihatan.

 

Makan sikit tetapi lebih kerap – setiap 2-3 jam

Pesakit gastrik selalunya akan mengalami kemurungan dan berasa sakit pada bahagian atas perut. Anda dinasihatkan untuk mengambil pemakanan yang sihat setiap 2 hingga 3 jam sepanjang hari untuk mengelakkan dari berasa sakit yang sangat kronik. Anda boleh mengambil kacang-kacangan dalam tempoh waktu makan utama agar berut anda sentiasa terisi. Lebihkan ambilan kompleks karbohidrat yang rendah glisemik indeks dalam makanan seharian seperti roti perang, oats, beras perang dan buah-buahan. Berhenti merokok dan kerap minum air sebanyak mungkin untuk terus terhidrat.

Ini antara senarai makanan yang boleh membantu mengawal dan mengurangkan simtom gastritis.
  • Makanan tinggi serat seperti roti meal penuh, buah-buahan yang tidak masam, brokoli, sayuran berdaun dan beras perang.
  • Pilih makanan protein rendah lemak seperti ikan dan dada ayam Sayuran hijau – kerana lebih beralkali.
  • Ambil probiotic dalam diet seperti dalam yogurt atau dalam minuamn Yaku*t . Kimchi pun ada probiotic.

Di bawah pula adalah makanan yang akan menjadikan simtom lagi teruk, jika anda mempunyai gastritis yang kronik.

Alkohol
Kopi pekat
Buah berasidik seperti tomato atau lemon
Jus buah 
Makanan berminyak/bergoreg/bersantan/berlemak tinggi 
Air berkarbonat
Makanan pedas

 

Jika sudah terkena gastrik, apa makanan yang boleh membantu?
  • Apple sauce – mempunyai pectin yang memperlahankan penghadaman dalam perut.
  • Kenntang lenyek- tinggi serat yang bagus untuk penghadaman.
  • Yogurt tanpa gula – membantu dalam penambahan probiotik. Boleh tambah epal atau buah lain yang sesuai.
  • Selalunya simtom akan hilang dalam 24-48 jam selepas anda mula mengambil makanan lembut.
  • Jika simtom tidak hilang, sila berjumpa doktor anda.

Sumber: MOHD KHAIRUL AZUAN DIETITIAN, PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

 

Published by
Maiya Deen